A.C. Milan

Associazione Calcio Milan (sebutan bahasa Itali: [assotʃatˈtsjoːne ˈkaltʃo ˈmiːlan]), ataupun dikenali sebagai A.C. Milan dan secara ringkasnya ialah Milan, merupakan kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Milan, Itali dan kini bermain di Serie A, divisyen teratas bola sepak Itali. Milan telah ditubuhkan oleh orang Inggeris yang bernama Herbert Kilpin dan seorang ahli perniagaan, Alfred Edwards pada tahun 1899.[3][4] Milan kini banyak beraksi di Serie A sejak musim 1929-30 kecuali pada musim 1980–81 dan 1982–83.[5]

AC Milan
Logo A.C. Milan
Nama penuhAssociazione Calcio Milan S.p.A.[1]
GelaranI Rossoneri (The Reds and Blacks)
Il Diavolo (The Devil)
Casciavit (Lombard untuk: Screwdriver)
Nama pendekACM
Diasaskan16 Disember 1899; 124 tahun yang lalu (1899-12-16)[2]
StadiumSan Siro
(Kapasiti: 80,018)
Pemilik(s)Fininvest (99.93%)
Pemegang lain (0.07%)
Presiden KehormatPaolo Scaroni
Ketua jurulatihStefano Pioli
LigaSerie A
2022–23Serie A, Ke-4
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Dalam kejohanan Eropah dan antarabangsa, AC Milan telah meraih 18 gelaran antarabangsa yang diiktiraf sekali gus mereka antara kelab Itali paling cemerlang di peringkat antarabangsa. Kelab ini telah memenangi Liga Juara-Juara sebanyak tujuh kali dan hanya Real Madrid sahaja yang telah memenanginya lebih banyak (12).[6] Dalam kejohanan di Itali pula, AC Milan merupakan kelab kedua paling cemerlang dengan 18 gelaran juara liga; di belakang Juventus. AC Milan telah memenangi Piala Antara Benua dan Piala Dunia Kelab empat kali, paling banyak antara semua kelab di dunia. Antara kejuaraan lain yang telah dimenangi Milan adalah Piala Super Eropah lima kali, Piala Juara-Jura UEFA dua kali, walau bagaimanapun mereka tidak pernah berjaya ke final Piala UEFA. Di Itali, AC Milan merangkul trofi Coppa Italia (Piala Itali) lima kali dan lima kejuaraan Piala Super Itali. AC Milan juga merupakan salah satu kelab pengasas G-14, iaitu kumpulan yang mewakili 18 kelab bolasepak paling besar dan berprestij di Eropah sebelum ia dibubarkan.[7]

Milan bermain di gelanggang sendiri iaitu San Siro atau dikenali sebagai Stadio Giuseppe Meazza. Stadium ini dikongsi bersama musuh tradisi, Internazionale selain stadium ini menampung jumlah kapasiti 80,018 sekali gus menjadi stadium terbesar di Itali. Inter adalah pesaing terbesar baik kelab ini dan pertembungan kedua-dua pasukan ini disebut sebagai Derby della Madonnina.[8] Sehingga 2010, Milan merupakan kelab ketiga di Itali memiliki bilangan peminat teramai dan ketujuh kelab memiliki penyokong terbanyak di Eropah.

Kini, pemilik kelab ini ialah mantan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi manakala naib presiden pula ialah Adriano Galliani. Kelab ini salah satu kelab terkaya dan berharga di Itali dan di dunia.[9]

Sejarah

Herbert Kilpin, kapten pasukan pertama Milan.
Gambar bersejarah barisan pemain Milan, 1901.

Kelab ini ditubuhkan sebagai sebuah kelab kriket pada tahun 1899 oleh dua orang ekspatriat British Alfred Edwards dan Herbert Kilpin, yang datang dari Nottingham. Sebagai tanda hormat pada asal-usulnya, kelab itu telah memilih untuk mengekalkan ejaan Bahasa Inggeris pada namanya, daripada menukarnya kepada Bahasa Itali Milano (walaupun ia terpaksa melakukannya sewaktu rejim fasis, seperti Genoa dan Inter); ia juga harus diketahui bahawa sebutan Italinya yang sebenarnya adalah MEE-lan, dari dialek tempatan. AC Milan memenangi kejuaraan Itali pertamanya pada 1901, dan sekali lagi pada 1906 and 1907.

Pada tahun 1908 kelab itu telah mengalami perpecahan yang disebabkan oleh perbalahan dalaman mengenai pengambilan pemain asing, yang kemudiannya menjurus kepada penubuhan sebuah lagi kelab Milan, F.C. Internazionale Milano. Selepas peristiwa ini, AC Milan telah gagal memenangi sebarang kejuaraan domestik sehinggalah 1950-51. Pada tahun 1963 mereka memperoleh kejuaraan antarabangsa sulungnya, dengan memenangi Piala Eropah mengalahkan S.L. Benfica di final. Kejayaan ini diulangi pada 1969, dan diikuti dengan Piala Antara Benua pada tahun yang sama. Selepas persaraan Gianni Rivera, Milan mengalami zaman kemerosotan, di mana mereka telah terlibat dengan skandal Totonero 1980 dan disingkir ke Serie B sebagai hukuman, buat kali pertama dalam sejarah mereka. Skandal itu berkisar pada sebuah sindiket pertaruhan yang merasuah pemain dan pengadil untuk mengatur keputusan perlawanan. AC Milan berjaya naik semula ke Serie A dengan cepat, tetapi kembali ke Serie B hanya semusim kemudian setelah mereka menamatkan musim Serie A 1981-82 mereka di zon penyingkiran.

Pada tahun 1986, pengusaha Silvio Berlusconi telah membeli kelab tersebut, dan lantas membelanjakan duit yang banyak dalam pasukan itu. Beliau melantik jurulatih yang sedang meningkat naik Arrigo Sacchi sebagai ketua jurulatih baru Rossoneri dan membawa masuk tiga pemain Belanda iaitu Marco van Basten, Ruud Gullit dan Frank Rijkaard. Ia merupakan permulaan zaman paling gemilang dalam sejarah kelab itu, di mana AC Milan telah memenangi tujuh kejuaraan domestik, lima trofi Liga Juara-Juara Eropah, dan tiga Piala Antara Benua.

Selepas Sacchi meninggalkan Milan pada 1991, Fabio Capello menjadi ketua jurulatih dan membimbing Milan untuk menjulang tiga gelaran scudetto selama tiga musim berturut-turut dari musim 1991-92 hingga 1993-94 selain pasukan ini melakar rekod 58 perlawanan tanpa kalah.[10] Selain itu, pasukan Milan semasa di bawah pengurusan Capello berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sebanyak dua kali dalam masa dua tahun. Selepas kecewa tewas kepada Marseille pada final 1993, mereka akhirnya menjulang trofi Liga Juara-Juara pada tahun berikutnya dengan menewaskan pasukan Dream Team Barcelona ketika Barcelona di bawah bimbingan Johan Cruyff dengan jaringan 4-0. Capello membawa Milan menjulang trofi liga pada musim 1995-96 sebelum berpindah ke Real Madrid pada tahun 1996.[11] Selepas dua tahun, akhirnya Milan memenangi semula kejuaraan liga.

Trio mantap Milan dari Belanda iaitu Rijkaard, Van Basten dan Gullit pada tahun 1988.

Milan kembali ke zaman kegemilangannya semula apabila bekas pemain kelab ini, Carlo Ancelotti menjawat jawatan ketua jurulatih. Ancelotti membawa Milan ke final Liga Juara-Juara dan mereka menewaskan Juventus pada penentuan penalti dan berjaya membawa pulang trofi keenam Piala Eropah.[12] Pasukan ini memenangi scudetto pada musim 2003-04 dn melangkah ke final Liga Juara-Juara sekali lagi pada musim berikutnya. Namun kali ini amat memedihkan apabila mereka kecundang di tangan Liverpool pada penentuan penalti selepas seri 3-3. Dua tahun kemudian, dua pasukan ini berentap sekali lagi pada final Liga Juara-Juara dan akhirnya, Milan menang 2-1 sebagai kejuaraan Eropah buat kali ketujuh.[13][14] Pasukan ini meneruskan rentak cemerlang apabila menang pada kejohanan Piala Kelab Dunia FIFA pada Disember 2007.[15] Pada 2009, Ancelotti akhirnya berpindah ke Chelsea selepas menjadi jurulatih kedua paling lama membiming Milan iaitu sebanyak 420 perlawanan dihadapinya.

Pada masa ini juga, Milan terbabit dalam skandal Calciopoli, di mana lima pasukan yang terlibat dalam skandal ini dituduh merasuah penetapan permainan dan termasuk pengadil perlawanan.[16] Siasatan polis ke atas pengurus Milan telah dikecualikan[17] tetapi Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) kemudiannya memutuskan ia mempunyai keterangan untuk menuduh naib presiden Milan, Adriano Galliani. Sebagai keputusannya, Milan telah dipotong 15 mata dan dilarang untuk menyertai Liga Juara-Juara UEFA 2006-07. Rayuan dikemukakan untuk mengurangkan hukuman kepada lapan mata[18] seterusnya memberi harapan cerah untuk Milan menghadapi saingan Liga Juara-Juara.

Selepas skandal Calciopoli, musuh Milan, Inter mendominasi Serie A dengan membolot empat gelaran scudetto berturut-turut. Walau bagaimanapun, dengan bantuan pemain seperti Zlatan Ibrahimović, Robinho dan Alexandre Pato, mereka berjaya meraih kejuaraan liga pada musim 2010-11 dan seterusnya gelaran liga kali ke-18.[19][20]

Warna dan lencana

Sepanjang keseluruhan sejarah kelab itu, mereka telah menggunakan warna merah dan hitam. Warna tersebut dipilih untuk melambangkan semangat juang yang tinggi para pemainnya (merah) dan kegerunan pihak lawan untuk menghadapi mereka (hitam). Disebabkan pakaian merah dan hitam Milan, mereka telah mendapat gelaran rossoneri.[21] Seluar putih dan stoking hitam digunakan sebagai sebahagian daripada pakaian sewaktu bermain sebagai tuan rumah.

Pakaian Milan sewaktu bermain di tempat lawan adalah sentiasa serba putih. Ia dianggap "pembawa tuah" oleh para penyokong dan kelab tersebut dalam final Liga Juara-juara, melihatkan kepada fakta di mana Milan telah memenangi enam final daripada lapan dengan memakai serba putih (hanya kalah kepada Ajax pada tahun 1995 dan Liverpool pada tahun 2005), manakala mereka hanya memenangi satu daripada tiga sewaktu memakai warna merah-hitam. Pakaian ketiga mereka berubah setiap tahun dan ia merupakan hitam dengan sedikit merah untuk musim terbaru, tetapi ia jarang digunakan.

Selama beberapa tahun, lencana Milan adalah bendera Milan; yang pada asalnya merupakan bendera Saint Ambrose.[22] Satu lagi gelaran yang diambil daripada warna kelab itu adalah "the Devil". Satu imej red devil pernah digunakan sebagai logo AC Milan dengan bintang Golden Star for Sport Excellence diletakkan bersebelahannya;[22] bintang tersebut dianugerahkan kepada kelab tersebut setelah mereka memenangi 10 kejuaraan liga. Ketika ini, lencana itu melambangkan warna kelab tersebut dengan bendera Comune di Milano, dengan akronim ACM di atas serta tahun penubuhan (1899) di bawah.[22]

Stadium

Penyokong Milan di San Siro 2006

Stadium pasukan ini adalah San Siro yang berkapasiti 82,955 tempat duduk, secara rasminya dikenali sebagai Stadio Giuseppe Meazza sempena nama bekas pemain yang pernah bermain untuk Milan dan Internazionale. Nama San Siro diambil daripada daerah di mana ia terletak. Stadium ini dikongsi bersama Inter, sebuah lagi kelab bola sepak yang besar di Milan. Stadium ini terkenal dengan suasananya yang hebat disebabkan oleh kedudukan yang dekat di antara tempat duduknya dengan padang. Seringkali mercun digunakan oleh penonton dan menyebabkan masalah kerap berlaku.

Pada 19 Disember 2005, naib presiden AC Milan dan pengarah eksekutif Adriano Galliani mengumumkan bahawa kelab itu bercadang untuk berpindah dari San Siro. Beliau mengatakan bahawa stadium baru Milan akan berdasarkan Veltins-Arena dan mengikut standard stadium bola sepak di Amerika Syarikat, Jerman dan Sepanyol. Ia kemungkinan akan digunakan untuk bola sepak sahaja (tiada balapan olahraga). Stadium baru ini akan dinamakan sempena penaja.[23]

Pada 20 September 2015, walau bagaimanapun, Silvio Berlusconi telah dipanggil untuk menamatkan rancangan Milan untuk membina sebuah stadium baru.

Penyokong dan pesaing

Milan merupakan salah satu kelab bolasepak yang paling ramai penyokong di Itali, menurut satu kajian pada Ogos 2007 oleh akhbar Itali La Repubblica[24]. Dari segi sejarah, Milan disokong oleh golongan pekerja dan ahli kesatuan sekerja,[25] di mana sebahagiannya terdiri daripada pendatang dari kawasan Selatan Itali. Sementara itu, kebanyakan penyokong saingannya pula Inter Milan merupakan golongan yang lebih kaya iaitu golongan pertengahan.[25]

Salah satu kumpulan ultra yang tertua dalam bolasepak Itali, Fossa dei Leoni, berasal dari Milan.[26] Ketika ini kumpulan ultra yang utama adalah Brigate Rossonere dan ia telah menjadi kumpulan utama sejak pertengahan 1970.[26] Dari segi politik, golongan ultra di Milan tidak pernah mempunyai kecenderungan,[26] tetapi pihak media seringkali mengaitkan mereka dengan golongan berhaluan kiri,[27] sehinggalah ketika di bawah Berlusconi sebagai presiden mereka kini dianggap sebagai berhaluan kanan.[28]

Para penyokong Genoa menganggap Milan sebagai musuh ketat selepas seorang penyokong Genoa Vincenzo Spagnolo telah terbunuh setelah ditikam seorang penyokong Milan pada Januari 1995.[29] Walau bagaimanapun, musuh utama Milan, adalah jirannya Inter; kedua-dua kelab ini bertemu dalam perlawanan yang sentiasa ditunggu-tunggu Derby della Madonnina dua kali setiap musim Serie A. Nama pertemuan ini merujuk kepada Blessed Virgin Mary, yang mana patungnya yang terletak di atas Milan Cathedral merupakan salah satu tempat tumpuan di kawasan tersebut. Perlawanan tersebut biasanya menimbulkan suasana yang rancak, di mana banyak sepanduk (kebanyakannya lucu dan mengandungi kata-kata kesat) direntangkan sebelum perlawanan. Mercun juga biasa diguna, tetapi ia juga telah menyebabkan perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara 2004-05 di antara Milan dan Inter pada 12 April, 2005, dihentikan setelah mercun yang dilemparkan dari tempat duduk penonton oleh penyokong Inter terkena bahu penjaga gol Milan Dida.[30]

Pemain

Skuad semasa

Sehingga 9 Ogos 2019.

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
25GK Pepe Reina
27FW André Silva
31DF Mattia Caldara
33MF Rade Krunić
39MF Lucas Paquetá
43DF Léo Duarte
46DF Matteo Gabbia
68DF Ricardo Rodríguez
79MF Franck Kessié
90GK Antonio Donnarumma
93DF Diego Laxalt
99GK Gianluigi Donnarumma
MF Ismaël Bennacer

Dipinjam

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
MF Tommaso Pobega (di Pordenone sehingga 30 Jun 2020)
FW Alen Halilović (di Standard Liège sehingga 30 Jun 2020)
FW Ismet Sinani (di Sicula Leonzio sehingga 30 Jun 2020)

Nombor yang telah disimpan

No.PemainWarganegaraPosisiDebut untuk MilanPerlawanan terakhirRuj.
3*Paolo Maldini  ItaliBek tengah / Bek kiri25 Januari 198531 Mei 2009[32]
6Franco Baresi  ItaliPertahanan23 April 19781 Jun 1997[33]

* Mungkin akan dikembalikan kepada salah satu daripada dua anaknya, salah seorang daripada anaknya perlu bermain secara profesional untuk kelab.

