Aina Abdul

Penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan pelakon Malaysia

Penyanyi Nurul Aina Abdul Ghani (lahir 25 Oktober 1993)[1] merupakan seorang penyanyi yang bersuara merdu dan tinggi , komposer dan penulis lirik serta ikon fesyen pelik yang lain daripada yang lain di Malaysia.Pernah juga menjadi pelakon dalam sebuah drama iaitu “Sebuah Takdir Cinta” yang digandingkan bersama Amyra Rosli. [2][3][4] Kerjayanya dalam industri hiburan bermula setelah beliau menyertai program realiti Mentor Legend, dengan Ella sebagai mentornya, dan Aina dinobatkan sebagai Naib Juara Mentor Legend 2014/15. Single sulungnya yang bertajuk "Ini Yang Kau Mahu" dirakam dan dilancarkan pada tahun 2015.[5] Beliau juga terkenal dengan penggayaan fesyen artistik yang eksentrik[nota 1] yang telah menimbulkan pelbagai respons daripada masyarakat serta media.[6][7][8]. Telah melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan besar seperti pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) , pernah memenangi Juara , Naib juara , tempat ketiga , dan vokal terbaik . Kejayaan beliau semakin melonjak naik pada tahun 2024.

Diva Terulung

Aina Abdul
Kelahiran
Nurul Aina binti Abdul Ghani

(1993-10-25) 25 Oktober 1993 (umur 30)
WarganegaraMalaysia
Nama lainNurul Aina
PendidikanIjazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari
Pusat pendidikanUniversiti UCSI
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • komposer
  • penerbit rakaman
  • pelakon
Tahun aktif2014–kini
IbuZaini Abdullah
BapaAbdul Ghani Abdullah
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
  • Indigital
  • Aina Abdul Entertainment
Pengkarya berkait
Laman sesawang
  • "Instagram".
Laman web rasmihttps://www.ainaabdul.my/

Kehidupan awal

Aina dilahirkan pada 25 Oktober 1993 di Johorsangat u, Johor dan dibesarkan di. PemSremban, Negeri Sembilan.[9] Beliau merupakan anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Abdul Ghani Abdullah dan Zaini Abdullah.[9] Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Mawar, Senawang, kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri.[9] Setelah memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aina melanjutkan pelajaran di Universiti UCSI, Kuala Lumpur,[10][9] sehingga tamat pengajian pada tahun 2020 dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari pada tahun 2021.[11][12]

Bapanya meninggal dunia pada 2008 akibat pelbagai masalah kesihatan, ketika Aina baru berusia 15 tahun.[13] Dalam temubual bersama Sinar Harian pada April 2021, Aina menyifatkan kehilangan bapanya membuatnya lebih tabah menghadapi cabaran, dan berkata:

Kehilangan abah membuatkan saya menjadi wanita tabah dan berani berdepan dengan apa sahaja cabaran. Lagipun perjuangan saya dalam industri seni adalah dedikasi buatnya.[9]

Kerjaya

Aina memulakan kerjaya muziknya sebagai penyanyi freelance pelbagai dine place serta lounge termasuk No Black Tie.[14] Beliau kemudian terpilih sebagai salah seorang finalis Pertandingan Irama 1Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2010. Pada tahun berikutnya, beliau memenangi tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011, diikuti dengan kemenangan di tempat pertama dalam pertandingan Golden Voices of PJ pada tahun 2012.[15]

Pada tahun 2014, Aina terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan Mentor Legend dan berjaya dinobatkan sebagai naib juara.[16][17] Selepas tamat Mentor Legend, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Hollywood, Los Angeles, California, A.S. dan menjadi pemenang Vocalist of the World.[18]

Beliau mengikat kontrak bersama Indigital Music dan muncul dengan single pertamanya, "Ini Yang Kau Mahu" pada September 2015. Pada tahun 2017, Aina muncul dengan lagu bahasa Inggeris sulungnya yang bertajuk "Reminiscing",[19] diikuti dengan lagu bahasa Inggeris keduanya, "Shadows" pada 2018.[20]

Beliau memulakan kerjaya lakonan dengan memegang watak sebagai Irma di dalam drama Seindah Takdir Cinta pada tahun 2016.[21]

Pada tahun 2020, Aina menjadi salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia dengan menggayakan kostum Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia dan berjaya merangkul gelaran juara.[22] Beliau seterusnya menyertai Vokal Mania dan Separuh Akhir Muzik Muzik 35.[23][24] Pada 26 Disember 2020, beliau telah dinobatkan sebagai juara Vokal Mania bersama Aisha Retno sebagai Juara Rookie.[25][26]

Pada Disember 2020, lagunya yang berjudul "Semalam" telah layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada 14 Mac 2021, tanpa kehadiran penonton disebabkan pandemik COVID-19. "Semalam" mencatatkan detik bersejarah bagi Aina bersama para peminatnya, Ainations setelah berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara di AJL35.

Pada 8 Februari 2021, Aina melancarkan singlenya yang bertajuk "Sepi". "Sepi" menceritakan pengalaman jatuh dan bangun beliau dalam bidang muzik, terutama pengalamannya sebagai penyanyi kelab malam.[27] Muzik videonya telah diterbitkan bagi mempromosikan lagu ini, yang mana Aina memilih kelab malam sebagai lokasi penggambaran.[14][28]

Pada September 2021, Aina muncul dengan single yang menggunakan namanya sendiri sebagai tajuk lagu; AINA ABDUL. Lagu ini menggabungkan tiga lagu popularnya iaitu "Sumpah", "Semalam" dan "Sepi". Menurut Aina, gabungan lagu ini ialah simbolik kepada isi hati dan apa yang dirasai selama ini.[29][30] Ini kemudian diikuti dengan pelancaran single bahasa Inggerisnya yang bertajuk "Fool" pada Disember 2021. Lagu ini turut mendapat tempat di Jepun.[31][32]

Pada 16 dan 17 Disember 2021, Aina mengadakan konsert solo pertamanya, A Night with Aina Abdul yang berlangsung di Bsync Live Kuala Lumpur.[33][34] Edisi kedua konsert ini kemudiannya diadakan pada 25 dan 26 Jun 2022 di Panggung Sari, Istana Budaya.[35][36][37]

Beliau kemudian tampil dengan sebuah single berkonsep kerohanian yang berjudul "CahayaMu" pada Mac 2022.[38]

Pada Jun 2022 Aina muncul dengan single bertajuk "Terus Hidup". "Terus Hidup" telah layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil (Stadium Axiata Arena) pada 12 Februari 2023, dan dinobatkan sebagai Juara AJL 37. Aina Abdul turut membawa pulang trofi untuk anugerah Vokal Terbaik AJL37.

Kecemerlangan Aina Abdul diteruskan menerusi konsert berskala besar pertama beliau, A Night with Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena, Bukit Jalil yang bertemakan Aina Abdul.

Oktober 2023 memperlihatkan Aina muncul dengan album sulung berjudul IMAJI menampilkan 14 buah lagu. Lagu "Jangan Mati Rasa Itu" menjadi single pertama yang diperkenalkan dan turut layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-38 pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Minggu pertama 2024 Aina menggegarkan Kota Singa melalui konsert pertama beliau di Singapura, A Night With Aina Abdul Live In Singapore.

Bakat

Profil vokal

  • Jenis suara: Mezzo Soprano
  • Julat vokal: Bb2-A5-Eb6-A6
  • Julat vokal yang disokong secara konsisten: E3-Eb5-B5
  • Aina mengaplikasikan teknik “chest dominant mix” dalam nyanyian. Oleh itu bunyi yang dihasilkan berintensiti tinggi.
  • Justifikasi: Aina diklasifikasikan sebagai Mezzo Soprano dek ton suara yang lebih matang dan berat. Aina juga sering disalah anggap sebagai Spinto Soprano dek ton suaranya yang berat sedangkan kualiti suara Spinto memiliki lebih berat dan kegelapan seperti Whitney Houston dan Jennifer Hudson.
  • Aina juga sering menyanyi menggunakan note E5 & F5 , antara lagu yang mencapai note F5 ialah “Semalam , Sumpah , Sepi , Nafas Cinta , Terus Hidup & single terbaru Jangan Mati Rasa Itu “ .

Kehidupan peribadi

Pencapaian luar negara

Pada Mac 2022, Aina Abdul terpilih menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify.[39]

Single bahasa Inggeris Aina bertajuk "Fool" yang dilancarkan pada tahun 2021 telah mendapat tempat dan permintaan di stesen radio Jepun.[31][32]

Aina muncul menerusi konsert berskala antarabangsa beliau di Singapura pada 6 Januari 2024, A Night with Aina Abdul in Singapore.

