Timur Jauh

Timur Jauh (Bahasa Inggeris: Far East) merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk pada negara-negara yang terletak di Asia Timur.[1] Istilah ini juga sering kali dikembangkan bagi merangkumi negera-negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan, di atas alasan budaya, sebagai contoh disebabkan kerana agama Buddha merupakan agama biasa di Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan.[2] Istilah "Timur Jauh" mula digunakan di dalam syarahan geo-politik di Eropah pada kurun ke-19, menyatakan bahawa Asia Timur sebagai "paling jauh" daripada negara "timur", melepasi Hampir Timur dan Timur Tengah. Di atas alasan yang sama, orang China dahulukala memanggil negara-negara Barat sebagai "Tàixī (泰西)" - iaitu apa saja selepas arah barat India.

Timur Jauh
تيمور جاؤه

Lokasi Timur Jauh
Nama Cina
Cina Tradisional:遠東
Cina Ringkas:远东
Maksud harfiah:Timur Jauh
Nama Filipina
Bahasa Tagalog:Silanganan
Nama Jepun
Kanji:極東
Nama Korea
Hangul:극동
Hanja:極東
Nama Portugis
Bahasa Portugis:Extremo Oriente
Nama Rusia
Bahasa Rusia:Дальний Восток
Nama Thai
Bahasa Thai:ตะวันออกไกล
Tawan-oak klai
Nama Vietnam
Quốc ngữ:Viễn Đông
Chữ nôm:遠東 (Sino-Vietnamese vocabulary)
Hán tự:遠東

Rujukan