Ambelasan

Lubang benam atau penenggelaman ialah pergerakan permukaan yang menganjak ke bawah secara nisbi dengan datum seperti paras laut. Lawan ambelasan ialah julangan yang menyebabkan kenaikan aras tinggi. Amelasan tanah diambil berat oleh para ahli geologi, jurutera geoteknik dan juruukur.

Jalan raya yang musnah akibat ambelasan dan tegasan ricih di England.
Gambarajah yang menerangkan pelbagai jenis ambelasan tanah.

Punca

Pelarutan batu kapur

Ambelasan sering menyebabkan masalah besar di kawasan rupa bumi karst, di mana pelarutan batu kapur oleh aliran bendalir dalam subpermukaan menyebabkan pembentukan lohong (iaitu gua). Jika bumbung lohong ini terlalu lemah, ia boleh runtuh, maka batu-batan dan tanah yang terletak di atasnya akan jatuh ke dalam ruang lohong ini, menyebabkan ambelasan di permukaan ini. Jenis ambelasan ini boleh menyebabkan lubang benam yang boleh mencecah kedalaman ratusan meter.

Perlombongan

Sesetengah jenis perlombongan subpermukaan, dan terutama sekali kaedah-kaedah yang sengaja menyebabkan lohong yang terekstrak runtuh (seperti pengekstrakan tiang, perlombongan dinding panjang dan sebarang kaedah perlombongan bijih logam yang menggunakan "perampakan" seperti "perampakan bongkah") pasti menyebabkan ambelasan permukaan. Ambelasan cetusan perlombongan agak mudah diduga magnitud, manifestasi dan takatnya, kecuali yang mana berlakunya keruntuhan tiang atau terowong bawah tanah dekat permukaan secara tiba-tiba (terutamanya bagi perusahaan yang lama). Ambelasan cetusan perlombongan hampir sentiasa terhad kepada permukaan di atas kawasan lombong, dengan sedikit margin di luar.[1]

Pengekstrakan gas asli

Jika gas asli diekstrakkan daripada medan gas asli, tekanan awal (hingga 60MPa (600 bar)) di medan itu akan susut sepanjang masa. Tekanan gas turut menyokong lapisan tanah di atas medan itu. Jika tekanan itu susut, maka tekanan tanah meningkat san ini menyebabkan ambelasan di paras bumi. Kejadian ambelasan besar Delta Sungai Mississippi di AS kesan kegiatan pengekstrakan minyak dan gas telah menyebabkan paras lautan naik dan membanjiri kawasan rawa dan tanah seluas 34 batu persegi (88 km2) osetiap tahun. Sejak tahun 1930, negeri Louisiana keholangan 1,200,000 ekar (4,900 km2).

Gempa bumi

Lembaga Penerangan Georuang Jepun melaporkan ambelasan serta-merta akibat gempa bumi Tōhoku 2011. [2] Ambelasan diperhatikan di kawasan pantai Lautan Pasifik di kawasan Tōhoku, Miyako 0.50 m (1.64 kaki) di utara, Rikuzentakata, Iwate 0.84 m (2.75 kaki) ke Sōma 0.29 m (0.95 kaki) di selatan, jumlah maksimumnya ialah 1.2 m (3.93 kaki) dan juga diastrofisme 5.3 m (17.3 kaki) pada satah mengufuk ke arah timur-tenggara di Semenanjung Oshika, Miyagi.[3]

Ambelasan berkaitan air tanah

Ambelasan Lembah San Joaquin

Pendudukan manusia di tanah pamah seperti dataran pantai atau delta memerlukan sistem saliran. Pengudaraan tanih untuk membina saliran menyebabkan pengoksidaan bahan-bahan organik tanah, seperti gambut. Proses penguraian ini boleh menyebabkan ambelasan tanah yang besar, terutamanya apabila takat air tanah menyesuaikan diri dengan ambelasan dari masa ke semasa untuk memelihara kedalaman zon tak tepu yang dikehendaki, maka lebih banyak gambut yang terdedah kepada oksigen. Selain ini, tanih yang disalirkan itu mengeras akibat peningkatan ketegasan berkesan. Dengan ini, ambelasan tanah mungkin akan berterusan pada kadar sehingga 5 cm/yr. Pengurusan air pada mulanya diambil untuk mengambil berat faktor-faktor seperti pengoptimuman tanaman, tetapi kini pencegahan ambelasan turut diambil kira.

Rujukan

Pautan luar

Templat:Geologic Principles