Matt Damon

Pelakon, penulis dan penerbit filem Amerika Syarikat

Matthew Paige "Matt" Damon (/ˈdmən/; lahir 8 Oktober 1970)[1] ialah seorang pelakon, penerbit dan penulis filem Amerika Syarikat. Damon dan Ben Affleck menulis lakon layar yang memenangi Anugerah Akademi, Good Will Hunting (1997) yang juga dibintangi olehnya. Beliau merupakan salah seorang daripada 40 pelakon lelaki dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa. Sebagai tambahan kepada banyak anugerah yang diterima oleh Damon termasuk Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe, beliau menerima satu bintang di Hollywood Walk of Fame pada tahun 2007 untuk kerjanya dalam industri filem.

Matt Damon
Damon pada tahun 2015
Kelahiran
Matthew Paige Damon

(1970-10-08) 8 Oktober 1970 (umur 53)
PekerjaanPelakon, penerbit, penulis
Tahun aktif1988–kini
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)
PasanganLuciana Bozán Barroso (k. 2005)
Anak-anak4

Damon dikenali sebagai pelakon versatil, membintangi dalam filem-filem yang mencapai kejayaan komersial dan kritis seperti siri Bourne, Ocean, The Talented Mr. Ripley (1999), Dogma (1999),[2] Saving Private Ryan (1998) dan The Martian (2015). Beliau mendapat pujian kritis untuk lakonannya dalam Syriana (2005) dan The Good Shepherd (2006) serta The Departed (2006).

Kehidupan awal

Damon dilahirkan di Cambridge, Massachusetts, anak kepada Kent Telfer Damon dan Nancy Carlsson-Paige.[3][4] Bapanya berketurunan Inggeris dan Scotland manakala ibunya berketurunan Finland dan Sweden.[5][6][7] Damon dan keluarganya berpindah ke Newton untuk dua tahun. Ibu-bapanya bercerai ketika beliau berumur dua tahun dan kembali bersama ibunya ke Cambridge.[4][8] Beliau menghadiri Sekolah Alternatif Cambridge (sekarang Graham and Parks) dan kemudiannya Sekolah Latin dan Cambridge Rindge. Damon berlakon dalam beberapa produksi teater sekolah tinggi.[4] Damon menghadiri Universiti Harvard tetapi meninggalkan universiti itu untuk berlakon dalam School Ties.

Kerjaya

1988–1996

Damon menghadiri Universiti Harvard pada tahun 1988 dimana beliau muncul dalam lakonan teater pelajar seperti Burn This dan A... My Name is Alice.[9][10] Beliau membuat penampilan filem pertamanya ketika berumur 18 tahun dalam Mystic Pizza.[11] Sebagai seorang pelajar di Universiti Harvard, beliau berlakon sebagai peranan kecil seperti dalam Rising Son dan School Ties.[12] Beliau meninggalkan universiti itu pada tahun 1992 untuk berlakon dalam Geronimo: An American Legend[9][13] Damon kemudiannya muncul dalam Courage Under Fire.[11][14]

1997–2000

Damon dan Rino Barillari di Rome pada tahun 1999

Pada awal tahun 1990an, Damon dan Affleck menulis lakon layar Good Will Hunting (1997).[15] Ia menerima sembilan pencalonan Anugerah Akademi, mendapatkan Damon dan Affleck Oskar[16][17] dan Golden Globes untuk Lakon Layar Terbaik.[18] Damon juga dicalonkan Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem itu.[16] Beliau dan Affleck dibayar gaji $600,000 manakala filem itu mengutip lebih daripada $225 juta di seluruh dunia.[19] Kedua-dua mereka kemudiannya membuat parodi watak dari filem itu dalam Jay and Silent Bob Strike Back.[20]

Juga pada tahun 1997, Damon merupakan watak utama dalam The Rainmaker.[21] Selepas berjumpa Damon di set Good Will Hunting, Steven Spielberg memilih Damon untuk berlakon dalam Saving Private Ryan.[22] Beliau melakonkan watak Tom Ripley dalam The Talented Mr. Ripley (1999).[11][23] Beliau juga mempunyai peranan dalam Dogma (1999).[24] Peranan Damon sebagai watak utama dalam filem romantik seperti All the Pretty Horses dan The Legend of Bagger Vance gagal mencapai kejayaan komersial dan kritis.

2001–2007

Brad Pitt, George Clooney, Damon, Andy García dan Julia Roberts (barisan pelakon Ocean's Eleven), bersama pengarah, Steven Soderbergh pada bulan Disember 2001

Dari tahun 2001 sehingga 2007, Damon mula lebih dikenali di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada dua francais filem. Beliau membintangi sebagai Linus Caldwell dalam Ocean's Eleven; disusuli dengan dua sekuel, Ocean's Twelve (2004) dan Ocean's Thirteen (2007).[11] Beliau melakonkan watak Jason Bourne dalam The Bourne Identity (2002), The Bourne Supremacy (2004) dan The Bourne Ultimatum (2007).[11]

Damon dan Robert De Niro di Berlin pada bulan Februari 2007 untuk pembukaan filem The Good Shepherd

Damon melakonkan watak kembar siam dalam Stuck on You (2003) yang menerima skor 60% di Rotten Tomatoes dan ulasan bercampur . Beliau melakonkan watak Wilhelm Grimm dalam The Brothers Grimm (2005) yang gagal mencapai kejayaan komersial. Kemudiannya pada tahun itu, beliau muncul dalam Syriana.[25]

Pada tahun 2006, Damon menyertai Robert De Niro dalam The Good Shepherd sebagai pegawai CIA dan mempunyai peranan dalam The Departed.[11] The Departed mendapat skor 92% di Rotten Tomatoes dan menerima ulasan positif. Damon membuat penampilan kameo tidak dikredit dalam Youth Without Youth (2007) dan satu lagi penampilan kameo dalam Che.

2009–kini

Beliau membuat penampilan tetamu dalam musim keenam Entourage sebagai dirinya sendiri.[26][27] Peranan seterusnya adalah dalam The Informant! (2009).[28][29] Juga pada tahun 2009, Damon melakonkan watak François Pienaar dalam Invictus.[30] Invictus mendapatkan Damon pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik.[31]

Pada tahun 2010, beliau bekerjasama semula dengan pengarah, Paul Greengrass untuk filem aksi thriller, Green Zoneyang gagal mencapai kejayaan komersial[32] dan menerima skor 53% di Rotten Tomatoes.[33] Beliau muncul sebagai bintang tetamu dalam sebuah episod Arthur bertajuk "The Making of Arthur" sebagai dirinya sendiri. Semasa Musim 5 30 Rock, beliau muncu sebagai bintang tetamu dalam episod "I Do Do", "The Fabian Strategy", "Live Show" dan "Double Edged Sword". Projek 2010 Damon termasuk Hereafter dan True Grit.[34]

Pada tahun 2011, beliau membintangi dalam The Adjustment Bureau, Contagion dan We Bought a Zoo. Pada bulan April 2012, Damon menjalani pengambaran Promised Land, diarahkan oleh Gus Van Sant.[35][36][37] Damon mempunyai peranan dalam Behind the Candelabra yang ditayangkan di HBO pada Mei 26, 2013.[38]

Damon membintangi filem sains fiksyen, Elysium (2013) dimana beliau berlakon sebagai Max DeCosta.[39] Beliau juga muncul dalam The Zero Theorem pada tahun 2013.[40] Pada tahun 2014, beliau membintangi The Monuments Men,[41] dan mempunyai peranan kecil sebagai Dr. Mann dalam Interstellar. Beliau melakonkan watak Mark Watney dalam The Martian (2015), berdasarkan novel Andy Weir dengan tajuk yang sama. Beliau telah menandatangani untuk membintangi filem Downsizing.[42]

Kehidupan peribadi

Damon mempunyai hubungan dengan bintang bersama Good Will Hunting, Minnie Driver.[43] Beliau kemudiannya mempunyai hubungan selama dua tahun bersama pelakon, Winona Ryder.[11] Dari tahun 2001 sehingga 2003, beliau mempunyai hubungan dengan Odessa Whitmire, bekas pembantu peribadi Billy Bob Thornton dan Ben Affleck.[11]

Damon berkahwin dengan Luciana Bozán Barroso pada Disember 9, 2005. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak perempuan: Isabella (l. 2006),[44] Gia Zavala (l. 2008)[45] dan Stella Zavala (l. 2010).[46] Beliau juga mempunyai seorang anak tiri, Alexia Barroso (l. 1999) menerusi perkahwinan Luciana sebelum itu.[47] Sejak tahun 2012, mereka tinggal di Pacific Palisades, Los Angeles,[48] dimana sebelum ini mereka tinggal di Miami dan New York.[49]

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananCatatan
1988Mystic PizzaSteamer
1988The Good MotherPelakon tambahan
1989Field of DreamsPeminat besbol di Fenway ParkTidak dikredit
1992School TiesCharlie Dillon
1993Geronimo: An American LegendLt. Britton Davis
1996Glory DazeEdgar Pudwhacker
1996Courage Under FireSpecialist Ilario
1997Chasing AmyShawn Oran – Eksekutif #2
1997The RainmakerRudy Baylor
1997Good Will HuntingWill HuntingJuga penulis
1998Saving Private RyanPrivate James Francis Ryan
1998RoundersMike McDermott
1999DogmaLoki
1999The Talented Mr. RipleyTom Ripley
2000Titan A.E.Cale Tucker (suara)
2000The Legend of Bagger VanceRannulph Junuh
2000Finding ForresterSteven SandersonKameo
2000All the Pretty HorsesJohn Grady Cole
2001Jay and Silent Bob Strike BackDirinya SendiriKameo
2001Ocean's ElevenLinus Caldwell
2001The MajesticLuke Trimble (suara)
2002GerryGerryJuga penulis dan editor
2002Stolen SummerPenerbit
2002Spirit: Stallion of the CimarronSpirit (suara)
2002The Third WheelKevinPenerbit Eksekutif; Juga Kameo
2002The Bourne IdentityJason Bourne/David Webb
2002Confessions of a Dangerous MindMatt, Bachelor #2Kameo
2003Stuck on YouBob Tenor
2004EuroTripDonnyKameo
2004Jersey GirlPR Exec #2Kameo
2004The Bourne SupremacyJason Bourne/David Webb
2004Ocean's TwelveLinus Caldwell
2004Howard Zinn: You Can't Be Neutral on a Moving TrainPenceritaDokumentari
2005Magnificent Desolation: Walking on the Moon 3DAl Shepard (suara)Dokumentari
2005The Brothers GrimmWilhelm Grimm
2005SyrianaBryan Woodman
2005FeastPenerbit Eksekutif
2006The DepartedStaff Sergeant Colin Sullivan
2006The Good ShepherdEdward Wilson
2007Ocean's ThirteenLinus Caldwell
2007The Bourne UltimatumJason Bourne/David Webb
2007Youth Without YouthWartawan Majalah Life
2007Running the SaharaPenceritaDokumentari; penerbit eksekutif
2008Che: Part TwoFr. Schwarz
2008PonyoKoichi (suara)Dub Bahasa Inggeris
2009The Informant!Mark Whitacre
2009InvictusFrancois Pienaar
2010Green ZonePegawai Roy Miller
2010HereafterGeorge Lonegan
2010True GritLa Boeuf
2010Inside JobPenceritaDokumentari
2011The Adjustment BureauDavid Norris
2011ContagionMitch Emhoff
2011MargaretEncik. Aaron
2011Happy Feet TwoBill the Krill (suara)
2011We Bought a ZooBenjamin Mee
2012Promised LandSteve ButlerJuga penulis dan penerbit
2013Behind the CandelabraScott Thorson
2013ElysiumMax Da Costa
2013The Zero TheoremManagement
2014The Monuments MenJames Granger
2014The Man Who Saved the WorldDirinya sendiriDokumentari
2014InterstellarDr. Mann
2015The MartianMark Watney
2016Manchester by the SeaPenerbit
2016Jason BourneJason Bourne/David WebbJuga penulis dan penerbit
2016The Great WallWilliam Garin
2017Bending The ArcDokumentari; penerbit eksekutif
2017DownsizingPaul Safranek
2017SurburbiconGardner Lodge
2017Thor: RagnarokPelakon LokiKameo
2018UnsaneDetektif FergusonKameo
2018Deadpool 2Redneck #1Kameo; dikreditkan sebagai "Dickie Greenleaf"
2018Ocean's 8Linus CaldwellKameo; adegan dipadam
2019Ford v FerrariCarroll Shelby
2019Jay and Silent Bob RebootLokiKameo
2021No Sudden MoveMike Lowen/Mr. BigKameo
2021StillwaterBill Banker
2021The Last DuelJean de CarrougesJuga sebagai penulis dan penerbit
2022Thor: Love and ThunderPelakon LokiKameo
2023AirSonny VaccaroJuga sebagai penerbit
2023OppenheimerLeslie Groves

Televisyen

TahunTajukPerananCatatan
1990Rising SonCharlie RobinsonFilem
2001–2005, 2015Project Greenlight33 episod
Juga penerbit eksekutif
2002Saturday Night LiveDiri sendiri (hos)Episod: "Matt Damon/Bruce Springsteen & The E Street Band"
2002The Bernie Mac ShowDiri sendiriEpisod: "Keep It on the Short Grass"
2002Will & GraceOwenEpisod: "A Chorus Lie"
2003–2009Journey to Planet EarthPencerita8 episod
2007ArthurDiri sendiri (suara)Episod: "The Making of Arthur/Dancing Fools"
2009EntourageDiri sendiriEpisod: "Give a Little Bit"
2010–201130 RockCarol Burnett4 episod
2011Saturday Night LivePenagih dadah yang kacakTidak dikredit
Episod: "Katy Perry/Robyn"
2013Jimmy Kimmel Live!Diri sendiri (hos)Episod: "Jimmy Kimmel Sucks!"
2013House of LiesDiri sendiriEpisod: "Damonschildren.org"
2013Behind the CandelabraScott ThorsonFilem
2014Years of Living DangerouslyDiri sendiriEpisod: "A Dangerous Future"
2015Galaxy World of AlisaBer dan IkDub Bahasa Inggeris British dan Amerika

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Altman, Sheryl and Berk, Sheryl. Matt Damon and Ben Affleck: On and Off Screen. HarperCollins Publishers, 1998. ISBN 0-06-107145-5.
  • Bego, Mark. Matt Damon: Chasing a Dream. Andrews Mcmeel Pub, 1998. ISBN 0-8362-7131-9.
  • Diamond, Maxine and Hemmings, Harriet. Matt Damon a Biography. Simon Spotlight Entertainment, 1998. ISBN 0-671-02649-6.
  • Nickson, Chris. Matt Damon: An Unauthorized Biography. Renaissance Books, 1999. ISBN 1-58063-072-3.

Pautan luar