Bahasa Portugis

Bahasa Portugis (português) ialah sebuah bahasa Romawi yang banyak dituturkan di Portugal (bahasa rasmi), Brazil, Angola, Mozambique, Tanjung Verde, Timor Timur dan Guinea Khatulistiwa. Banyak ahli bahasa yang menganggap bahasa Galicia, bahasa daerah di Galicia, Sepanyol, sebenarnya adalah sejenis bahasa Portugis yang telah dipengaruhi dengan kuat oleh bahasa Sepanyol.

Bahasa Portugis
Português
Sebutan[puɾtu'geʃ] (Eropah), [poɾtu'gejs] (Brazil)
Asli kepadaAngola, Brazil, Portugal, Mozambique, Tanjung Verde, Goa (India), Uruguay, Melaka (Malaysia) dan beberapa lain negara CPLP
Penutur bahasa
220 juta orang
Indo-Eropah
  • Italik
    • Romawi
      • Italo-Barat
        • Barat
          • Gallo-Iberia
            • Ibero-Romawi
              • Iberia Barat
                • Portugis-Galicia
                  • Bahasa Portugis
Huruf Latin (Portugis pelbagaian)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Angola, Brazil, Cape Verde, Timor Timur, Kesatuan Eropah, Guinea-Bissau, Cina Macau S.A.R., Mozambique, Portugal, São Tomé dan Príncipe
Dikawal selia olehInstitut Bahasa Portugis Antarabangsa; CPLP
Kod bahasa
ISO 639-1pt
ISO 639-2por
ISO 639-3
por

Dengan lebih daripada 200 juta penutur asli, bahasa Portugis merupakan bahasa yang keenam paling banyak dituturkan di dunia. Bahasa Portugis menjadi bahasa yang paling banyak digunakan di Amerika Selatan kerana Brazil, dengan 186 juta penduduknya, membentuk sekitar 51% dari seluruh populasi Amerika Selatan.

Bahasa ini banyak meminjamkan kosa kata ke dalam bahasa Melayu melalui pertembungan antara orang-orang Empayar Portugis menuturkan bahasa ini menakluk serata Nusantara.

Fonologi

Konsonan

Fonem konsonan bahasa Portugis[1][2][3][4]
DwibibirGigi/

Gusi

Dorsal
biasalabial
Sengauanmnɲ
Letusantak bersuaraptk
bersuarabdɡɡʷ
Geserantak bersuarafsʃ
bersuaravzʒ
Aproksimansemivokaljw
laterallʎ
Rotikgetaran/geseranʁ
tamparanɾ

Ada beberapa bunyi fonem ini yang dimunculkan melalui gabungan dwihuruf tertentu:

GrafemSebutan
ch/ʃ/
lh/ʎ/, /lʲ/, /lj/
nh/ɲ/, //
rr/ʁ/
ss/s/
qu/k/; //
gu/ɡ/; /ɡʷ/; /ɡu/

Aturan abjad ini sendirinya asas kepada kaedah perumian bahasa Vietnam yang dikembangkan Francisco de Pina, seorang mubaligh Jesuit Portugis serta dikemas lanjut Alexandre de Rhodes untuk kamus tribahasa Vietnam-Portugis-Latin dikarangnya iaitu Dictionarium Annamiticum Lusitanum et Latinum yang terbit di Roma tahun 1651.[5]

Rujukan

Pautan luar

Bahasa Portugis


🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno