Arthur Joseph Kurup
Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Kadazandusun. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia pada 12 Disember 2023 dan merupakan Ahli Parlimen Pensiangan sejak Penggal Parlimen Malaysia ke-14. Di peringkat parti beliau merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) salah satu parti komponen Barisan Nasional.
Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup PGDK (Sabah), PMW (Wilayah Persekutuan); ASDK, JP (Sabah) | |
---|---|
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia | |
Memegang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Mohamad Sabu |
Didahului oleh | Chan Foong Hin |
Timbalan Menteri Sains dan Teknologi | |
Dalam jawatan 10 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Chang Lih Kang |
Didahului oleh | Ahmad Amzad Hashim |
Digantikan oleh | Mohammad Yusof Apdal |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pensiangan, Sabah | |
Memegang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Joseph Kurup |
Majoriti | 5,412 (PRU-15) 2,314 (PRU-14) |
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah | |
Memegang jawatan 7 Januari 2023 | |
Didahului oleh | Joseph Kurup |
Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah | |
Dalam jawatan 2015–2023 | |
Presiden | Joseph Kurup |
Didahului oleh | Ellron Alfred Angin |
Timbalan Menteri Kerja Raya | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Fadillah Yusof |
Didahului oleh | Eddin Syazlee Shith |
Digantikan oleh | Abdul Rahman Mohamad |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Menteri | Mustapa Mohamed |
Didahului oleh | Mohd Radzi Md Jidin |
Digantikan oleh | Eddin Syazlee Shith |
Butiran peribadi | |
Lahir | Sabah, Malaysia | 4 Ogos 1982
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | PBRS (2018–kini) |
Sekutu gabungan politik lain | BN (2018–kini) |
Pasangan | Datin Stella Boklin |
Ibu | Puan Sri Melinda Mak |
Bapa | Tan Sri Joseph Kurup[1] |
Alma mater | Bond University, Australia University of Queensland, Australia |
Pekerjaan | Ahli politik dan ahli ekonomi |
Profesion | Peguam |
Gaji | RM37,347.65 sebulan[2] |
Nilai bersih | Kurang RM1 juta[2] |
Pendidikan
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Ijazah Sarjana Undang-undang di Bond University, Australia.
Seterusnya beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Ekonomi Antarabangsa dan Kewangan di University of Queensland, Australia.
Kerjaya
Arthur sebelum ini bekerja sebagai Pegawai Perdagangan dan Undang-undang di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Geneva, Switzerland sebelum pulang ke Malaysia.[3] Beliau juga sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah di Lembaga Pembangunan Bandar dan Perumahan Sabah.[4]
Pilihan raya
Pilihan raya 2018
Pada pilihan raya 2018, parti beliau Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) me.bawanya bertanding di kerusi parlimen Pensiangan bagi menggantikan bapanya, Joseph Kurup.[5][6][7] Beliau berdepan dengan calon Raymond Ahuar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seterusnya bertanding di kerusi lama bapanya.[8]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Arthur Joseph Kurup (PBRS) | 11,783 | 37.6%2 | Raymond Ahuar (PKR) | 9,469 | 30.2%2 | ||
Catatan: Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah 2 Perbezaan % digunakan untuk pilihan raya 2018. |
Anugerah dan pengiktirafan
- Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) - Datuk (2021)
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2023)