Gula

disakarida dibentuk oleh molekul glukosa dan satu daripada fruktosa

Gula (Jawi: ݢولا; pinjaman Sanskrit: गुल gula, guḍa[1][2]:maksud ke-3) atau sakar[3] (pinjaman Arab: سُكَّر‎, rumi: sukkar) ialah satu istilah bagi sekelas kristal karbohidrat yang boleh dimakan terutamanya sukrosa, laktosa, dan fruktosa[4] dicirikan oleh suatu rasa manis. Dalam konteks pemakanan, gula kebanyakan dirujuk hampir-hampir ekslusif kepada sukrosa, yang utamanya datang dari gula tebu dan gula bit. Gula lain digunakan di dalam industri penyediaan makanan, tetapi biasanya diketahui oleh nama-nama yang lebih spesifik seperti glukosa, fruktosa atau gula buah, air gula jagung fruktosa tinggi, dll. Ia selalunya datang dalam bentuk ketulan kiub (yakni "gula buku" atau "gula potong")[5] atau pernah dahulu sebelum abad ke-19 timbunan keruncut (yakni "gula jantung" kerana pangkalnya yang berbentuk jantung[6]).

Kristal gula halus
Ketulan gula buku atau gula potong
Setimbun gula jantung

Pada masa kini, Brazil mempunyai penghasilan gula per kapita paling banyak.[7] Manusia secara keseluruhannya mengambil berat 24 kg setiap tahun: warga di benua-benua Amerika Utara dan Selatan mengambil lebih 50 kg paling banyak manakala warga benua Afrika hanya mengambil bawah 20 kg gula.[8]

Sifat kimia

Gula jika dipanaskan haba akan mengurai lalu bertindak balas melepaskan sebatian meruap seperti asetil serta menampakkan tekstur unik, fenomena ini disebut sebagai pengkaramelan.

Jenis gula

Monosakarida

Monosakarida atau gula ringkas menyimpan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi. Gula ini mempunyai satu molekul sahaja.

Sukrosa (kiri), salah satu disakarida glukosa, dan fruktosa (kanan) yang merupakan molekul penting di dalam badan.

Disakarida

Disakarida merupakan dua molekul yang diikat melalui pemeluwapan:

  • Sukrosa yang terdapat dalam gula pasir merupakan gabungan satu molekul glukosa dengan satu molekul fruktosa.
  • Laktosa yang terdapat dalam gula susu merupakan gabungan molekul glukosa dengan molekul galaktosa.
  • Maltosa yang terdapat dalam gula malt merupakan gabungan dua molekul glukosa..

Penghasilan

Kesan terhadap kesihatan

Gula, pasir
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga1,619 kJ (387 kcal)
Karbohidrat99.98 g
- Gula99.91 g
- Serabut diet0 g
Lemak0 g
Protein0 g
Air0.03 g
Riboflavin (vit. B2)0.019 mg (2%)
Kalsium1 mg (0%)
Besi0.01 mg (0%)
Kalium2 mg (0%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database
Gula, perang
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga1,576 kJ (377 kcal)
Karbohidrat97.33 g
- Gula96.21 g
- Serabut diet0 g
Lemak0 g
Protein0 g
Air1.77 g
Tiamina (vit. B1)0.008 mg (1%)
Riboflavin (vit. B2)0.007 mg (1%)
Niasin (vit. B3)0.082 mg (1%)
Vitamin B60.026 mg (2%)
Folat (vit. B9)1 μg (0%)
Kalsium85 mg (9%)
Besi1.91 mg (15%)
Magnesium29 mg (8%)
Fosforus22 mg (3%)
Kalium346 mg (7%)
Natrium39 mg (3%)
Zink0.18 mg (2%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Pada 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam suatu laporan teknikal mengemukakan bukti hubungan peminuman air bergula (termasuk jus buah) dengan kebuncitan disebabkan pertambahan tenaga perlu yang diambil:[9] gula sendirinya bukan penyebabk kegemukan tetapi mampu mendorong kepada tabitan pemakanan tidak sihat jika diambil secara berlebihan.[9] Metaanalisis lanjut juga menunjukkan bahawa pengambilan berlebihan minuman dimaniskan gula meningkatkan risiko kencing manis tahap 2 dan sindrom metabolik pada kedua-dua lingkungan anak-anak dan dewasa.[10][11]

Gula turut menjejaskan kesihatan gigi kerana kerosakan yang boleh disebabkan pemakanan gula yang berlebihan.[9]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar