Emmanuel Agyemang-Badu

Emmanuel Agyemang-Badu (lahir 2 Disember 1990 di Berekum) merupakan pemain bola sepak profesional Ghana yang bermain untuk kelab Serie A, Hellas Verona secara pinjaman dari Udinese.

Emmanuel Agyemang-Badu
Badu bersama Ghana pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Nama penuhEmmanuel Agyemang-Badu[1]
Tarikh lahir (1990-12-02) 2 Disember 1990 (umur 33)
Tempat lahirBerekum, Brong-Ahafo, Ghana
Ketinggian1.72 m (5 ka 8 in)[2]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Verona (dipinjam dari Udinese)
Nombor7
Kerjaya remaja
–2006Berlin
2006–2007Berekum Arsenal
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2007–2009Berekum Arsenal19(7)
2008–2009→ Asante Kotoko (pinjam)18(2)
2009→ Recreativo (pinjam)22(1)
2010–Udinese170(10)
2017–2018→ Bursaspor (pinjam)18(1)
2019–Verona (pinjam)0(0)
Pasukan kebangsaan
2009Ghana B-2010(4)
2011Ghana B-237(2)
2008–Ghana78(11)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14:55, 11 Jun 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13:44, 15 Julai 2019 (UTC)

Karier kelab

Badu memulakan kariernya bersama Berlin F.C. di Berekum, Brong-Ahafo sebelum menyertai Berekum Arsenal.[3] Badu dinamakan dalam pasukan All Star Liga Perdana Ghana[3] pada 21 Mei 2007.

Berekum Arsenal dan Recreativo de Huelva

Pada 11 Julai 2008, Badu meninggalkan Berekum Arsenal dan menyertai Asante Kotoko secara pinjaman setahun.[4]

Badu menjalani ujian percubaan di England bersama Middlesbrough pada bulan Ogos 2008[5] dan di Wolverhampton Wanderers tiga bulan kemudian.

Pada 16 April 2009, dia menandatangani kontrak perpinjaman selama enam bulan bersama Recreativo de Huelva secara pinjaman dari Berlin FC.[6][7] Kontraknya bersama Recreativo de Huelva dibubarkan pada bulan September 2009 dan dia kembali ke Asante Kotoko.[8]

Udinese

Pada bulan November 2009, BBC dan Sky Sports mengumumkan bahawa kelab Serie A, Udinese Calcio akan menandatangani Badu pada bulan Januari 2010[9][10] dan pada 28 Januari 2010, kelab itu mengumumkan di laman web rasmi mereka bahawa mereka telah menandatangani pemain itu dari Berlin FC.[11] Badu menerima panggilan pasukan utamanya untuk menentang A.C. Milan pada 12 Februari, tetapi tidak bermain. Dia membuat penampilan pertamanya menggantikan Paolo Sammarco pada 28 Mac 2010 ketika menentang Fiorentina, dimana Udinese kalah 1–4. Badu menjadi pemain tetap pada musim 2011–12, menggantikan Gökhan İnler dalam formasi baru 4–1–4–1 atau formasi 4–4–1–1 ketika menentang Arsenal.

Karier antarabangsa

Badu (nombor 8, atas kanan) beraksi untuk pasukan kebangsaan Ghana menentang England pada tahun 2011

Badu telah mewakili Ghana di peringkat bawah-20, bawah-23 dan senior. Pada 22 Mei 2008, dia menerima panggilan pertamanya untuk pasukan senior.[12] Penampilan senior antarabangsa pertama Badu datang pada 8 Jun 2008 ketika menentang Lesotho[13] dan gol pertamanya ketika menentang Congo pada bulan Jun 2011.

Karier belia

Pada 1 Januari 2009, dia dinamakan dalam skuad Black Satellites untuk Kejohanan Belia Afrika 2009 di Rwanda.[14][15] Badu bermain untuk pasukan domestik Black Star dalam Kejohanan Negara-Negara Afrika 2009 di Ivory Coast[16] dan mewakili negaranya ketika Piala Dunia B-20 FIFA 2009 di Mesir.[17]

Badu menjaringkan gol kemenangan penalti pada 16 Oktober 2009 dalam perlawanan akhir Piala Dunia B-20 FIFA 2009 menentang Brazil. Gol penaltinya menjadikan Ghana negara Afrika pertama untuk memenangi Piala Dunia B-20 FIFA.[18]

Karier senior

Pada tahun 2010, Badu dilipih untuk skuad Piala Negara-Negara Afrika dimana Black Stars mendapat tempat kedua dibelakang Mesir, dan kemudiannya beraksi dalam edisi 2012 dan 2013.[18]

Selepas terlepas Piala Dunia FIFA 2010 akibat kecederaan,[18] Badu dipilih ke dalam skuad Ghana untuk Piala Dunia FIFA 2014.[19]

Rujukan

Pautan luar