Apo?

Majalah terkenal Malaysia

Apo? (digayakan sebagai APO?) ialah salah satu majalah tempatan yang berkonsepkan lawak dan juga komik. Ia mula diterbitkan pada tahun 1998 dan mengetengahkan ramai kartunis tempatan seperti Petai, Rambai, Pandan, Cendol, Spider, Rio, Sagu, Sireh, Lambok dan ramai lagi. Apo? berada di bawah satu bumbung bersama majalah Ujang namun pendekatannya agak berlainan dari segi pengisian dan jenakanya. Majalah Apo? diterbitkan 2 kali sebulan.

APO?
Kulit depan majalah Apo?
EdaranDua bulan sekali
PenerbitMOY Publications (1998-2015)
Isu pertama1 Disember 1998; 25 tahun yang lalu (1998-12-01)
Isu terakhir6 Ogos 2015; 8 tahun yang lalu (2015-08-06)

Penerbitan majalah Apo? (dan juga majalah Ujang) dihentikan secara rasmi setelah penutupan MOY Publications pada 5 Ogos 2015.[1]

Senarai kartunis

Berikut ialah senarai kartunis yang pernah mencipta nama bersama Apo?.

  • Petai
  • Rambai
  • Pandan
  • Cendol
  • Spider
  • Rio
  • Sagu
  • Sireh
  • Lambok
  • Topan
  • Oren

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar