Ali Bakar

pemain bola sepak Malaysia

Ali Bakar (18 November 1947 – 16 Ogos 2003) ialah seorang pemain bola sepak yang mewakili Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada 1970-an.[1] Beliau bermain untuk Pulau Pinang FA di persaingan domestik Malaysia.

Ali Bakar
Maklumat peribadi
Nama lahirAli bin Abu Bakar
Tarikh lahir(1947-11-18)18 November 1947
Tempat lahirPulau Pinang
Tarikh kematian16 Ogos 2003(2003-08-16) (umur 55)
Tempat kematianSingapura

Ali ialah seorang pemain tengah skuad pasukan Malaysia dalam pertandingan bola sepak di Sukan Olimpik Munich 1972.[2][3] Beliau juga mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 1974 apabila Malaysia menduduki tempat ketiga di Iran.[4][5] Selain itu, beliau merupakan sebahagian daripada pemain daripada pasukan Pulau Pinang FA yang telah memenangi Piala Malaysia pada tahun tersebut.[6] Selain itu, pada 1976, beliau turut membantu Pulau Pinang memenangi kejohanan antarabangsa Piala Emas Aga Khan yang diadakan di Dhaka.[7]

Meninggal dunia

Ali mengalami serangan jantung dan meninggal dunia di padang semasa bermain dalam perlawanan bola sepak amal di Singapura pada 16 Ogos 2003.[8] Mayatnya dimakamkan di Pulau Pinang.[9]Adiknya Isa Bakar juga seorang pemain bola sepak, juga bermain untuk Pulau Pinang dan Malaysia.

Rujukan

Pautan luar

Profil di Sports Council, Prison Department of Malaysia