Kontroversi

Penggayaan fesyen Aina yang dilihat bersifat eksentrik dan luar biasa sering menjadi bualan netizen di ruangan media sosial dan juga tajuk utama di laman portal berita hiburan. Pada Mei 2022, netizen mengkritik cara pemakaian Aina yang dilihat mirip rahib atau biarawati gereja. Namun beliau menegaskan bahawa beliau hanya menghargai cara penampilan tersebut sebagai fesyen sahaja.[40] Selain itu, Aina juga acap kali dituduh sebagai seorang mangsa fesyen sehingga dikritik berpenampilan menyerupai plastik sampah pada acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW 2022) oleh usahawan kontroversi, Nur Sajat pada Ogos 2022.[8] Pada acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-35 (ABPBH35) pada Julai 2023, Aina mencuri tumpuan ramai dengan penampilan busana oversize rekaan Behati dan tiba di acara tersebut menggunakan lori berkaca lutsinar.[41]

Sebagai salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu ke-34, Aina membuat persembahan lagunya bertajuk "Sumpah" dengan menampilkan persembahan berdarah. Persembahan ini telah mencetuskan kontroversi di media sosial yang mengatakan lagu ini mengetengahkan tema bunuh diri.[42][43] Walau bagaimanapun, beliau menafikan dan menegaskan bahawa persembahannya bermaksud "hati yang terluka" dan disokong oleh kebanyakan netizen.[44]

Diskografi

Single
TahunTajukLirikKomposer
2015"Ini Yang Kau Mahu"[45]Aina AbdulAina Abdul
2017"Reminiscing"Aina AbdulAina Abdul
"Bukan Khayalan"Aina AbdulAina Abdul
"Mimpi Kita"Aina AbdulAina Abdul
"Ribut Hati" (OST Tombiruo: Penunggu Rimba)Aina AbdulAina Abdul
2018"Shadow"Aina AbdulAina Abdul
"Same Kind" (bersama Altimet dan Baraka Blue)Aina AbdulAina Abdul
2019"Sumpah"Aina AbdulAina Abdul
"Ghost" (feat. Spuds)Aina AbdulAina Abdul
"Kasih Suci" (OST Bu, Kasih Suci)Aina AbdulAina Abdul
2020"Semalam" (OST Mencari Kiblat Cinta)Aina AbdulAina Abdul
"Syahdu di Pagi Syawal" (lagu raya)Aina AbdulAina Abdul
"Maybe"Aina AbdulAina Abdul
"Kelip-Kelip"Aina AbdulAina Abdul
"Nafas Cinta" (feat. Khai Bahar)

(OST Kekasih Hati Mr Bodyguard)

Aina AbdulAina Abdul
2021"Trulooks" (Jingle for Cosmetic Product)Aina AbdulAina Abdul
"Sepi" (OST Sepi Tanpa Cinta)Aina AbdulAina Abdul
"Syukur Lebaran" (lagu raya)Aina AbdulAina Abdul
"Warna Warni" (feat. Daniesh Suffian Official Theme Song For Tonton TV3)Aina AbdulAina Abdul
"Nada Kalbu" (OST Masih Ada Rindu)Aisha Retno, Aina AbdulFarouk Roman, Aina Abdul
"Tunggu Kamu" (feat. Lah Ahmad)Aina AbdulAina Abdul
"Aina Abdul"Aina AbdulAina Abdul
"Fool"Aina AbdulAina Abdul
2022"CahayaMu"Aina AbdulAina Abdul
"Gema Raya" (lagu raya)Aina AbdulAina Abdul
"Terus Hidup"Aina AbdulAina Abdul
"Kasih Merintih" (OST Trinil)Aina AbdulAina Abdul
2023"I Lost Me"Aina AbdulAina Abdul
"Shoot"Aina AbdulAina Abdul
"Blue"Aina AbdulAina Abdul
"Berkunjung Di Hari Raya" (lagu raya)Aina AbdulAina Abdul
"Puas Sudah"'Aina AbdulAina Abdul
"Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" (feat. Khai Bahar)Aina AbdulAina Abdul
"Jangan Mati Rasa Itu"Aina AbdulAina Abdul
2024"Hati Ini Telah Dilukai 2.0" (feat. Ajai)Ajai, Nasser Abu KassimAjai
"Raya Lagi Happening" (feat Syafiq Kyle)Aina AbdulAina Abdul
"Kembara Nabawi"Alan OTwo, Anep OTwo, FJ MuzikN/A
Album
TahunAlbumLaguLirikKomposer
2023"IMAJI""Imaji"Aina AbdulAina Abdul
"Satu Rasa"Aina AbdulAina Abdul
"Jangan Mati Rasa Itu"Aina AbdulAina Abdul
"Kamu"Aina AbdulAina Abdul
"Puas Sudah"Aina AbdulAina Abdul
"Sesal"Aina AbdulAina Abdul
"Kejam"Aina AbdulAina Abdul
"Bilang"Aina AbdulAina Abdul
"Bukan Untukku"Aina AbdulAina Abdul
"Sedia Terluka"Aina AbdulAina Abdul
"Ini Bukan Cinta"Aina AbdulAina Abdul
"Lost"Aina AbdulAina Abdul
"Penat Jiwa"Aina AbdulAina Abdul
"Kunci"Aina AbdulAina Abdul

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2016Seindah Takdir CintaIrmaTV3Drama pertama

Televisyen

TahunTajukSebagaiSaluran TVCatatan
2014Mentor LegendPesertaTV3Naib Juara
2020Immortal Songs Malaysia Ep.5 (Datuk Khatijah Ibrahim)Juara
The Masked Singer Malaysia (musim 1)Astro WarnaJuara (Bunga Raya)
Vokal ManiaTV3Juara Idol
2021Malaysia Hari IniArtis JemputanTV3Bersama Khai Bahar
All Together Now MalaysiaJuriAstro RiaPersembahan bersama Ernie Zakri, Syamel, & Khai Bahar Lagu Ya Habibi Ali Baba
I Can See Your Voice Malaysia Musim 4Artis JemputanTV3Episod 5
MeletopArtis Jemputan AME2020Astro RiaFeat Ernie Zakri Lagu Semalam, Gundah & Bang Bang
2022MeletopArtis JemputanAstro RiaBersama Khai Bahar Battle
Big Stage Musim 4Juri JemputanAstro RiaMinggu 2 & Akhir
MeletopArtis JemputanAstro RiaLagu Terus Hidup
Konsert Semangat Lebaran Kita (Preshoot Raya)Artis JemputanAstro RiaBersama Ernie Zakri, Amir Masdi, Shiha Zikir, Zaiton Sameon & Khai Bahar
ABPBH34Artis JemputanTV3Lagu Sumpah & Semalam feat. Man Kidal
MeletopArtis Jemputan AME2021Astro RiaLagu Ke Hujung Dunia tribute to arwah Siti Sarah
Gegar VaganzaArtis JemputanAstro RiaDuet Bersama Jaclyn Victor Lagu Cinta
MeletopArtis JemputanAstro RiaDuet Bersama Amir Masdi Lagu Senja Nan Merah
2023Anugerah Ikon Sukan (AIS)Artis JemputanTV9Lagu Gemilang
Meletop RayaArtis JemputanAstro RiaBersama Hafiz Suip Nyanyi Lagu Anugerah Aidilfitri
NONA: Kisah SelebritiArtis JemputanTV3
MeletopArtis JemputanAstro RiaPerkenalan Juri Big Stage
Big Stage Musim 5Juri TetapAstro RiaMinggu 1 - Minggu 10

Mentor Legend

Berikut ialah senarai persembahan Aina dalam Mentor Legend:

Persembahan
MingguTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1TIADA
Minggu 2Pengenalan"Hurt"Christina AguileraSelamat
Minggu 3Solo & Duet"Sesal Separuh Nyawa"
"A Woman's Worth" (duet bersama Ella)
Alyah
Alicia Keys
Selamat
Minggu 4"Secangkir Madu Merah" (duet bersama Tuah)Amelina & SheedaSelamat
Minggu 5"Beribu Sesalan"
"Halo" (duet bersama Sarah Fazny)
3 Suara
Beyoncé Knowles
Selamat
Minggu 6Separuh Akhir: Medley"As Long As You Love Me"
"Problem"
"Ghazal Untuk Rabiah" (duet bersama Hazama)
Backstreet Boys
Ariana Grande
M. Nasir & Jamal Abdillah
Selamat
Minggu 7"Berhenti Berharap"/"Fighter"
"Stay"/"If I Were A Boy"
Sheila on 7/Christina Aguilera
Rihanna/Beyonce Knowles
Selamat
Minggu 8Grand Finale"Layar Impian" (duet bersama Ella)
"Menghitung Hari"/"Mencintaimu"
Ella
Krisdayanti
Naib Juara

