Bendera Portugal

Bendera Portugal (Portugis: Bandeira de Portugal) terdiri daripada sebidang dibahagikan kepada hijau dan merah di mana jata negara tersebut terletak pada sempadan antara dua warna ini - kedua-dua bendera rekaan Columbano Bordalo Pinheiro (1857-1929) dan jata tersebut dirasmikan pada 1911 tidak lama selepas kerajaan Portugal digulingkan pada Oktober tahun sebelumnya terbentuknya pemerintahan republik yang baru.

Bendera rasmi Portugal.

Reka bentuk

Perlambangan

Warna-warna hijau dan merah dipilih sebagai pembeza yang melambangkan suatu pemerintahan republikan dan sekular baharu berbanding bendera sebelumnya yang berwarna biru dan putih - warna biru berkait rapat dengan Maria ibu Yesus (Portugis: Nossa Senhora da Conceição) yang dijadikan penaung negara oleh Raja João IV.[1] Ia juga dikatakan ada duluan dalam suatu bendera yang dinaikkan di balkon balai bandar Porto semasa pemberontakan Januari 1891 oleh salah satu persatuan republikan Freemason,[2][1] warna hijau pula dikaitkan dengan fahaman positivis bawaan Auguste Comte yang diterapkan dalam pemikiran kalangan republikanis.[1] Penjelasan sebegini akhirnya dirasmikan semasa zaman Estado Novo dari 1933 hingga 1974 di mana hijau dikatakan mewakili harapan orang Portugis manakala merah mewakili darah ditumpahkan mereka yang berkorban demi Portugal.[3]

Jata kecil Portugal terletak di tengah-tengah antara bidang-bidang merah dan hijau di mana ia mempunyai seberapa komponen:

  • sfera armila - ia alat pengemudian yang penting digunakan para pelayar Portugis yang meneroka semasa Zaman Penemuan, lagi-lagi yang diterajui oleh Putera Henrique si Pelayar. Maka, ia menjadi simbol tempoh paling penting negara-penemuan Portugis meskipun berganti kerajaan - ia muncul dalam bendera republik yang baharu memperingati kegemilangan, ketabahan dan keberanian orang Portugis dalam pencapaian tersebut.[4]
  • Perisai jata yang diletakkan di hadapan sfera - reka bentuk ini merupakan rekaan jata termutakhir yang ada sejak zaman Raja João II.

Spesifikasi

Rincian warna yang digunakan untuk penghasilan bendera secara rasmi boleh dianggarkan di bawah:[5]

Skema warnaMerahHijauKuningBiruPutihHitam
PMS485 CVC349 CVC803 CVC288 CVC  -Black 6 CVC
RGB255-0-00-10-2-0255-255-00-51-153255-255-2550-0-0
# FF0000# 006600# FFFF00# 003399#FFFFFF# 000000
CMYK0-100-100-0100-35-100-300-0-100-0100-100-25-100-0-0-00-0-0-100
Tatarajah[pautan mati kekal] rekaan bendera dengan dimensi rasmi bendera. Semua langkah adalah relatif kepada panjang (L).

Sejarah

Rekaan bendera yang terdahulu

Rujukan