Bahasa Inggeris India

Bahasa Inggeris India ialah berbagai-bagai bentuk ciri bahasa Inggeris di subbenua India. Bahasa Inggeris ialah lingua franca di India dan merupakan bahasa elit politik dan budaya mereka, yang mempunyai kesan ekonomi dan sosial bagi para pengguna bahasanya.[1]

Walaupun bahasa Inggeris ialah salah satu dari dua puluh dua bahasa rasmi di India pada masa sekarang, hanya beberapa ratus ribu orang India yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka.[2][3][4][5][6] Menurut Selidik Perkembangan Manusia India 2005, dari 41,554 rumah tangga yang diselidik dilaporkan bahawa 72 peratus lelaki (29,918) tidak dapat bercakap dalam bahasa Inggeris, 28 peratus (11,635) dapat mengetahui beberapa kata dalam bahasa Inggeris, dan lima peratus (2,077) dapat bercakap dalam bahasa Inggeris. Sementara pada kaum wanita, peratusan menyatakan bahawa 83 peratus (34,489) tidak dapat bercakap dalam bahasa Inggeris, 17 peratus (7,064) dapat mengetahui beberapa kata dalam bahasa Inggeris, dan 3 peratus (1,246) dapat bercakap dalam bahasa Inggeris.[7]

Bahasa Inggeris India umumnya menggunakan sistem penomboran India.

Lihat pula

Catatan