Dewan Penasihat Maharaja (Jepun)

Dewan Penasihat Jepun (Jepun: 枢密院, Hepburn: Sūmitsu-in) adalah sebuah majlis penasihat untuk Maharaja Jepun yang berfungsi antara 1888-1947.

Bangunan Sūmitsu-in pada tahun 1922.

Bentuk dewan ini sebahagiannya meniru Majlis Privi United Kingdom, yang memberikan nasihat kepada Takhta mengenai permasalahan yang sangat penting, antara lain termasuk:

  1. mengusulkan pindaan terhadap Undang-Undang Rumah Tangga Diraja 1889 dan Perlembagaan Empayar Jepun;
  2. masalah tafsiran perlembagaan, rang undang-undang, dan ordinan;
  3. pengumuman pemerintahan tentera dan perisytiharan perang;
  4. perjanjian dan persetujuan antarabangsa lainnya;
  5. masalah pewarisan takhta dan perngisytiharan pemangku di bawah Undang-Undang Rumah Tangga Diraja; dan
  6. hal-hal lain yang diajukan oleh maharaja (biasanya atas saranan kabinet).

Dengan demikian, Dewan Penasihat memiliki fungsi kehakiman dan sebahagian fungsi eksekutif. Namun, dewan ini tidak memiliki kekuatan untuk memulakan perundangan.rep tarikh

Dewan Penasihat Jepun didirikan berdasarkan ordonansi kemaharajaan dari maharaja Meiji tanggal 28 April 1888, di bawah pimpinan Ito Hirobumi, untuk memusyawarahkan rancangan konstitusi.[1] Konstitusi baru, yang diumumkan maharaja tanggal 11 Februari 1889, secara singkat menyebutkan tentang Dewan Penasihat pada Bab 5, Pasal 46: "Dewan Penasihat akan, sesuai dengan ketentuan organisasi dari Dewan Penasihat, merundingkan berbagai masalah penting Negara ketika mereka telah berkonsultasi dengan maharaja."

Dewan Penasihat ini dihapuskan dengan dibangnunkan Konstitusi Jepun pascaperang yang berlaku hingga masa ini, pada tanggal 3 Mei 1947.

Daftar Ketua Dewan Penasihat

Pertemuan Dewan Penasihat, 1946
NamaTanggal sebagai Ketua
1Ito Hirobumi30 April 188830 Oktober 1889
2Oki Takato24 Disember 18891 Jun 1891
3Ito Hirobumi1 Jun 18918 Ogos 1892
4Oki Takato8 Ogos 189211 Mac 1893
5Yamagata Aritomo11 Mac 189312 Disember 1893
6Kuroda Kiyotaka17 Mac 189425 Ogos 1900
7Saionji Kinmochi27 Ogos 190013 Julai 1903
8Ito Hirobumi13 Julai 190321 Disember 1905
9Yamagata Aritomo21 Disember 190514 Jun 1909
10Ito Hirobumi14 Jun 190926 Oktober 1909
11Yamagata Aritomo26 Oktober 19091 Februari 1922
12Kiyoura Keigo8 Februari 19227 Januari 1924
13Hamao Arata13 Januari 192425 September 1925
14Hozumi Nobushige1 Oktober 19258 April 1926
15Kuratomi Yuzaburo12 April 19263 Mei 1934
16Ichiki Kitokuro3 Mei 193413 Mac 1936
17Hiranuma Kiichiro13 Mac 19365 Januari 1939
18Konoe Fumimaro5 Januari 193924 Jun 1940
19Hara Yoshimichi24 Jun 19407 Ogos 1944
20Suzuki Kantaro7 Ogos 19447 Jun 1945
21Hiranuma Kiichiro9 April 19453 Disember 1945
22Suzuki Kantaro15 Disember 194513 Jun 1946
23Shimizu Toru13 Jun 194626 September 1946

Catatan kaki

Referensi

  • Beasley, W.G. (2000). The Rise of Modern Japan. Palgrave Macmillan. ISBN 0312233736.
  • Colgrove, Kenneth W. (1931). The Japanese Privy Council. ASIN: B00086SR24.
  • Gordon, Andrew (2003). A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to the Present. Oxford University Press. ISBN 0195110617.
  • Jansen, Marius B. (2000). The Making of Modern Japan. Belknap Press. ISBN 0674009916.