Kinta

daerah di Perak, Malaysia
(Dilencongkan dari Daerah Kinta)

Kinta merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak dan merupakan daerah yang paling padat di Perak. Daerah ini berkeluasan 1,305 kilometer persegi dan mempunyai bilangan penduduk lebih 888 ribu orang. Daerah ini juga merupakan daerah ketujuh paling ramai penduduk di Malaysia. Majoriti penduduk Kinta menetap di bahagian utara, iaitu kawasan sekitar ibu negeri Perak, Ipoh.

Daerah Kinta
Transkripsi Other
 • Jawiكينتا
 • Cina近打县
 • Tamilகிந்தா
Lokasi Daerah Kinta di Perak
Lokasi Daerah Kinta di Perak
Kinta is located in Bumi
Kinta
Kinta (Bumi)
Koordinat: 4°35′N 101°05′E / 4.583°N 101.083°E / 4.583; 101.083 101°05′E / 4.583°N 101.083°E / 4.583; 101.083
Negara Malaysia
Negeri Perak
PusatBatu Gajah
Bandar terbesarIpoh
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Ipoh
(Kinta Utara)
Majlis Daerah Batu Gajah
(Kinta Barat)
Pentadbiran
 • Pegawai daerahTarmidzi Manap[1]
Keluasan
 • Jumlah1,305 km2 (504 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah888,767
 • Kepadatan680/km2 (1,800/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8
Poskod
300xx-315xx
Kod panggilan+6-05
Plat pendaftaran kenderaanA

Etimologi

Nama "Kinta" dipercayai muncul berdasarkan sebuah cerita lagenda tentang seorang nakhoda bersama-sama dengan anak buahnya dari Sumatera yang telah datang belayar sehingga ke Perak melalui Sungai Kinta. Namun, kapal yang dinaiki mereka ini tidak dapat meneruskan pelayaran apabila mereka sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

Pada satu malam, nakhoda yang memimpin pelayaran itu bermimpi didatangi jin yang bernama Kulub Kinta. Dalam mimpi itu, jin tersebut memberitahu beliau bahawa dia dan anak cucunya nanti akan menjadi Orang Besar Kinta. Susulan daripada mimpi tersebut, akhirnya si nakhoda memilih nama Kulub Kinta sebagai nama gelaran untuk dirinya dan terus mengambil keputusan untuk untuk menetap di sana bersama-sama dengan anak buahnya. Dikatakan bahawa keturunan daripada nakhoda inilah yang memegang gelaran sebagai Dato Panglima Kinta yang menjadi salah seorang daripada Orang Besar Lapan di zaman Kesultanan Perak.

Sejarah

Bandar-bandar utama di daerah Kinta seperti Ipoh dan Batu Gajah dipercayai mula wujud sekitar 1880-an. Namun, dipercayai keluarga Dato Panglima Kinta yang mula-mula mendiami serta membangunkan bandar Ipoh sejak abad ke-16. Pada ketika itu Ipoh hanyalah sebuah kampung yang kecil mempunyai beberapa pondok berbumbungkan atap nipah dengan penduduknya seramai 200 orang.

Penduduk yang terawal mendiami bandar Ipoh terdiri daripada orang asli dan disusuli orang Melayu. Mereka ini telah menjalankan aktiviti perusahaan perlombongan bijih timah secara kaedah mendulang dan lombong siam iaitu secara tradisional. Bijih timah dibawa dengan tongkang dan sampan melalui Sungai Kinta. Setelah bijih timah dijumpai di kawasan sekitarnya, ramailah para pelombong dari lain-lain bahagian Negeri Perak dan dari tempat-tempat lain bertumpu ke Lembah Kinta. Kemudian Ipoh memainkan peranan sebagai sebuah pekan untuk bekalan keperluan para pelombong. Bandar Ipoh mula menjadi pesat dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti perniagaan.