Konsert

  • A Night with Aina Abdul 1.0 : 16 & 17 Dis 2021 (TTDI)
  • A Night with Aina Abdul 2.0 : 25 & 26 Jun 2022 (Istana Budaya)
  • A Night with Aina Abdul UniEdition : 17 Jun 2023 (Universiti Malaya)
  • A Night with Aina Abdul 3.0 : 18 Nov 2023 (Axiata Arena)
  • A Night with Aina Abdul, live in Singapore : 6 Jan 2024 (Singapore)
  • Aina Abdul bersama MPO : 10 & 11 Mei 2024 (Dewan Filharmonik PETRONAS)

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
2014World Championship of Performing Arts (WCOPA) @ Los Angeles, A.S.Vocalist of The WorldDirinya SendiriMenang
2019Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32Artis Baharu Wanita PopularDirinya SendiriTercalon
2020Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33Penyanyi Wanita PopularDirinya SendiriTercalon
Anugerah Juara Lagu Ke-34Terbuka"Sumpah"Finalis
2021Anugerah Telenovela (2018)OST Filem Terbaik"Tombiruo"Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular"Nafas Cinta" feat Khai BaharMenang
Anugerah Juara Lagu ke-35TerbukaPenyanyi untuk lagu SemalamNaib Juara
Anugerah Juara Lagu ke-35TerbukaKomposer untuk lagu SemalamNaib Juara
Anugerah Juara Lagu ke-35TerbukaPenulis lirik untuk lagu SemalamNaib Juara
2022Anugerah Juara Lagu ke-36Anugerah Vokal Terbaik AJL36Dirinya sendiri menerusi lagu "Sepi"Menang
Anugerah Juara Lagu ke-36Penyanyi Pilihan Popular Oppo AJL"Nafas Cinta" feat Khai BaharMenang
Anugerah Industri Muzik (AIM23)Vokal Wanita Terbaik"Nada Kalbu"Tercalon
Anugerah Industri Muzik (AIM23)Kolaborasi/Duo Terbaik"Tunggu Kamu" feat Lah AhmadTercalon
2023Anugerah Juara Lagu ke-37TerbukaPenyanyi untuk lagu Terus HidupMenang
Anugerah Vokal Terbaik AJL38Dirinya sendiri menerusi lagu "Terus Hidup"Menang
TerbukaKomposer untuk lagu Terus HidupMenang
TerbukaPenulis lirik untuk lagu Terus HidupMenang
Tonton Anugerah Drama Sangat 2023OST Terbaik"Nafas Cinta" feat Khai BaharMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Penyanyi Wanita PopularDirinya sendiriMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Ekstra: Lagu Paling BoomTerus HidupMenang
2024Anugerah KNKV Viral Award 2024Anugerah Diva TerulungDirinya sendiriMenang
Gempak Most Wanted Awards 2023Anugerah Lagu/Audio Tergempak"Jangan Mati Rasa Itu"Menang
Anugerah Juara Lagu ke-38TerbukaPenyanyi untuk lagu "Jangan Mati Rasa Itu"Tempat Ketiga
Komposer untuk lagu "Jangan Mati Rasa Itu"Tempat Ketiga
Penulis lirik untuk lagu "Jangan Mati Rasa Itu"Tempat Ketiga
Anugerah Vokal Terbaik AJL38Dirinya sendiri menerusi lagu "Jangan Mati Rasa Itu"Menang
Anugerah Pilihan Alha AlfaDirinya sendiriMenang
Anugerah Ikon Melodi 2024TerbukaDirinya sendiriMenang

Pelantikan dan pengiktirafan

Pelantikan

Kempen Kerajaan

  • Wakil Malaysia membuat persembahan di ABU Song Festival (2023)

Produk

  • Duta Tudung "Face Of Galeri Hajra" (2023)
  • Duta Air Minuman “Spritzer” (2024)

Pengiktirafan

Pengiktirafan lain

  • Visual Icon Of The Year - SEBA (2023)

Catatan

Rujukan

Pautan luar