Burger keju

Burger keju ialah hamburger yang disertai dengan keju cair. Istilah itu sendiri ialah gabungan perkataan daripada "hamburger" dan "keju". Keju biasanya dihiris, kemudian ditambah dalam masa singkat sebelum hamburger selesai dimasak untuk membolehkannya cair. Di restoran makanan segera, keju yang ditambah ke burger keju selalunya ialah jenis Amerika, tetapi ia mempunyai banyak variasi lain. Mozzarella, blue cheese, pepper jack, dan terutamanya cheddar ialah pilihan terkenal.

Burger keju
Burger berkeju biasa
JenisHamburger Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianHidangan utama
Tempat asalAmerika Syarikat
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaDaging kisar, keju, ban roti
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Keju dalam burger keju mengubah sebahagian besar nilai pemakanannya. Sebagai contoh, dalam perbandingan hamburger biasa yang hanya berlainan dengan keberadaan sekeping keju, burger keju McDonald's mengandungi 20% lebih kalori, 33% lebih lemak dan 25% lebih protein.[1] Jenis keju yang lain akan mendapatkan kesan berlainan bergantung kepada kandungan pemakanan mereka.

Sejarah

Antara tahun 1924 dan 1926, Lionel Sternberger memanggang burger keju pertama di Pasadena, California. Nama restoran dan tahun tepat telah dibahaskan oleh peminat-peminat burger berkeju.[2] Apabila Sternberger meninggal dunia pada 1964, majalah Time mencatatkan dalam isu 7 Februarinya:

…pada umur 16, Lionel Sternberger mengkaji dan menguji dengan meletakkan sekeping keju Amerika pada hamburger ketika membantu ayahnya dikedai sandwic di Pasadena, kemudiannya mencipta burger…[3]

Burger keju kelihatan seperti telah dicipta secara bebas di kawasan berbeza. Sebagai contoh, Kaelin Restaurant di Louisville, Kentucky mendakwa telah mereka cipta burger berkeju pada 1934.[4] Setahun kemudian, satu cap dagang untuk nama "burger berkeju" dianugerahi kepada Louis Ballast Humpty Dumpty Drive-In dalam Denver, Colorado.[5]


Variasi

Jucy Lucy, keju cair di dalam daging burger

Sebiji burger berkeju boleh dihidangkan dengan satu kepelbagaian permukaan atas seperti jeruk, tomato, selada, bawang, telur goreng, cendawan, horseradish atau kepingan bakon. Bahan perasa yang biasa digunakan termasuk sos biji sawi, sos tomato, mayonis, sos barbeku, jeruk timun, dan sos thousand island.

Jucy Lucy ialah sejenis burger berkeju yang dibangun dan dipopularkan di Minneapolis, Minnesota di mana keju diletakkan dalam daging mentah dan dimasak sehingga cair.

Sebiji burger berkeju mungkin mempunyai lebih daripada satu patty hamburger dan kepingan keju. Tindanan dua keping daging burger ialah sebiji burger berkeju berganda dan burger keju ganda tiga mempunyai tiga tindanan. Bukan kebiasaan bagi restoran untuk menghidangkan burger berkeju yang mepunyai lebih daripada tiga patty.

Malaysia

  • Burger bakar: daging burger yang dibakar dengan arang atau batu lahar.
  • Burger kukus: daging burger yang dikukus dan dilapisi kepingan keju sebelum dihidangkan.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar