Delta Nil

31°7′E / 30.900°N 31.117°E / 30.900; 31.117

Delta Nil (Arab: دلتا النيل Delta an-Nīl) terletak di muara sungai Nil yang mengalir keluar ke Laut Tengah di Hilir Mesir.[1] Delta ini merupakan antara delta terbesar menjangkau jauh hilir dari Kaherah[2] meliputi kota Iskandariah di sebelah barat ke Port Said di sebelah timur sebanyak 240 kilometer sepanjang pesisiran[3] dan 160 km (99 bt) dari utara hingga selatan.

Fotograf satelit NASA Delta Nil yang diwarnabezakan.

Kawasan ini merupakan kawasan pertanian penting di negara Mesir.[3] Sebanyak 39 juta orang menghuni kawasan delta ini dengan kepadatan mencecah lebih 1,000 orang per kilometer persegi; Iskandariah kota terbesar dengan kependudukan seramai 4.5 juta orang diikuti Shubra El Kheima, Port Said, El Mahalla El Kubra, Mansura, Tanta, dan Zagazig.[4]

Geografi

Aliran

Catatan pada zaman purba seperti yang dilakukan Ptolemaeus menunjukkan delta ini pernah mempunyai 7 cabang atau alur delta bersejarah iaitu:[5]

  • alur Pelusium,
  • alur Tanit,
  • alur Mendes,
  • alur Phatnitik (Phatmetik),[6]
  • alur Sebennytos,
  • alur Bolbitine,
  • alur Kanopos (juga alur Herakleotik[7] dan alur Agathodaemon[8])

Hanya cabang-cabang Phatnitik (kini alur Damietta) dan Bolbitine (kini Rasyid)[9] sahaja yang tertinggal dengan terkawalnya pembanjiran tahunan berikutan pembinaan empangan Aswan pada tahun 1950-an.

Flora dan fauna

Bunga teratai tumbuh di bahagian utara manakala rumput papirus tumbuh di bahagian selatan delta.[10]

Delta ini merupakan habitat semula jadi pelbagai jenis burung unggas termasuk burung bangau, burung kosa dan ibis. Terdapat juga pelbagai jenis katak, penyu, kura-kura dan biawak yang menghuni di situ. Ia pernah menjadi habitat utama buaya Nil dan badak air pada zaman-zaman bersejarah.

Petempatan

Delta ini menempatkan banyak kota-kota besar:

Large cities located in the Nile Delta:

  • Abusir
  • Avaris
  • Bilbeis
  • Bubastis
  • Kanopos
  • Damanhur
  • Desouk
  • Damietta
  • El Mahalla El Kubra
  • Iskandariah
  • Kafr El Sheikh
  • Leontopolis
  • Mendes
  • Mit Abu El Kom
  • Mansoura
  • Naucratis
  • Pelusium
  • Port Said
  • Rasyid
  • Sais
  • Tanis
  • Tanta
  • Zagazig

Rujukan