Dalam tahun 1890, sebuah jambatan kayu telah dibina menyeberangi Sungai Kinta untuk kemudahan orang ramai. Ipoh membesar sehingga menjadi salah sebuah daripada pekan yang terbesar dalam Daerah Kinta. Dengan majunya perusahaan bijih timah, Ipoh menjadi bertambah penting lagi. Mulai saat itu, Ipoh terus bergerak dari sebuah perkampungan perlombongan bijih timah menjadi pusat perdagangan yang dapat menarik ramai pelabur dari luar.[4]

Geografi

Daerah Kinta terletak di tengah negeri Perak bersempadan dengan daerah Kuala Kangsar di utara, daerah Perak Tengah di barat, daerah Kampar di selatan dan negeri Pahang serta Kelantan di timur.

Daerah ini terletak di Lembah Kinta dan berada di antara dua banjaran gunung iaitu banjaran Kledang dan banjaran Titiwangsa. Di sekitar daerah ini terdapat banyak gua batu kapur dan gunung. Antara gunung yang terdapat di daerah ini;

  • Gunung Datok
  • Gunung Terendum
  • Gunung Juang
  • Gunung Lanno
  • Gunung Paniang
  • Gunung Rapat
  • Gunung Tambun
  • Gunung Keroh

Pecahan pentadbiran

Daerah Kinta mempunyai lima mukim, 14 bandar dan tiga pekan.

StatusNamaLuas (km²)Populasi
MukimBelanja106.416,042
Hulu Kinta671.1673,771
Sungai Raya244.147,992
Sungai Terap99.7162,454
Tanjong Tualang143.317,536
BandarBatu Gajah0.811,613
Chemor0.751,829
Ipoh Utara11.9126,979
Ipoh Selatan17.9135,577
Jelapang0.00522
Lahat0.16293
Menglembu0.26270
Papan0.24173
Pusing0.25544
Siputeh0.1636
Sungai Raya0.0362
Tambun0.24913
Tanjong Rambutan0.451,311
Tronoh0.39751
PekanKanthan0.839
Simpang Pulai0.0467
Tanjong Tualang0.27582

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970477,758—    
1980564,500+18.2%
1991627,899+11.2%
2000703,493+12.0%
2010749,474+6.5%
2020888,767+18.6%

Penduduk terawal yang mendiami daerah ini terdiri di kalangan orang asli dan orang Melayu. Sekitar tahun 1879, terdapat seramai 4623 orang Melayu yang mendiami kawasan-kawasan yang berhampiran dengan bandar Ipoh. Seiring dengan kemajuan Ipoh yang kian meningkat hasil dari perlombongan bijih timah, semakin ramai pelombong dari luar seperti Eropah, China dan India yang datang dan menetap di sekitar daerah ini. Pada tahun 1980, terdapat seramai 564,500 orang penduduk di daerah ini dengan majoritinya berbangsa Cina dengan 60 peratus dari keseluruhan penduduk. Jumlah penduduk di daerah ini terus meningkat setiap tahun.

Berdasarkan, bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Kinta ialah seramai 888,767 orang dengan kepadatan penduduk 681 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Kinta beretnik Bumiputera, dengan jumlah 402,680 orang. Cina merupakan etnik kedua terbesar dengan 321,739 orang diikuti India dengan 110,294 orang. Terdapat juga etnik yang lain dengan jumlah 3,565 orang.[5]

Peratusan pecahan etnik warganegara(1980-2020)
Kaum19801991200020102020
Bumiputera25.833.337.641.548.0
Cina60.352.247.643.938.4
India13.614.314.614.413.2
Lain-lain0.30.20.20.20.4

Majoriti penduduk di daerah ini beragama Islam iaitu 46.1 peratus dari kalangan penduduk. Penduduk bukan beragama Islam membentuk 53.9 peratus dari keseluruhan penduduk terdiri daripada penganut agama Buddha (33.5 peratus), agama Hindu (10.3 peratus), agama Kristian (4 peratus) dan lain-lain (1.4 peratus). Terdapat penduduk yang tidak diketahui status agamanya iaitu 3.9 peratus dan juga tidak beragama iaitu 0.8 peratus.[5]

Agama1991200020102020
Islam33.138.041.246.1
Buddha35.336.439.533.5
Hindu10.911.512.010.3
Kristian4.54.53.44.0
Lain-lain14.78.92.51.4
Tidak diketahui0.50.10.93.9
Tidak beragama1.00.60.50.8

Rujukan

Lihat juga



🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno