Ekonomi Iceland


Ekonomi Iceland kecil dan mudah menjadi sangat tidak menentu. Pada tahun 2011, keluaran dalam negeri kasar ialah AS$12 bilion, tetapi menjelang tahun 2018 ia telah meningkat hingga KDNK nominal AS$27 bilion. Dengan penduduk seramai 350,000 orang, ini $55,000 per kapita, berdasarkan anggaran pariti kuasa beli (PPP).[12] krisis kewangan 2007–2010 mengakibatkan pengurangan dalam KDNK dan pekerjaan yang sejak itu telah diterbalikkan sepenuhnya oleh ledakan pelancongan bermula pada tahun 2010. Pelancongan merupakan lebih daripda 10% KDNK Iceland pada tahun 2017.[13] Selepas tempoh pertumbuhan yang teguh, ekonomi Iceland semakin lembap menurut pandangan ekonomi untuk tahun 2018–2020 yang diterbit oleh Penyelidikan Arion pada bulan April 2018.[14]

Ekonomi Iceland
Reykjavík
Mata wangKróna Iceland (ISK, kr)
Tahun fiskalTahun takwim
Pertubuhan perdaganganEFTA, OECD, WTO
Perangkaan
KDNK
  • $24 bilion (nominal, anggaran 2019)[1]
  • $20 bilion (PPP, anggaran 2019 )[2]
Pertumbuhan KDNK
  • 3.8% (2018) 1.9% (2019e)
  • −7.2% (2020e) 6.0% (2021e)[2]
KDNK per kapita
  • $67,037 (nominal, anggaran 2019)[1]
  • $56,066 (PPP, anggaran 2019)[1]
KDNK mengikut sektor
  • pertanian: 5.8%
  • industri: 19.7%
  • perkhidmatan: 74.6%
  • (anggaran 2017)[3]
Inflasi (CPI)2.3% (anggaran 2020)[2]
Populasi
dibawah garis kemiskinan
  • 8% – pendapatan di bawah 1,200€/ bulan (2015)[4]
  • negative increase 12.8% berisiko kemiskinan atau penyisihan sosial (AROPE, 2017)[5]
Pekali Gininegative increase 25.2 rendah (2017, Eurostat)[6]
Tenaga buruh
  • 217,371 (2019)[7]
  • 86.5% kadar pekerjaan (2018)[8]
Tenaga buruh mengikut pekerjaan
  • pertanian: 4.8%
  • industri: 22.2%
  • perkhidmatan: 73%
  • (2008)[3]
Pengangguran
  • 5.0% (Ogos 2020)[9]
  • positive decrease 9.9% pengangguran belia (15 hingga 24 tahun; Julai 2020)[10]
Industri utamapelancongan, pemprosesan ikan; peleburan aluminium; kuasa geoterma, hidrokuasa; keluaran perubatan/farmaseutikal
Ked. Kemudahan Menjalankan Perniagaan Ke-26 (sangat mudah, 2020)[11]
Dagangan antarabangsa
Eksport $4.957 bilion (anggaran 2017)[3]
Barangan yang dieksportikan dan keluaran ikan (42%), aluminum (38%), keluaran pertanian, keluaran ubatan dan perubatan, fero-silikon (2015)
Rakan dagangan eksport utama

(2017)[3]

Import $6.525 bilion (anggaran 2017)
Barangan yang diimportjentera dan kelengkapan, keluaran petroleum, bahan makanan, textil
Rakan dagangan import utama

(2017)[3]

Saham FDI
  • $6.666 bilion (anggaran 31 Disember 2017)[3]
  • Luar negara: $11.24 bilion (anggaran 31 Disember 2017)[3]
Kewangan awam
Hutang awampositive decrease 40% daripada KDNK (anggaran 2017)[3]
Hasil negara10.39 bilion (anggaran 2017)[3]
Perbelanjaan10.02 bilion (anggaran 2017)[3]
Bantuan ekonomiKira-kira $40 juta (0.24% KDNK, belanjawan 2015)

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Iceland mempunyai ekonomi campuran dengan tahap tinggi perdagangan bebas dan masuk campur kerajaan. Walau bagaimanapun, penggunaan kerajaan kurang daripada negara-negara Nordik yang lain. Hidrokuasa ialah sumber utama bekalan elektrik rumah dan industri di Iceland.[15]

Pada 1990-an Iceland menjalankan pembaharuan pasaran bebas yang meluas, yang asalnya menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang kuat. Akibatnya, Iceland dinilai sebagai mempunyai salah satu tahap kebebasan ekonomi tertinggi di dunia[16] serta kebebasan awam. Pada tahun 2007, Iceland mengatasi senarai negara yang dinilai oleh Indeks Pembangunan Manusia[17] dan merupakan salah satu yang paling egalitarian, menurut pengiraan yang diberi oleh pekali Gini.[18]

Dari tahun 2006 dan seterusnya, ekonomi mengalami masalah growing inflasi dan defisit akaun semasa yang bertambah. Sebahagiannya dalam gerak balas, dan sebahagiannya akibat pembaharuan yang dahulu, sistem kewangan berkembang mendadak sebelum runtuh sepenuhnya dalam sweeping krisis kewangan. Iceland terpaksa mendapatkan dana kecemasan daripada Dana Kewangan Antarabangsa dan pelbagai negara Eropah pada bulan November 2008.

Lihat juga

  • Senarai syarikat Iceland
  • Senarai jenama Iceland
  • Penerimaan Iceland ke Kesatuan Eropah

Nota

Pautan luar

Templat:Iceland topicsTemplat:EFTATemplat:World Trade Organization

Templat:Economy of Europe