Amy Adams

Amy Lou Adams (lahir Ogos 20, 1974)[1] ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Adams memulakan kariernya dalam pementasan dan kemudiannya membuat penampilan filem pertamanya dalam Drop Dead Gorgeous. Selepas berpindah ke Los Angeles dan membuat penampilan tetamu dalam siri televisyen serta peranan dalam filem B, Adams muncul sebagai Brenda Strong dalam Catch Me If You Can. Beliau mempunyai peranan di dalam filem tahun 2005, Junebug dimana beliau mendapat pujian kritis dan pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik. Pada tahun 2007, Adams membintangi filem muzikal animasi Disney, Enchanted. Beliau menerima pencalonan kedua Anugerah Akademi dan pencalonan pertama Anugerah BAFTA untuk peranannya dalam filem tahun 2008, Doubt.

Amy Adams
Kelahiran
Amy Lou Adams

(1974-08-20) 20 Ogos 1974 (umur 49)
WarganegaraAmerika Syarikat
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1995–sekarang
PasanganDarren Le Gallo (k. 2015)
Anak-anak1

Adams menerima dua lagi pencalonan Golden Globe, BAFTA dan Anugerah Akademi untuk peranannya di dalam filem tahun 2010, The Fighter dan filem tahun 2012, The Master. Beliau terus mencapai kejayaan pada tahun 2013 dengan lakonan di dalam Man of Steel, Her dan di dalam American Hustle.

Kehidupan awal

Adams dilahirkan di Vicenza, Veneto, Itali,[2] anak keempat daripada tujuh orang adik beradik kepada ibu-bapa dari Amerika Syarikat, Kathryn (Hicken) dan Richard Adams.[1][3] Bapa beliau adalah seorang tentera veteran AS dan ditugaskan di Caserma Ederle ketika beliau lahir.[4][5] Selepas bertahun-tahun berpindah ke banyak pangkalan, keluarga Adams menetap di Castle Rock, Colorado ketika Adams berumur lapan tahun.[6]

Kerjaya

1995–2004

Adams mula berkerja secara professional sebagai penari di Boulder's Dinner Theatre, Country Dinner Playhouse dan Heritage Square Music Hall. Di sana, beliau dijumpai oleh pengarah teater makan malam Minneapolis, Michael Brindisi, pada tahun 1995.[7] Adams berpindah ke Chanhassen, Minnesota dan bekerja di Chanhassen Dinner Theatres untuk tiga tahun berikutnya. Beliau menjalani uji bakat filem komedi 1999, Drop Dead Gorgeous yang menjalani pengambaran di Minnesota dan dipilih untuk peranan filem pertamanya. Adams berpindah ke Los Angeles pada bulan Januari 1999.[7] Sejurus selepas tiba di Los Angeles, beliau dipilih ke dalam Manchester Prep untuk watak Kathryn Merteuil. Siri ini kemudiannya dibatalkan.[8] Episod yang sudah difilemkan kemudiannya disunting semula untuk dikeluarkan sebagai filem terus ke video, Cruel Intentions 2.[9]

Bermula tahun 2000 sehingga 2002, Adams muncul dalam beberapa filem kecil seperti Psycho Beach Party serta membintangi sebagai tetamu dalam siri televisyen seperti That '70s Show, Charmed, The Office, Buffy the Vampire Slayer, Smallville dan The West Wing. Beliau muncul dalam Catch Me If You Can sebagai Brenda Strong. Pada tahun 2004, beliau membintangi The Last Run serta menyuarakan karakter dama siri televisyen animasi, King of the Hill. Beliau juga dipilih sebagai pelakon tetap dalam siri televisyen, Dr. Vegas sebagai Alice Doherty.[9]

2005–2007

Adams di set Enchanted (2007)

Sebelum meninggalkan Dr. Vegas, beliau telah menerima skrip untuk filem bebas bajet rendah, Junebug dan menjalani uji bakat untuk watak Ashley Johnsten.[6] Filem ini menjalani pengambaran selama 21 hari di Winston-Salem, North Carolina. Junebug dibuka di Festival Filem Sundance 2005.[10] Selepas tayangan teater The Wedding Date pada bulan Februari 2005 dimana Adams muncul bersama-sama Debra Messing dan Dermot Mulroney, Junebug ditayangkan di teater oleh Sony Pictures Classics pada bulan Ogos.

