Dolar Sepanyol

Dolar Sepanyol (Sepanyol: Real de a ocho, Dólar, Peso duro, Peso fuerte atau Peso; bahasa Inggeris: piece of eight) adalah duit syiling perak berukuran diameter kira-kira 38 mm (1.5 in) dengan nilai bersamaan lapan keping real Sepanyol. Ia dicetak pihak Empayar Sepanyol berikutan suatu perombakan dasar kewangan yang dilakukan serata jajahan-jajahannya pada tahun 1497.

Kepingan dolar Sepanyol dicetak zaman Raja Felipe V yang kemudiannya diberi nama antara lain sebagai "Ringgit Meriam".

Kepingan ini sangat digemari dalam urus niaga kerana sifat dan rupa wang dikilang yang malar dan seragam.[1] Mata wang ini digunakan secara meluas sebagai suatu mata wang sedunia terutamanya di Eropah, benua-benua Amerika dan Timur Jauh pada akhir abad ke-18.[2][3][4] Unit ini mengilham banyak mata wang moden yang sedia ada termasuk yen Jepun, yuan Cina, dolar-dolar Amerika Syarikat dan Kanada, pelbagai jenis unit peso[5] termasuklah wang ringgit di alam Melayu.[6] Simbol "$" yang berkaitan dengan wang turut datang dari rupa yang dicetak pada kepingan wang dolar ini.[7]

Rujukan