Alessandro Bastoni

Alessandro Bastoni (lahir 13 April 1999) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Serie A, Inter Milan dan pasukan kebangsaan Itali.

Alessandro Bastoni
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1999-04-13) 13 April 1999 (umur 25)
Tempat lahirCasalmaggiore, Itali
Ketinggian1.91 m (6 ka 3 in)
Posisi permainanBek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Milan
Nombor95
Kerjaya remaja
Cannatese
2006–2016Atalanta
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2016–2017Atalanta3(0)
2017–Inter Milan58(2)
2017–2018Atalanta (pinjam)4(0)
2018–2019→ Parma (pinjam)24(1)
Pasukan kebangsaan
2014Itali B157(0)
2014–2015Itali B1615(1)
2015–2016Itali B1717(0)
2016Itali B183(0)
2017–2018Itali B199(2)
2018–Itali B2112(1)
2020–Itali5(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:15, 23 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Mei 2021

Kehidupan awal

Bastoni telah dilahirkan di Casalmaggiore, Lombardy dan memulakan kariernya bersama kelab belia Cannatese di kampung halamannya dan kelab itu dikendalikan oleh bapanya yang berperanan sebagai jurulatih.[1] Pada usia tujuh tahun, beliau menyertai kelab belia Serie A, Atalanta.

Kerjaya kelab

Atalanta

Bastoni telah melepasi beberapa peringkat umur yang terdapat di kelab Atalanta termasuklah 30 penampilannya untuk pasukan bawah-17 sebelum beliau menyertai pasukan Primavera. Di situ, beliau menjadi tonggak utama pemain pertahanan Atalanta. Beliau telah disenaraikan ke dalam skuad utama Atalanta buat kali pertama pada 30 Oktober 2016 dalam aksi menentang Genoa. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada sebulan kemudian pada perlawanan Coppa Italia menentang Pescara dengan beraksi sehingga wisel penamat pada perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 3–0.[2] Di Serie A, Bastoni hanya memanaskan bangku simpanan pada enam perlawanan berikutnya sesudah pertembungan menentang Genoa. Beliau akhirnya melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika pasukannya meraih kemenangan 1–0 ke atas Sampdoria pada 22 Januari 2017 dengan beraksi sehingga wisel penamat permainan.[3]

Inter Milan

Pada 31 Ogos 2017, Inter Milan mengumumkan pembelian Bastoni dengan nilai perpindahan sebanyak 31 juta euro[4] dan pada hari yang sama, beliau telah dipinjamkan ke Atalanta buat selama dua musim.[5] Inter secara rasminya memanggil Bastoni lebih awal daripada tempoh pinjamannya di Atalanta tamat lalu memperbaharui kontraknya sehingga tahun 2023 pada 14 Julai 2018.[6]

Parma

Pada 7 Ogos 2018, Bastoni telah menyertai Parma secara pinjaman sehingga 30 Jun 2019.[7] Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 7 Oktober 2018 pada aksi liga yang berkesudahan dengan kemenangan 3-0 ke atas Genoa.

Kerjaya antarabangsa

Bastoni telah mewakili pasukan Itali di setiap peringkat umur daripada pasukan bawah-15 hingga bawah-19. Beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Norway semasa mewakili pasukan bawah-16. Beliau telah dipanggil untuk menyertai bawah-18 buat kali pertama ketika di bawah kendalian pengurus Paolo Nicolato pada Ogos 2016.[8] Beliau menjadi kapten pasukan Itali pada perlawanan berikutnya menentang Belanda. Beliau telah dipanggil untuk menyertai bawah-19 oleh jurulatih Paolo Nicolato pada 9 Ogos 2017.

Beliau melakukan penampilan pertamanya untuk pasukan bawah-21 pada 11 Oktober 2018 dalam perlawanan persahabatan menentang Belgium yang berakhir dengan kekalahan Itali 1-0.

Ketika di bawah kendalian jurulatih Luigi Di Biagio, beliau telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah 2019 yang berlangsung di tanah airnya sendiri.[9]

Statistik kerjaya

Sehingga 13 Jun 2020.[10]
KelabMusimLigaPialaEropahLainJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Atalanta2016–17301040
2017–18401050
Jumlah702090
Parma2018–1924100241
Internazionale2019–20141301[a]0181
Jumlah kerjaya4525010512

Catatan

Pautan luar