Bahasa Lithuania

bahasa

Bahasa Lithuania (lietuvių kalba) merupakan bahasa rasmi Lithuania, dituturi oleh kira-kira 4 juta penutur ibunda.

Bahasa Lithuania
lietuvių kalba
Asli kepadaLithuania, kawasan sekeliling, dan lain-lain
Penutur bahasa
4 juta
Indo-Eropah
  • Balto-Slav
    • Baltia
      • Baltik Timur
        • Bahasa Lithuania
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Lithuania, Kesatuan Eropah, Kommune Puńsk di Poland
Dikawal selia olehSuruhanjaya Bahasa Lithuania
Kod bahasa
ISO 639-1lt
ISO 639-2lit
ISO 639-3lit

Ia difahamkan beberapa ahli bahasa Eropah sebagai antara bahasa paling konservatif yakni memelihara ciri-ciri Bahasa Proto-Indo-Eropah induk hampir semua bahasa-bahasa tuturan Eropah yang telah gugur pada bahasa-bahasa turunannya[1][2] selain bahasa Sanskrit[3][4] dan Yunani Purba.

Klasifikasi

Bahasa Lithuania merupakan salah satu daripada dua bahasa Baltik yang masih wujud, bersama dengan Bahasa Latvia. Satu lagi bahasa Baltik Prussia lama telah pupus pada abad ke-19; bahasa-bahasa Baltik Barat, iaitu Bahasa Curonia dan Bahasa Sudovia, telah pupus sebelum itu.

Sistem

Bahasa ini menggunakan abjad Rumi yang telah diubahsuai. Bahasa ini terdiri daripada 32 huruf. Susunannya agak mengejutkan : "Y" dipindah ke antara "Į" (I ogonek) dan "J" kerana "Y" sebenarnya mewakili /iː/ yang dipanjangkan.

AĄBCČDEĘĖFGHIĮYJKLMNOPRSŠTUŲŪVZŽ
aąbcčdeęėfghiįyjklmnoprsštuųūvzž


Dz dz [dz](dzė), Dž dž [dʒ](džė), Ch ch [x](cha).

Contoh

  • Helo: labas ("lahbas", [lābas])
  • Selamat jalan/tinggal: iki! ("iki'", [iki])
  • Sila/tolong: prašau ("prashau", [praʃaŭ])
  • Terima kasih: ačiū ("ahchjooh", [āiū])
  • Ya: taip ([taĭp])
  • Tidak: ne ("ne")
  • Maaf: atsiprašau ("Atsiprashau", [atsipraʃaŭ])
  • Saya tak faham: nesuprantu ([nesuprantu])
  • Di manakah ...?: Kur yra? ([kur īra?])
  • Teh: arbata (arbata)

Lihat juga

  • Martynas Mažvydas
  • Kamus-kamus Bahasa Lithuania
  • Bahasa Samogitia

Rujukan

Sumber utama
  • Leonardas Dambriūnas, Antanas Klimas, William R. Schmalstieg, Beginner's Lithuanian, Hippocrene Books, 1999, ISBN 0-7818-0678-X. Older editions (copyright 1966) called "Introduction to modern Lithuanian".
  • Klimas, Antanas. "Baltic and Slavic revisited". Lituanus vol. 19, no. 1, Spring 1973 . Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link)
  • Zigmas Zinkevičius, "Lietuvių kalbos istorija" ("History of Lithuanian Language") Vol.1, Vilnius: Mokslas, 1984, ISBN 5-420-00102-0.

Pautan luar

Templat:Baltic languages

Templat:Official EU languages