Joe Flizzow

Artist Hip Hop

Johan Ishak (lahir 16 Oktober 1979) atau lebih dikenali sebagai Joe Flizzow atau The President merupakan penyanyi, penulis lagu, penerbit muzik dan usahawan Malaysia.[1] Beliau merupakan bekas ahli Too Phat yang kini bergerak solo. Sebagai artis solo, Joe telah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik. Beliau merupakan anak kepada bekas penyampai berita TV3, Ishak Nengah.

Joe Flizzow
Joe Flizzow menyanyi sambil berdiri di atas pentas
Joe Flizzow ketika persembahan di Live and Loud KL pada tahun 2007.
Kelahiran
Johan Ishak[1]

(1979-10-16) 16 Oktober 1979 (umur 44)
PekerjaanPenyanyi, penerbit rakaman, penulis lagu, usahawan
Tahun aktif1998–kini
PasanganMarini Ramlan (k. 2020)

Kerjaya solo

President (2008)

Setelah pembabitan dengan Too Phat, beliau menceburi bidang muzik sebagai artis solo pada tahun 2008.[2] Album sulung solo beliau, President mula dipasarkan pada 31 Disember 2008 oleh Warner Music Malaysia. Album tersebut menampilkan kolaborasi dengan artis-artis seperti Hady Mirza dan Terry Tye Lee dari Singapura, Thaitanium (Thailand), Joeniar Arief (Indonesia), MC Jin (Amerika Syarikat) dan Phlowtron dari Malaysia.[2]

Havoc (2013)

Pada 7 November 2013, album Havoc telah dilancarkan.[3] Album Havoc merupakan kesinambungan kepada President dan menampilkan sebanyak 14 buah lagu Bahasa Melayu dengan kerjasama Amy Search, Rossa, Altimet, SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin Sulaiman. Single pertama dari album tersebut, Havoc berjaya mengungguli carta iTunes Malaysia.[4] Pada awal tahun 2015, lagu Apa Khabar yang dipetik dari album Havoc telah dinobatkan sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu ke-29.[5] Selain itu, lagu Apa Khabar turut memenangi anugerah Lagu Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21, manakala lagu Havoc tercalon dalam kategori yang sama.[6]

Usahawan

Joe merupakan pengasas dan pemilik bersama Kartel Records.[7] Antara artis-artis yang bernaung di bawah Kartel Records adalah seperti Altimet, Micbandits, Muzique, SonaOne, Richard Jansen, Ila Damiaa, DJ Cza and Sakti. Selain muzik, Joe turut menceburi bidang bisnes dengan perusahaan seperti Joe’s Barbershop dan Joe’s Kitchen yang terletak di Subang Jaya.[8]

Kehidupan Peribadi

Pada tanggal 26 Jun 2020, Joe akhirnya menamatkan zaman bujang dengan mengikat hubungan dengan kekasihnya yang juga merupakan bekas pengurus Primeworks Distribution, Marini Ramlan[9] setelah saling berkenalan 15 tahun yang lalu di mana mereka mula menjalinkan hubungan pada tahun 2016.[10]

Aktivisme

Pada 16 April 2018, Joe Flizzow bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Nora Danish, Scha Al-Yahya dan Kavita Sidhu turut serta untuk kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[11][12][13]

Diskografi

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananCatatan
2013Kisah Paling GangsterKomposer muzik tema
2016PekakPenolak
2018PulangDikreditkan penghargaan, sebagai Johan Ishak

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2015Anugerah Juara Lagu ke-29Juara Lagu "Apa Khabar"TV3Duet bersama SonaOne
2023Anugerah Juara Lagu ke-37Naib Juara Lagu "Satu Malam Di Temasek"

Rujukan

Pautan luar