Laksa
Laksa (Jawi: لقسا ; Cina: 叻沙) merupakan sejenis makanan mi berkuah pedas yang terdapat serata Nusantara[1][2] khususnya dalam kalangan masyarakat Cina,Baba Nyonya dan Melayu. Ia menjadi makanan kebangsaan di Malaysia [3] juga terdapat di Singapura ,[4] selatan Thailand [5] dan Indonesia [6]
Laksa | |
---|---|
Jenis | Noodle soup, makanan |
Jenis sajian | Tengah hari & Petang |
Tempat asal | Kedah dan Pulau Pinang |
Kawasan/rantau | Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Melaka |
Masakan berkaitan | Malaysia, Singapura , Selatan Thailand , Indonesia |
Dicipta oleh | Cina, Baba Nyonya dan Melayu |
Bahan utama | Mi,rempah, santan, ulam ,otak udang,sambal belacan atau minyak cili & ikan , ayam dan udang |
Bahan yang biasa digunakan | Daging ayam, Bihun, telur ayam, Anak benih, Ruku-ruku, Indonesian bay leaf, daun serai, Lengkuas, santan, bawang merah, bawang putih, Cili, ginger, Cekur putih, turmeric rhizome, coriander seed, gula |
Cara penyediaan | Merebus |
Keragaman/variasi | Laksa Utara , Laksa Nyonya , Laksa Pantai timur , Laksa Johor , Laksa Kari |
sunting · sunting di Wikidata |
Bahan utama untuk membuat kuah laksa seperti bunga kantan , daun kesum , otak udang dan asam gelugur hanya terdapat di Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Selatan Thailand , Kedah , Pulau Pinang dan Perlis . Laksa pertama tercipta ialah Asam laksa di Pulau Pinang dan Kedah iaitu kaum cina . Jenama Maggi Malaysia perkenalkan produk baharunya iaitu Laksa Warisan makanan warisan Malaysia [7]
Bahan Utama
Sejarah
Laksa ialah salah satu hidangan paling popular asal dari Asia Tenggara, dengan pelbagai jenis bahan yang digunakan dan proses penyediaan yang berbeza mengikut wilayah masing-masing. Oleh itu, laksa mempunyai pelbagai jenis di seluruh wilayah ini, sukar untuk menentukan asal usul hidangan ini dengan tepat. Namun begitu, beberapa resipi laksa telah dibangunkan di sepanjang saluran perdagangan Asia Tenggara—di pelabuhan yang terletak di Pulau Pinang, Medan, Melaka, Singapura, Palembang dan Batavia (kini Jakarta); merupakan persinggahan utama di sepanjang laluan rempah-rempah yang bersejarah. Hubungan perdagangan yang intensif antara bandar pelabuhan ini membolehkan pertukaran idea berlaku, termasuk perkongsian resipi.[8]
Terdapat pelbagai teori tentang asal usul laksa. Salah satunya ialah perkataan "laksa" berasal daripada perkataan Parsi purba untuk "mi".[9] Menurut Denys Lombard dalam buku Le carrefour Javanais. Essai d'histoire globale II, yang diterbitkan pada tahun 2005, salah satu catatan terawal perkataan laksa untuk menggambarkan mi telah ditemui dalam prasasti Biluluk Jawa bertarikh 1391 pada era Majapahit, yang menyebut perkataan "hanglaksa". "Hanglaksa" dalam bahasa Kawi bermaksud, "pembuat bihun".[10] Perkataan laksa juga mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak atau "sepuluh ribu" (seperti mana dalam dokumen lama seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit[11]), merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan. Istilah laksa atau lakhshah juga dipercayai berasal daripada bahasa Parsi atau bahasa Sanskrit yang merujuk kepada sejenis bihun.
Satu lagi teori tentang asal-usul hidangan ini bermula pada ekspedisi tentera laut Cina Dinasti Ming pada abad ke-15 yang diketuai oleh Zheng He, yang di mana armadanya mengemudi Maritim Asia Tenggara.[9] Walau pun begitu, orang Cina seberang laut telahpun menetap lebuh awal di pelbagai bahagian di Maritim Asia Tenggara, berbanding ekspedisi Zheng He. Disebabkan hal itu, bilangan pendatang dan pedagang Cina meningkat dengan ketara. Lelaki Cina berkahwin campur dengan penduduk tempatan, dan bersama-sama mereka membentuk masyarakat bercampur yang dipanggil Cina Peranakan atau Cina Selat dan Baba dan Nyonya.[9] Di Malaysia, varian laksa terawal dipercayai telah diperkenalkan oleh orang Cina Peranakan di Melaka.[12]
Jenis
Perkataan laksa berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak atau "sepuluh ribu" (seperti mana dalam dokumen lama seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit[13]) , merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan . Laksa berasal dari Malaysia iaitu di negeri Kedah dan Pulau Pinang . Laksa sangat terkenal di Malaysia seperti Kedah , Pulau Pinang , Perlis , Terengganu , Kelantan , Pahang , Melaka , Johor dan Sarawak .
Laksa berasal daripada Semenanjung Utara Malaysia iaitu di Kedah dan Pulau Pinang . Laksa pertama dihasilkan ialah Asam Laksa. Kemudian di inovasi oleh Cina Peranakan Malaysia iaitu Laksa Nyonya di Melaka . Lalu tersebar di Asia tenggara. Makanan ini telah sebati dalam budaya Cina, Melayu dan Peranakan Malaysia. Di makan dengan makanan sampingan seperti Sambal Belacan ataupun olahan Minyak cili.
