Ammar Alfian

Pelakon dan model Malaysia

Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri (lahir pada 5 April 1987) lebih dikenali sebagai Ammar Alfian merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Nama beliau melonjak naik setelah membintangi drama Tari Tirana yang bersiaran di TV3. Drama ini menggunakan konsep tarian dan kuliah serta kehidupan pelajar mahasiswa.

Ammar Alfian
Kelahiran
Ammar Alfian Aziz bin Mohd Zakri

(1987-04-05) 5 April 1987 (umur 37)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2007–kini
Ketinggian1.86 m (6 ka 1 in)
PasanganNelissa Nezam (k. 2017–2019)

Kehidupan awal

Ammar Alfian Aziz dilahirkan pada 5 April 1987 di Cardiff, United Kingdom (UK).[1] Beliau juga berasal dari Johor Bahru dan merupakan anak tunggal. Mempunyai Sijil Sarjana Muda Sains dan Kesihatan. Selain itu, beliau merupakan anak kepada Ibubapa professor di UTM Skudai.

Kerjaya

Ammar mula melibatkan diri dalam kerjaya hiburan sekitar tahun 2007 apabila terpilih sebagai finalis Hero Remaja yang turut disertai oleh Kamal Adli dan Fizo Omar. Beliau menempa populariti setelah membintangi drama Tari Tirana sebagai peneraju utama bersama Wan Sharmila, Shahz Jaszle dan Nadia Aqilah pada tahun 2009.[2]

Kerjaya Ammar di layar lebar bermula dengan menjayakan watak sebagai orang kanan Tailong dalam filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof. Beliau melakonkan watak sebagai Zariff a.k.a Jeb dalam filem ketenteraan PASKAL yang ditayangkan pada 27 September 2018.[3]

Kehidupan peribadi

Ammar telah sah menjadi suami kepada Nelissa Nezam pada 6 Mac 2016 tetapi mereka bercerai pada tahun 2020.[4]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Puteri Sarah Liyana yang kini berkahwin dengan Syamsul Yusof. Dikatakan bahawa beliau pernah berkrisis dengan Syamsul sehingga menumbuk Syamsul gara-gara Syamsul merampas Puteri Sarah serta menghina Ammar di Twitter.[5]

Beliau kini menetap di Melbourne, Australia, dan dalam proses memohon untuk menjadi pemastautin tetap negara itu.[6]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2013KL Gangster 2Orang Kanan TailongFilem pertama
2016Showdown The MovieRyan
Langit CintaJali
2018PASKALJebFilem aksi paling tinggi kutipan dengan RM30.5 juta
2024Legasi Wira MerahRazakPos-produksi
TBAPerisikPra-produksi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2009Tari TiranaNeo/HassanTV3Drama pertama
2010Nur FansuriTV1
Kem PinkCikgu AizatTV3
Dia AtiliaAdAstro Prima
2011Cinta Luhur EzuminAyedTV2
Sirah CintaRazaliTV1
SaharaAshrafTV3
2012–2013Evolusi KL Drift: The SeriesEryTV2
2013Musim Cinta Belum BerlaluFahriTV1
2014Gerak Khas (Musim 14)RickyTV2Episod: "Sherry"
Bila Chacha Masuk AsramaCikgu AdanTV3
2015Puteri Gunung LedangRayyanUnifi TV
NasuhaRockyTV9
Eksperimen CintaAdam HarrisTV3
Abang Sado Jemur KainZack
Syurga NurNik Safuan
Hello, Mr. Perfect!Aizat
2016Bodyguard
TBABukan Takdir KitaBodyguard Datin

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2009Ponti Anak RemajaAstro Ria
2011Cinta Terlepas PandangTV1
Gamitan Bayu KasihTV2
Kasanova MetropolitanKassimTV1
2015Sebentuk Kunci Sedetik CintaRafiqTV9
2016JauhZaharAstro Ria

Rujukan

Pautan luar