Bruno Ganz

pelakon Switzerland (1941-2019)

Bruno Ganz (bahasa Jerman: [ˈbruːno ˈɡant͡s]  ( dengar); 22 Mac 1941 - 16 Februari 2019)[note 1] ialah pelakon Switzerland yang kerjayanya dalam produksi televisyen dan filem Jerman merangkumi hampir 60 tahun. Beliau terkenal dengan kolaborasi bersama pengarah Werner Herzog, Éric Rohmer, Francis Ford Coppola, dan Wim Wenders. Beliau mendapat pengiktirafan meluas dengan peranannya sebagai Jonathan Zimmerman dalam The American Friend (1977), Jonathan Harker dalam Nosferatu the Vampyre (1979) dan Damiel the Angel dalam Wings of Desire (1987).[1]

Bruno Ganz
Ganz pada 2011
Kelahiran(1941-03-22)22 Mac 1941
Meninggal dunia16 Februari 2019(2019-02-16) (umur 77)
Wädenswil, Switzerland
DikebumikanFriedhof Rehalp, Zürich, Switzerland
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1960–2019
PasanganSabine Ganz (k. 1965)
Rakan kongsi domestikRuth Walz
Anak-anakDaniel
Anugerah
  • "Pelakon Tahunan" oleh Theater heute
  • Hans-Reinhart-Ring
  • Iffland-Ring
  • Hadiah Filem Switzerland
  • David di Donatello
  • Anugerah Filem Eropah
  • Hiasan Austria untuk Sains dan Seni
  • Order of Merit
  • Anugerah Sepanjang Hayat Goldene Kamera

Ganz mendapat pujian antarabangsa yang lebih meluas untuk penggambarannya sebagai Adolf Hitler dalam filem Der Untergang yang dapat pencalonan Oscar.[2] Beliau juga pernah berperanan dalam beberapa filem berbahasa Inggeris, termasuk The Boys from Brazil (1978), Strapless (1989), The Manchurian Candidate (2004), The Reader (2008), Unknown (2011) dan Remember (2015). Di panggung, Ganz memerankan watak Dr Heinrich Faust dalam pementasan oleh Peter Stein bertajuk Faust, Part One dan Faust, Part Two pada 2000.[3]

Dari tahun 1996 hingga kematiannya pada 2019, Ganz adalah pemegang cincin Iffland-Ring Republik Austria, yang diteruskan dari pelakon ke pelakon — masing-masing mewariskan cincin itu ke pemegang berikutnya. Iffland-Ring menilai sesebuah pelakon itu sebagai "pelakon yang paling signifikan dan paling layak dalam dunia hiburan berbahasa Jerman".[4][5] Ganz juga mendapat penghormatan dengan Order of Merit dari Jerman dan menjadi kesatria Légion d'honneur Perancis.

Kehidupan awal

Ganz dilahirkan pada 22 Mac 1941, di Zürich kepada bapa pekerja kilang Switzerland dan seorang ibu dari Itali utara.[6][7][8] Beliau telah memutuskan untuk melanjutkan kerjaya lakonan ketika beliau memasuki ke universiti. Beliau sama-sama tertarik ke pentas dan layar tetapi pada mulanya menikmati kejayaan yang lebih besar di panggung.[9][10]

Kehidupan peribadi dan kematian

Ganz sudah berkahwin dengan Sabine sejak dari 1965 hingga kematiannya, walaupun mereka telah lama berpisah; anak lelaki mereka, Daniel, dilahirkan pada 1972.[1][11]

Pada Februari 2018, diagnosis doktor di Salzburg mendapati bahawa Ganz menderita kanser usus, dan beliau segera memulakan kemoterapi.[12]

Ganz meninggal dunia pada 16 Februari 2019 di kediamannya di kampung Au, di Wädenswil, Switzerland, pada umur 77 tahun, hanya sebulan sebelum ulang tahunnya yang ke-78.[13][14][15] Ganz meninggalkan seorang balu Sabine Ganz, dan seorang pasangan, jurugambar teater Ruth Walz, serta anaknya Daniel.[1]

Nota

Rujukan

Pautan luar