Adams kemudiannya muncul dalam filem Standing Still dan Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby serta melakonkan peranan berulang sebagai Katy dalam siri televisyen, The Office. Selepas menyuarakan watak Polly Purebred dalam Underdog, Adams membintangi filem 2007 Disney, Enchanted. Filem itu juga dibintangi Patrick Dempsey, Idina Menzel, Susan Sarandon dan James Marsden. Enchanted mencapai kejayaan komersial dengan mengutip lebih daripada $340 juta di seluruh dunia.[11] Her performance was well received by critics.[12] Adams muncul dalam Charlie Wilson's War sebagai Bonnie Bach. Projek Adams yang seterusnya adalah Sunshine Cleaning. Filem ini dibuka di Festival Filem Sundance 2008 Sundance dan menerima ulasan bercampur.[13]

2008–2012

Adams bersama Owen Wilson dan Ben Stiller semasa mempromosi Night at the Museum: Battle of the Smithsonian pada bulan Mei 2009

Filem pertamanya pada tahun 2008 merupakan filem, Miss Pettigrew Lives for a Day dimana beliau berlakon sebagai Delysia Lafosse. Pada lewat tahun 2008, Adams membintangi Doubt bersama-sama Meryl Streep, Philip Seymour Hoffman dan Viola Davis. Peranan Adams yang seterusnya adalah sebagai Amelia Earhart dalam Night at the Museum 2: Battle of the Smithsonian dibintangi Ben Stiller. Walaupun filem ini menerima ulasan bercampur, lakonan Adams dipuji oleh kebanyakan pengkritik.[14] Pada tahun yang sama, Adams membintangi Julie & Julia bersama-sama Meryl Streep.[15]

Adams di Festival Filem Antarabangsa Toronto, September 2012

Pada tahun 2010, Adams membintangi Leap Year dan The Fighter dimana beliau berlakon sebagai Charlene Fleming. Pada tahun 2011, beliau sekali lagi bekerja bersama Disney, membintangi filem The Muppets bersama-sama Jason Segel dan The Muppets.[16]

Adams menerima ulasan terbaik dalam kariernya untuk lakonannya dalam The Master. Di dalam filem ini, Adams melakonkan watak Peggy Dodd. Adams juga membintangi Trouble with the Curve. Filem ini menerima ulasan bercampur tetapi lakonan Adams dipuji oleh pengkritik.[17] Adams membintangi filem On the Road bersama-sama Viggo Mortensen.

2013–sekarang

Adams melakonkan watak Lois Lane dalam Man of Steel. Pada tahun yang sama, Adams membintangi bersama-sama Christian Bale, Bradley Cooper dan Jennifer Lawrence dalam filem American Hustle, diarahkan oleh David O. Russell. Di dalam filem ini, beliau melakonkan watak Sydney Prosser. Adams juga muncul dalam filem Her.[18]

Beliau membintangi Big Eyes sebagai Margaret Keane.[19] Adams dijadual akan membintangi Object of Beauty.[20] Beliau akan menyambung wataknya sebagai Lois Lane dalam Batman v Superman: Dawn of Justice dan Justice League.[21] Adams juga telah disahkan akan membintangi Get It While You Can.[22]

Adams akan membintangi Story of Your Life sebagai Dr. Louise Banks.[23] Adams juga dijadual akan membintangi filem Nocturnal Animals.[24]

Kehidupan peribadi

Pada tahun 2001, Adams mula mempunyai hubungan dengan Darren Le Gallo.[6] Adams dan Le Gallo bertunang pada bulan April 2008.[25][26] Mereaka mempunyai seorang anak perempuan, lahir pada tahun 2010.[27][28] Pada bulan Mei 2015, beliau mengahwini Le Gallo di California.[29]

Filemografi

Filem

TajukTahunPerananNotaRef
Drop Dead Gorgeous1999Leslie Miller[30]
Psycho Beach Party2000Marvel Ann[31]
The Chromium Hook2000Jill RoyaltuberFilem pendek (dikredit sebagai Amy Lou Adams)[32]
Cruel Intentions 22000Kathryn MerteuilPelepasan terus-ke-video[33]
The Slaughter Rule2002Doreen[34]
Pumpkin2002Alex[35]
Serving Sara2002Kate[36]
Catch Me If You Can2002Brenda Strong[37]
The Last Run2004Alexis[38]
The Wedding Date2005Amy Ellis[39]
Standing Still2005Elise[40]
Junebug2005Ashley Johnsten[41]
Stephen Tobolowsky's Birthday Party2005Diri sendiriDokumentari[42]
Pennies2006Charlotte BrownFilem pendek[43]
Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby2006Susan[44]
Tenacious D in The Pick of Destiny2006Wanita CantikKameo[45]
The Ex2006Abby March[46]
Underdog2007"Sweet" Polly PurebredSuara[47]
Enchanted2007Giselle[48]
Charlie Wilson's War2007Bonnie Bach[49]
Sunshine Cleaning2008Rose Lorkowski[50]
Miss Pettigrew Lives for a Day2008Delysia Lafosse[51]
Doubt2008Sister James[52]
Night at the Museum: Battle of the Smithsonian2009Amelia Earhart / Tess[53]
Julie & Julia2009Julie Powell[54]
Moonlight Serenade2009Chloe[55]
Leap Year2010Anna Brady[56]
Love & Distrust2010Charlotte BrownSegmen: "Pennies"
Pelepasan terus-ke-video
[57]
[58]
The Fighter2010Charlene Fleming[59]
The Muppets2011Mary[60]
On the Road2012Jane / Joan Vollmer[61]
The Master2012Peggy Dodd[62]
Trouble with the Curve2012Mickey Lobel[63]
Man of Steel2013Lois Lane[64]
Her2013Amy[65]
American Hustle2013Sydney Prosser[66]
Lullaby2014Emily[67]
Big Eyes2014Margaret Keane[68]
Batman v Superman: Dawn of Justice2016Lois Lane[69]
Story of Your Life2016Dr. Louise Banks[70]
[71]
Nocturnal Animals2016Susan Morrow[72]

Televisyen

TajukTahunPerananSaluranNotaRef
That '70s Show2000Kat PetersonFOXEpisod: "Burning Down the House"[73]
[74]
Charmed2000Maggie MurphyThe WBEpisod: "Murphy's Luck"[75]
Zoe, Duncan, Jack and Jane2000DinahThe WBEpisod: "Tall, Dark and Duncan's Boss"[76]
Providence2000BeckaNBCEpisod: "The Good Doctor"[77]
Buffy the Vampire Slayer2000BethThe WBEpisod: "Family"[78]
Smallville2001Jodi MelvilleThe WBEpisod: "Craving"[79]
The West Wing2002CathyNBCEpisod: "20 Hours in America"[80]
King of the Hill2004Merilynn / Sunshine / MistyFOXEpisod: "Cheer Factor", and "My Hair Lady"
Suara
[81]
Dr. Vegas2004Alice DohertyCBS5 episod[82]
The Office2005–06KatyNBC3 episod[83]
Saturday Night Live2008, 2014HosNBCEpisod: "Amy Adams / Vampire Weekend", and "Amy Adams / One Direction"[84]
[85]

Diskografi

Penampilan runut suara
TahunRunut suaraLaguLabel
2007Enchanted"True Love's Kiss"Walt Disney Records
2007"Happy Working Song"
2007"That's How You Know"
2008Miss Pettigrew Lives for a Day"If I Didn't Care"Varèse Sarabande
2011The Muppets"Life's a Happy Song"Walt Disney Records
2011"Me Party"
2011"Life's a Happy Song Finale"

Rujukan

Pautan luar