Emily Blunt

Pelakon Inggeris-Amerika Syarikat

Emily Olivia Laura Blunt (lahir 23 Februari 1983)[1] ialah seorang pelakon Inggeris dengan kerakyatan British dan Amerika Syarikat. Beliau telah muncul dalam The Devil Wears Prada (2006), The Young Victoria (2009), The Adjustment Bureau (2011), Looper (2012), Edge of Tomorrow (2014) dan Into the Woods (2014). Beliau telah dicalonkan untuk lima Anugerah Golden Globe, empat Anugerah Critics' Choice, dua Anugerah London Film Critics' Circle dan satu Anugerah BAFTA. Beliau memenangi Anugerah Golden Globe untuk Lakonan Terbaik daripada Pelakon Wanita dalam Peranan Sokongan untuk lakonannya dalam drama televisyen BBC Gideon's Daughter (2007).[2] Pada tahun 2009, beliau menerima Anugerah Britania BAFTA untuk Artis British Tahunan.[3]

Emily Blunt
Blunt pada tahun 2014
Kelahiran
Emily Olivia Laura Blunt

(1983-02-23) 23 Februari 1983 (umur 41)
Wandsworth, London, England, UK
KerakyatanUK, USA
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2003 - sekarang
PasanganJohn Krasinski (k. 2010)
Anak-anak1
SaudaraPeter Blunt (datuk)
Crispin Blunt (bapa saudara)
Stanley Tucci (abang ipar)

Kehidupan awal

Blunt dilahirkan di Wandsworth, London,[4][5] anak kedua daripada empat adik beradik.[6] Ibunya adalah Joanna Mackie dan bapanya adalah Oliver Simon Peter Blunt.[7][8][9] Adik beradiknya adalah Felicity, Sebastian dan Susannah.[10][7] Datuknya adalah Major-General Peter Blunt dan bapa saudara beliau adalah Crispin Blunt,[11] Ahli Parlimen Konservatif untuk Reigate.

Karier

Pada bulan November 2001, Blunt membuat penampilan profesional pertamanya bersama Judi Dench dalam The Royal Family. Dipuji oleh pengkritik untuk lakonannya, beliau dinamakan sebagai "Pendatang Baru Terbaik" oleh Evening Standard. Beliau kemudiannya berlakon sebagai Eugenie dalam Vincent in Brixton di National Theatre dan sebagai Juliet dalam Romeo and Juliet di Chichester Festival Theatre, kedua-duanya pada tahun 2002. Pada tahun 2003, Blunt membuat penampilan skrin pertamanya dalam filem British Boudica. Pada tahun yang sama, beliau dipuji untuk lakonannya sebagai Catherine Howard dalam Henry VIII.>

Blunt di Anugerah BAFTA 2007

Pada tahun 2004, Blunt berlakon sebagai Tamsin dalam My Summer of Love. Pada tahun 2005, Blunt membintangi bersama Bill Nighy dan Miranda Richardson dalam Gideon's Daughter. Blunt memenangi Anugerah Golden Globe untuk lakonannya.[12]

Blunt di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada tahun 2012

Pada tahun 2006, Blunt muncul bersama Meryl Streep dan Anne Hathaway dalam The Devil Wears Prada. Peranannya sebagai Emily mendapatkannya pencalonan Anugerah BAFTA dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik. Pada tahun yang sama, Blunt membintangi bersama Susan Sarandon dalam Irresistible. Pada tahun 2007, Blunt muncul dalam empat filem: Wind Chill, The Jane Austen Book Club, Dan in Real Life dan Charlie Wilson's War. Pada tahun 2008, Blunt muncul dalam dua filem, Sunshine Cleaning sebagai Norah Lorkowski dan The Great Buck Howard sebagai Valerie Brennan.Pada tahun 2009, Blunt melakonkan watak Ratu Victoria dalam The Young Victoria diarahkan oleh Jean-Marc Vallée dan ditulis oleh Julian Fellowes. Beliau juga membintangi filem pendek Curiosity. Beliau merupakan pilihan pertama pengarah Jon Favreau untuk watak Black Widow dalam Iron Man 2 tetapi konflik penjadualan bersama Gulliver's Travels memaksa beliau melepaskan watak kepada Scarlett Johansson.[13] Beliau menyuarakan watak ibu Angelina, Matilda Mouseling dalam Angelina Ballerina: The Next Steps.

Pada tahun 2010, Blunt membintangi bersama Benicio del Toro dan Anthony Hopkins dalam filem seram The Wolfman. Beliau juga membintangi Gulliver's Travels dan The Adjustment Bureau bersama-sama Matt Damon.[14] Blunt ditawarkan sebagai pelakon wanita utama dalam Captain America: The First Avenger tetapi menolak tawaran itu.[15] Pada tahun 2011, Blunt dinamakan sebagai duta wangian Yves Saint Laurent, Opium.[16]

Blunt membintangi filem komedi British 2011 Salmon Fishing in the Yemen, diarahkan oleh Lasse Hallström dan dibintangi Ewan McGregor serta Kristin Scott Thomas.[17] Juga pada tahun itu, beliau muncul dalam The Muppets. Beliau membintangi filem 2012 The Five-Year Engagement, diarahkan oleh Nicholas Stoller dan dibintangi Jason Segel. Pada bulan Januari 2011, Blunt mula menjalani pengambaran filem sains fiksyen Amerika Syarikat, Looper, diarahkan oleh Rian Johnson dan dibintangi Bruce Willis serta Joseph Gordon-Levitt; filem ini ditayangkan pada bulan September 2012. Juga pada tahun ini, beliau membintangi Arthur Newman bersama Colin Firth.[18]

Pada tahun 2014, beliau membintangi bersama Tom Cruise dalam Edge of Tomorrow, adaptasi dari novel Jepun All You Need Is Kill oleh Hiroshi Sakurazaka.[19] Juga pada tahun ini, Blunt muncul dalam Into the Woods.[20][21]

Kehidupan peribadi

Blunt bersama suaminya, John Krasinski di Anugerah Golden Globe 2013

Blunt mempunyai hubungan selama tiga tahun bersama penyanyi Kanada Michael Bublé. Pada bulan November 2008, Blunt mula mempunyai hubungan dengan pelakon Amerika Syarikat John Krasinski. Blunt dan Krasinski bertunang pada bulan Ogos 2009,[22] dan berkahwin pada 10 Julai 2010 di Como, Itali.[23] Pada 16 Februari 2014, beliau melahirkan anak perempuan, Hazel.[24] Abang ipar Blunt adalah Stanley Tucci.

Pada bulan Ogos 2015, Blunt menjadi warganegara naturalisasi Amerika Syarikat.[25]

Filmografi

Filem

TahunTajukPerananNota
2004My Summer of LoveTamsin
2006The Devil Wears PradaEmily Charlton
2006IrresistibleMara
2007Wind ChillGirl
2007The Jane Austen Book ClubPrudie
2007Dan in Real LifeRuthie Draper
2007Charlie Wilson's WarJane Liddle
2008The Great Buck HowardValerie Brennan
2008Sunshine CleaningNorah Lorkowski
2009The Young VictoriaRatu Victoria
2009CuriosityEmmaShort film
2010The WolfmanGwen Conliffe
2010Wild TargetRose
2010Gulliver's TravelsPuteri Mary
2011Gnomeo & JulietJuliet (suara)
2011The Adjustment BureauElise Sellas
2011Salmon Fishing in the YemenHarriet Chetwode-Talbot
2011Your Sister's SisterIris
2011The MuppetsMiss Piggy's ReceptionistKameo
2012The Five-Year EngagementViolet Barnes
2012LooperSara
2012Arthur NewmanMichaela Fitzgerald / Charlotte Fitzgerald
2013The Wind RisesNaoko Satomi (suara)Dub Bahasa Inggeris
2014Edge of TomorrowRita Vrataski
2014Into the WoodsThe Baker's Wife
2015SicarioKate Macer
2016Animal CrackersZoe Huntington (suara)
2016The HuntsmanFreya[26]
2016The Girl on the TrainRachel Watson

Televisyen

TahunTajukPerananNota
2003BoudicaIsoldaFilem televisyen
2003Foyle's WarLucy MarkhamEpisod: "War Games"
2003Henry VIIICatherine HowardFilem televisyen
2004Agatha Christie's PoirotLinnet RidgewayEpisod: "Death on the Nile"
2005EmpireCamane6 episod
2005The Strange Case of Sherlock Holmes & Arthur Conan DoyleJean LeckieFilem televisyen
2006Gideon's DaughterNatashaFilem televisyen
2009The SimpsonsJuliet Hobbes (suara)Episod: "Lisa the Drama Queen"

Pentas

TahunTajukPerananNota
2000BlissMaddy[27]Edinburgh Fringe Festival
2001 - 2002The Royal FamilyGwenTheatre Royal Haymarket
2002Vincent in BrixtonEugenie LoyerNational Theatre, London
2002Romeo and JulietJulietChichester Festival Theatre

Radio

TahunTajukPerananNota
2004Bumps and BruisesHollyBBC Radio 4

Rujukan

Pautan luar