Bendera Matahari Terbit

Bendera Matahari Terbit (Jepun: 旭日旗, Hepburn: Kyokujitsu-ki) merupakan bendera tentera Jepun[1] yang digunakan sebagai bendera perang Tentera Darat Imperial Jepun serta bendera Tentera Laut Imperial Jepun sehingga tamatnya Perang Dunia Kedua. Kini bendera tersebut digunakan sebagai bendera perang Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun dan bendera Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun. Bendera ini turut dikibarkan semasa Tahun Baru Jepun ataupun acara sukan. Rekaan ini turut diguna pakai dalam akhbar Jepun Asahi Shimbun di samping sepanduk bergelar Tairyō-ki (Jepun: 大漁旗, Hepburn: Bendera Tangkapan Baik) yang dikibarkan oleh nelayan.

Bendera perang Tentera Darat Imperial Jepun (1870–1945)
Bendera tentera laut, dikibarkan pada kapal Tentera Laut Imperial Jepun (1889–1947) dan Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun (1954–sekarang). Nisbah bendera: 2:3
Bendera Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun

Reka bentuk

Reka bentuknya serupa dengan bendera Jepun iaitu dengan wujudnya bulatan merah di tengah yang melambangkan matahari; bezanya ialah pertambahan sinar matahari (16 bagi bendera tentera) bagi menandakan gelaran Jepun sebagai "Negara Matahari Terbit".

Tentera Darat Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun mempunyai versi masing-masing bagi bendera berkenaan; bendera tentera laut dialihkan sedikit bahagian bulatan merahnya be bahagian kiri, manakala versi tentera (yang merupakan sebahagian daripada warna rejimen) diletakkan di tengah. Ia mula diguna pakai pada tahun 1889.

Bendera tersebut digunakan dalam tindakan seberang laut bermula dari Zaman Meiji sehinggalah Perang Dunia Kedua. Setelah Jepun dikalahkan pada Ogos 1945, bendera tersebut diharamkan oleh Pihak Berikat. Namun demikian, setelah Angkatan Pertahanan ditubuhkan semula, bendera tersebut mula diguna pakai kembali pada tahun 1954. Bendera dengan 16 sinaran hari ini merupakan bendera Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun manakala Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun menggunakan versi 8 sinaran.[1]

Galeri

Seni

Produk

Sukan

Tentera

Lihat juga

Rujukan