Laksa Utara
Laksa Utara seperti Asam Laksa, Laksa Penang di Pulau Pinang , Laksa Kedah di Kedah , Laksa Perlis di Perlis , sempadan Malaysia-Thailand Selatan Thailand. Bahan utama iaitu ikan seperti ikan kembong ataupun ikan tenggiri , bagi rakyat marhaen mereka menggunakan ikan kembong dan ikan selayang bagi yang berkemampuan mereka menggunakan ikan tenggiri . Laksa utara tidak menggunakan santan.
Laksa Pantai Timur
Di Pantai Timur pula ada Laksam dan Laksa Pantai Timur di negeri Terengganu , Kelantan , sempadan Pahang , sempadan Malaysia - Thailand Selatan Thailand. Bahan utama kedua juadah ini sama seperti Laksa Utara tetapi . Bagi Laksam, Mi Laksa di ganti dengan Lempeng yang dipotong secara memanjang, Laksam dan Laksa Pantai Timur berwarna kelabu kerana isi ikan tanpa cili kisar.
Laksa Cina Peranakan / Baba Nyonya
Ada dua versi Laksa Cina Peranakan/Baba Nyonya dalam masyarakat Cina Peranakan Malaysia dan ikut lidah Orang Barat atau Mat Salleh seperti Laksa Nyonya di Melaka dan Laksa Sarawak di Sarawak . Pada awalnya Laksa Cina Peranakan variasi pertama bermula dari Melaka iaitu Laksa Nyonya. Bahan utama Laksa Cina Peranakan ialah udang ataupun ayam dan semestinya bahan utama santan.
Laksa Johor
Versi Laksa masyarakat melayu Malaysia pula adalah Laksa Kari dan Laksa Johor .
Laksa kari hampir sama dengan Mi Kari, ramai yang mengatakan Laksa Kari dan Mi Kari adalah kuah yang sama , walaupun rupa bentuk kedua juadah ini hampir sama sebenarnya ada perbezaan . Laksa Kari bahan utama perlu ada rempah kari , ayam dan santan , Santan yang pekat itu dapat dibezakan dengan kuah Mi Kari , kuah Mi Kari lebih terasa kari berbanding rasa santan.Seterusnya Laksa Johor berasal daripada negeri Johor , kisahnya bermula daripada Sultan Abu Bakar iaitu Sultan Johor atau di kenali Sir Abu Bakar , ingin menyantap Laksa yang belum pernah baginda rasa . Lalu Cef di dapur mendapat idea untuk membuat olahan baru untuk kuah Laksa dan Mi Laksa, Mi Laksa itu di ganti dengan spageti , Bahan utama Laksa Johor ialah ikan tenggiri , rempah kari dan santan.
Laksa Melayu dan Baba Nyonya
Laksa Lemak berasal daripada Melaka ia dihasilkan antara perpaduan antara Melayu dan Baba Nyonya , Laksa Lemak berbeza dengan Laksa Nyonya dan Laksa Katong .
Sebar di Singapura Indonesia
Laksa Katong di Singapura , Laksa Betawi di Indonesia dan Laksa Siam di Thailand tergolong dalam Laksa Peranakan .
Ringkasan
Laksa berasal daripada Utara Semenanjung Malaysia iaitu di Kedah dan Pulau Pinang menghasilkan Asam Laksa. Kemudian tercipta variasi baru di Melaka iaitu Laksa Nyonya yang tersebar menjadi pelbagai variasi Laksa Cina Peranakan/Baba Nyonya
Laksa Utara
° Cina Kedah :
° Asam Laksa iaitu Laksa pertama terhasil di Kedah
° Melayu utara :
° Laksa Kedah asal Kedah
° Laksa Penang asal Pulau Pinang
° Laksa Perlis asal Perlis.
Laksa Johor dan Laksa Kari
° Melayu Johor :
° Laksa Johor asal Johor
° Laksa Kari asal Johor
Laksam dan Laksa Pantai Timur
° Melayu Pantai Timur :
° Laksam asal Kelantan
° Laksa Kelantan asal Kelantan
° Laksa Terengganu asal Terengganu
° Laksa Pahang asal Pahang
Laksa Cina Peranakan / Baba Nyonya
° Cina dan Cina Peranakan / Baba Nyonya :
° Laksa Nyonya variasi pertama asal Melaka
° Laksa Sarawak asal Sarawak
° Laksa Katong asal Singapura
° Laksa Betawi asal Indonesia
° Laksa Siam asal Thailand
Laksa Melayu dan Baba Nyonya
° Melayu dan Baba Nyonya :
° Laksa Lemak asal Melaka
Galeri
Kontroversi
Pada tahun 2009, sebagai sebahagian daripada latihan penjenamaan makanan kebangsaan Malaysia, Menteri Pelancongan Malaysia, Ng Yen Yen cuba menuntut pemilikan untuk hidangan serantau seperti Laksa, nasi ayam Hainan dan Bak Kut Teh, dengan mendakwa bahawa orang lain telah "merampas hidangan mereka". Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dengan jiran serantaunya.[14][15][16] Ng kemudiannya, menjelaskan bahawa dia telah disalah petik mengenai niatnya untuk mempatenkan makanan itu, dan bahawa kajian tentang asal-usul makanan itu akan dijalankan "dan permohonan maaf disampaikan jika ia salah dituntut." Sehingga kini, hasil kajian itu masih belum didedahkan kepada umum.[17]
Rujukan
Pautan luar
- Kategori berkenaan Laksa di Wikimedia Commons
- Takrifan kamus Laksa di Wikikamus
- Artikel laksa Pulau Pinang dari Tourism Penang