Megabit

Megabit ialah unit storan maklumat yang disingkatkan kepada Mbit dan kekadangnya Mb.

Kuantiti bit
Awalan SIAwalan perduaan
Nama
(Simbol)
Piawai
SI
Jarang
diguna
Nama
(Simbol)
Nilai
kilobit (kb)103210kibibit (Kibit)210
megabit (Mb)106220mebibit (Mibit)220
gigabit (Gb)109230gibibit (Gibit)230
terabit (Tb)1012240tebibit (Tibit)240
petabit (Pb)1015250pebibit (Pibit)250
eksabit (Eb)1018260eksbibit (Eibit)260
zetabit (Zb)1021270zebibit (Zibit)270
yotabit (Yb)1024280yobibit (Yibit)280

1 megabit = 106 = 1,000,000 bit, iaitu sama dengan 125,000 bait atau 125 kilobait.

Megabit paling biasa digunakan ketika merujuk kepada kadar pemindahan data tentang kelajuan rangkaian, misalnya sambungan Ethernet Pantas 100 Mbit/s (megabit per saat). Dalam konteks ini, seperti dengan bidang-bidang lain dalam telekomunikasi, ia selalunya adalah sama dengan 106 bit. Capaian internet kediaman laju tinggi seringnya salah diiklankan sebagai megabit (unit storan maklumat), bukannya megabit per saat yang tepat.

Padanan perduaan kepada megabit ialah mebibit yang amat berguna untuk mengukur muatan cip-cip ingatan capaian rawak (RAM) dan ingatan baca sahaja (ROM).

Kartrij permainan video

Dalam era konsol permainan 16-bit, 'megabit' (Mbit) telah menjadi suatu ukuran yang biasa untuk mengukur saiz (muatan storan data) kartrij permainan. “Megabit” ini sebenarnya adalah sama dengan satu mebibit yang mempunyai simbol “Mibit”. Sebahagian permainan-permainan SNES / Megadrive (Genesis) yang amat besar dikeluarkan dalam bentuk kartrij 8 Mibit piawai (walaupun kartrij 4 Mibit juga biasa didapati) dan kemudian pada akhir kitar hayat konsol-konsol itu, judul-judul grafik intensif muncul dalam bentuk-bentuk kartrij 12, 16, serta juga 32 Mbit. Tales of Phantasia dan Star Ocean mengambil bentuk 48 Mibit.

Peraturannya ialah 8 bit = 1 bait. Justera itu, kartrij 4 Mibit mempunyai muatan sebanyak 512 KiB, dengan kartrij 8 Mibit menampung data sebanyak 1 MiB dan sebagainya.

Lihat juga

Pautan luar