Alex Meret

Alex Meret (sebutan bahasa Itali: [ˈaleks meˈret]; lahir 22 Mac 1997) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Itali, Napoli dan pasukan kebangsaan Itali.

Alex Meret
Maklumat peribadi
Nama penuhAlex Meret
Tarikh lahir (1997-03-22) 22 Mac 1997 (umur 27)
Tempat lahirUdine, Itali[1]
Ketinggian1.93 m (6 ka 4 in)[2]
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor1
Kerjaya remaja
2007–2012Donatello Calcio[3]
2012–2015Udinese
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2015–2018Udinese0(0)
2016–2018→ SPAL (pinjam)43(0)
2018–Napoli58(0)
Pasukan kebangsaan
2012–2013Itali B164(0)
2013–2014Itali B1713(0)
2014Itali B182(0)
2014–2016Itali B1919(0)
2018–Itali B215(0)
2019–Itali2(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:19, 23 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Mei 2021

Meret telah memulakan kariernya pada usia yang muda bersama kelab amatur Donatello Calcio sebelum berpindah ke akademi Udinese pada tahun 2012. Beliau akhirnya diberi peluang melakukan penampilan sulung untuk pasukan senior pada tahun 2015. Beliau seterusnya dipinjam ke SPAL dan membantu pasukannya merangkul kejuaraan Serie B pada tahun 2017. Beliau kemudiannya berpindah ke Napoli pada tahun 2018.

Meret telah mewakili pasukan kebangsaan Itali sejak dari peringkat bawah-16 tahun. Beliau turut mewakili pasukan tanah airnya di peringkat bawah-17, bawah-18, bawah-19 dan bawah-21. Bahkan, beliau turut pernah dipanggil oleh pasukan senior Itali untuk menghadapi beberapa perlawanan antarabangsa.

Kerjaya kelab

Seorang ubi daripada akademi Udinese, Meret telah ditawarkan ke pasukan senior dengan menjadi penjaga gol kedua pasukan di belakang Orestis Karnezis semasa musim 2015–16. Beliau telah melakukan penampilan sulungnya pada 2 Disember 2015 dalam perlawanan Coppa Italia menentang Atalanta.[4]

Pada Julai 2016, Meret telah berpindah ke kelab Serie B, SPAL secara pinjaman.[5] Beliau seterusnya kembali semula ke SPAL untuk tempoh pinjaman kali kedua bagi menghadapi musim 2017–18.[6]

Napoli

Pada 5 Julai 2018, Meret berpindah ke Napoli dan menandatangani kontrak bersama kelab itu sehingga 30 Jun 2023. Rundingan perpindahan yang telah disetujui oleh Udinese dilaporkan bernilai €35 juta.[7][8] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan Eropah pada 14 Februari 2019 ketika perlawanan pertama pusingan ke-32 Liga Europa menentang FC Zürich.[9][10]

Kerjaya antarabangsa

Meret merupakan tonggak utama bagi pasukan bawah-19 Itali yang menjadi naib juara dalam Kejohanan Eropah Bawah-19 2016. Beliau telah diletakkan ke dalam Pasukan Terbaik Kejohanan.[11][12]

Pada Mac 2017, selepas mempamerkan aksi yang cemerlang bersama SPAL di Serie B, beliau telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Itali untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Albania dan perlawanan persahabatan menentang Belanda.[13]

Pada 22 Mac 2018, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali menentang Norway dalam satu perlawanan persahabatan.[14] Beliau telah mewakili pasukan itu ke Kejohanan Eropah Bawah-21 2019[15] sebagai penjaga gol Itali yang utama.

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 17 September 2019[16][17]
KelabMusimLigaPialaEropahJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Udinese2015–16002020
S.P.A.L.2016–1730020320
2017–1813000130
Jumlah43020450
Napoli2018–191401060210
2019–2030001040
Jumlah1701070250
Jumlah kerjaya6005070720

Pencapaian

Kelab

S.P.A.L

Individu

  • Penjaga Gol Terbaik Primavera Girone B: 2014–15
  • Penjaga Gol Terbaik Serie B: 2016–17
  • Pasukan Terbaik Kejohanan Eropah Bawah-19: 2016

Catatan

Pautan luar