de Havilland Mosquito

de Havilland DH.98 Mosquito adalah sebuah pesawat pejuang buatan Britain yang digunakan di dalam Perang Dunia II. Ia dipanggil "Mossie"[3] oleh krewnya. Pesawat ini mendapat nama gelaran "Keajaiban Kayu" atau "Keganasan Kayu" di sebabkan kebanyakkan badan pesawat dibuat daripada papan lapis. Mosquito digunakan oleh Tentera Udara Diraja dan banyak lagi pasukan-pasukan udara lain di medan operasi di Eropah, Pasifik dan Mediterranean.

DH.98 Mosquito
Mosquito B.Mk XVI ML963 - pesawat ini hilang dalam satu operasi ke Berlin pada bulan April 1945
PerananPengebom pantas
Pejuang-pengebom
Pejuang malam
Serangan maritim
Pengawasan foto pantas
Pengeluarde Havilland Aircraft Company
Penerbangan pertama25 November 1940[1]
Pengenalan1941
StatusDibersarakan
Syarikat penerbangan utamaTentera Udara Diraja
Tentera Udara Diraja Kanada
Tentera Udara Diraja Australia
Pasukan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat
Dikeluarkan1940–1950
Jumlah dibina7,781.[2]
De Havilland Mosquito

Asalnya, ia dibayangkan sebagai sebuah pesawat pengebom tidak bersenjata yang paling laju, Mosquito telah digunakan di dalam banyak lagi tugasan yang lain semasa perang udara, seperti pesawat pengebom waktu siang aras rendah dan sederhana, pengebom malam aras tinggi, pembuka jalan, pejuang siang atau malam, pejuang-pengebom, penceroboh, serangan maritim, dan pesawat pengawasan foto pantas yang melakukan pengawasan udara. Selain itu, ia juga digunakan oleh British Overseas Airways Corporation (BOAC) sebagai sebuah pesawat pengangkut. Pesawat ini juga merupakan asas untuk pembangunan pesawat pejuang berat satu tempat duduk de Havilland Hornet.

Rujukan

Nota
Bibliografi

Pautan luar