Ani Maiyuni

Penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia

Aishah An-Nur binti Osman atau lebih dikenali sebagai Ani Maiyuni (lahir 3 Ogos 1978) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara yang terkenal di Malaysia. Beliau ialah salah seorang bekas peserta Bintang HMI 1995 bersama Siti Nurhaliza, sebelum bergerak secara solo sebagai penyanyi dangdut, Ani merupakan salah seorang anggota Kumpulan Sugar.Ani juga pernah memenangi Anugerah Album Dangdut Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-6 tanpa bertanding pada tahun 1999 menerusi Album Sedap.

Ani Maiyuni
Kelahiran
Aishah An-Nur binti Osman

(1978-08-03) 3 Ogos 1978 (umur 45)
Nama lainAni, Ani Maiyuni @ Mayuni
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
PasanganZairi bin Azmi (k. 2004)
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenrePop & Dangdut
InstrumenVokal
Tahun aktif1995–kini
Syarikat rakaman
Cherry Talent ManagementFMC Music Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Kumpulan Sugar, Iwan, Amelina, Mas Idayu, Sheeda, Haiza

Pada tahun 2016, Ani telah dilantik menjadi Setiausaha Agung Persatuan Bintang Dangdut Malaysia. Ani juga merupakan antara sasaran kemarahan netizen akibat isu bantuan untuk artis.

Latar belakang

Ani Maiyuni telah melangsungkan perkahwinannya bersama pasangannya Zairi bin Azmi bekas anggota Kumpulan Arrow pada 5 Jun 2004. Hasil daripada perkahwinan Ani & Zairi, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wirda Viviana, Wirna Airisya dan Muhammad Emir Oezil.

Kerjaya

Gegar Vaganza 2021

Ani Maiyuni terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
KonsertTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Laguku SendiriSedapDirinya sendiriKe-11
Minggu 2Masih Aku TerasaSelangitMas IdayuKe-11
Minggu 3Segalanya Ku TerimaNaluri (Hadirlah Kasih)NoraKe-10
Minggu 4Berdiri Bulu RomakuLebih IndahDato Sri' Siti NurhalizaKe-9
Minggu 5Dulu Lain Sekarang LainKucu KucaLia AzizKe-3
Minggu 6Langkah SeiringanChikadun (Duet Bersama Dinie Rashid)Floor 88Ke-7
Minggu 7Kelentang KelentongJikalau Abang MerinduNona AsiahKe-5
Minggu 8 (Suku Akhir)Kupetik Bintang-BintangNgajat TampiNoraniza IdrisKe-7
Minggu 9 (Separuh Akhir)Lagu UntukmuLet's Get LoudJennifer LopezKe-7 (Tersingkir)
SumpahAina Abdul

Diskografi

Album Studio

  • Sedap (1998)
  • Dangdut Goyang Malindo (1997)

Album Kolaborasi:

  • Dunia Dangdut... Superduet Hits '98 (1998)
  • Sha La La (2003)
  • Kumpulan Sugar-Cantik Manis (1996)

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2001Lagi-Lagi SenarioMayaFilem pertama
2003PalohAzizah

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2009Berek
2010Semanis Janji
2014Gerak Khas (Musim 14)TV2Episod: "Scam 419"
MariaEpisod: "Konspirasi"
2019Ustazah PencenTV1
2021Kampung KolestrolHajarTV9
2022NendaKak YemTV3
JesnitaSeriAstro Prima
2023Gadis MuzikalDatin HaledaTV3
2024Malang Si PuteriHanumAstro Ria

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2005Zaharul Vs ZarinaRinaAstro Ria
2006Zaharul Vs Zarina 2Rina
2017#Terobek RayaAstro First Eksklusif
2018Mr. SmileyAcu LinaTV2
Di Penghujung SujudTV3
2019Alamak Boss!!

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2021Gegar Vaganza (musim 8)PesertaAstro Ria

Rujukan

Pautan luar