Christoph Metzelder

Christoph Tobias Metzelder (lahir 5 November 1980) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi bek tengah.[2]

Christoph Metzelder
Maklumat peribadi
Nama penuhChristoph Tobias Metzelder[1]
Tarikh lahir (1980-11-05) 5 November 1980 (umur 43)
Tempat lahirHaltern, Jerman Barat
Ketinggian1.94 m (6 ka ​4 38 in)
Posisi permainanBek tengah
Kerjaya remaja
1986–1995TuS Haltern
1995–1996Schalke 04
1996–1998Preußen Münster
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1999–2000Preußen Münster32(4)
2000–2007Borussia Dortmund126(2)
2007–2010Real Madrid23(0)
2010–2013Schalke 0452(2)
2013–2014TuS Haltern1(0)
Jumlah234(8)
Pasukan kebangsaan
2000–2001Jerman B219(1)
2001–2008Jerman47(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya

Borussia Dortmund

Metzelder telah dilahirkan di Haltern, North Rhine-Westphalia. Pada musim panas 2000, beliau menandatangani kontrak bersama Borussia Dortmund dari kelab divisyen bawahan, SC Preußen Münster. Pada penghujung musim 2000-01, beliau membuat debut buat pasukan Jerman pada perlawanan persahabatan menentang Hungary pada 15 Ogos 2001.

Musim keduanya di Dortmund membawa Metzelder termasuk dalam skuad Piala Dunia 2002. Kemudian, beliau terlepas kebanyakan perlawanan musim 2003-04 akibat kecederaan tendon[3] dan hanya bermain sebanyak 16 perlawanan liga pada musim berikutnya.

Selepas dua tahun ketinggalan daripada skuad kebangsaan, Metzelder dipanggil oleh pengurus baru, Jürgen Klinsmann untuk perlawanan persahabatan menentang China pada Oktober 2005.[4] Beliau kemudian menjaringkan gol liga buat kali pertamanya menentang 1. FSV Mainz 05.

Real Madrid

Pada 18 April 2007, selepas Metzelder gagal untuk memperbaharui kontraknya di Borussia,[5] Metzelder berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada penghujung musim secara percuma.[6] Pada Februari 2008, beliau mengalami kecederaan lalu membuat pembedahan pada kakinya. Oleh yang demikian, beliau tidak dapat untuk beraksi pada perlawanan pusingan-16 Liga Juara-Juara menentang Roma. Beliau kembali daripada kecederaan dan beraksi pada perlawanan menentang Real Zaragoza, perlawanan berkesudahan seri 2-2.

Metzelder beraksi pada kesemua perlawanan Jerman di Euro 2008. Beliau berganding dengan Per Mertesacker di bahagian pertahanan. Metzelder meninggalkan Real Madrid selepas kontraknya tamat pada 30 Jun 2010.

Pulang ke Jerman

Pada 27 April 2010, Metzelder bersetuju untuk menandatangani kontrak tiga tahun bersama FC Schalke 04 selepas 15 tahun meninggalkan pasukan itu ketika di akademi Schalke 04. Beliau membuat debut untuk Schalke pada perlawanan liga dengan berkesudahan tewas 1-2 kepada Hamburg.

Metzelder tampil pada perlawanan Liga Juara-Juara yang menyaksikan Schalke berjaya melangkah ke separuh akhir. Beliau juga bermain untuk Schalke pada perlawanan akhir DFB-Pokal 2011 menentang MSV Duisburg, Schalke menang 5–0.

Pada Mei 2013, Metzelder pada usia 32 tahun mengumumkan persaraan daripada bola sepak pada penghujung musim 2012-13.

Penghargaan

Kelab

Borussia Dortmund
Real Madrid
Schalke
  • DFB-Pokal: 2010–11
  • DFL-Supercup: 2011

Antarabangsa

Jerman

Individu

  • Anugerah Bravo: 2002

Statistik kerjaya

KelabMusimLigaPialaEropahJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Borussia Dortmund2000–011902000210
2001–0225010120380
2002–0324010100350
2003–0400001010
2004–051600000160
2005–062321000242
2006–071900000190
Jumlah1262502101522
Real Madrid2007–08901030130
2008–091202010150
2009–1020100030
Jumlah2304040310
Schalke 042010–1132160100481
2011–121610030191
2012–1340201060
Jumlah52280140732
Jumlah kerjaya20141703902564

Catatan

Pautan luar

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Stefan Reuter
Kapten Borussia Dortmund
2003–2004
Diikuti oleh:
Christian Wörns