Angkatan Tentera Imperial Jepun

Laman nyahkekaburan

Angkatan Tentera Imperial Jepun (Imperial Japanese Armed Forces atau IJAF) ialah gabungan angkatan bersenjata Empayar Jepun. Ditubuhkan semasa era Pemulihan Meiji pada tahun 1868,[1] ia telah dibubarkan pada tahun 1945, sejurus selepas kekalahan Jepun kepada Pihak Bersekutu; penyemakan semula Perlembagaan Jepun, digubal semasa pendudukan pihak Bersekutu ke atas Jepun, menggantikan IJAF dengan Angkatan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) yang terkini.[2]

Angkatan Tentera Imperial Jepun

Bendera Imperial Jepun
Diasaskan3 Januari 1868[1]
DibubarkanNovember 1945
Cabang khidmat* Tentera Darat Imperial Jepun

Pasukan separa tentera:

  • Kor Pemuda
Ibu pejabatMarkas Besar Imperial
Kepimpinan
Maharaja JepunMeiji (1868–1912)
Taishō (1912–1926)
Hirohito (1926–1945)
Pengerahan18–35
Rencana berkaitan
SejarahSejarah ketenteraan Jepun
PangkatPangkat tentera darat
Pangkat tentera laut

Tentera Darat Imperial Jepun (IJA) dan Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) berfungsi sebagai cabang utama tentera IJAF, dengan kuasa udara empayar dipecahkan antara Angkatan Udara Tentera Darat dibawah IJA dan Angkatan Udara Tentera Laut dibawah IJN.

Sejarah

IJAF telah diasaskan dengan dekri yang dikeluarkan pada 3 Januari 1868, sebagai sebahagian daripada penyusunan semula tentera darat Jepun dan penerapan inovasi semasa Pemulihan Meiji. Penyusunan semula tentera darat dan tentera laut semasa era Meiji meningkatkan kekuatan tentera Jepun, membolehkan Tentera Darat Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun mencapai kemenangan besar, sewaktu Perang China-Jepun Pertama dan Perang Jepun-Rusia.

IJAF juga menyertai Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Ia beroperasi sehingga penyerahan kalah Jepun pada September 1945.

Rujukan

Templat:Empayar Jepun