Pemain terkenal

Kakitangan pengurusan

Sehingga 7 Julai 2016.[34]
PosisiNama
Ketua jurulatihVincenzo Montella
Pembantu jurulatihDaniele Russo
Jurulatih penjaga golAlfredo Magni
Pembantu teknikal
Nicola Caccia
Giuseppe Irrera
Pelatih olahragaEmanuele Marra
Penganalisa video
Simone Montanaro
Riccardo Manno
Direktor perubatanStefano Mazzoni
Doktor perubatanMarco Freschi

Sejarah presiden

Milan telah mempunyai beberapa presiden dalam sejarah mereka, sesetengah daripadanya adalah pemilik kelab itu manakala yang lain pernah menjadi presiden kehormat. Ini merupakan senarai lengkap mereka.[35]

 
NamaTahun
Alfred Edwards1899–1909
Giannino Camperio1909
Piero Pirelli1909–1928
Luigi Ravasco1928–1930
Mario Bernazzoli1930–1933
Luigi Ravasco1933–1935
Pietro Annoni1935
Pietro Annoni
G. Lorenzini
Rino Valdameri
1935–1936
 
NamaTahun
Emilio Colombo1936–1939
Achille Invernizzi1939–1940
Umberto Trabattoni1940–1944
Antonio Busini1944–1945
Umberto Trabattoni1945–1954
Andrea Rizzoli1954–1963
Felice Riva1963–1965
Federico Sordillo1965–1966
Franco Carraro1967–1971
Federico Sordillo1971–1972
 
NamaTahun
Albino Buticchi1972–1975
Bruno Pardi1975–1976
Vittorio Duina1976–1977
Felice Colombo1977–1980
Gaetano Morazzoni1980–1982
Giuseppe Farina1982–1986
Rosario Lo Verde1986
Silvio Berlusconi1986–2004
Presidential Commission2004–2006
Silvio Berlusconi2006–2008

Sejarah pengurus

Berikut merupakan senarai jurulatih Milan dari 1900 sehingga kini.[36]

 
NamaWarganegaraTempoh
Herbert Kilpin 1900–1908
Daniele Angeloni 1906–1907
Technical Commission 1907–1910
Giovanni Camperio 1910–1911
Technical Commission 1911–1914
Guido Moda 1915–1922
Ferdi Oppenheim 1922–1924
Vittorio Pozzo 1924–1926
Guido Moda 1926
Herbert Burgess 1926–1928
Engelbert König 1928–1931
József Bánás 1931–1933
József Viola 1933–1934
Adolfo Baloncieri 1934–1937
William Garbutt 1937
Hermann Felsner
József Bánás

1937–1938
József Viola 1938–1940
Guido Ara
Antonio Busini

1940–1941
Mario Magnozzi 1941–1943
Giuseppe Santagostino 1943–1945
Adolfo Baloncieri 1945–1946
Giuseppe Bigogno 1946–1949
Lajos Czeizler 1949–1952
Gunnar Gren 1952
Mario Sperone 1952–1953
Béla Guttmann 1953–1954
Antonio Busini 1954
Hector Puricelli 1954–1956
Giuseppe Viani 1957–1960
Paolo Todeschini 1960–1961
Nereo Rocco 1961–1963
Luis Carniglia 1963–1964
Nils Liedholm 1963–1966
Giovanni Cattozzo 1966
Arturo Silvestri 1966–1967
Nereo Rocco 1967–1972
 
NamaWarganegaraTempoh
Cesare Maldini 1973–1974
Giovanni Trapattoni 1974
Gustavo Giagnoni 1974–1975
Nereo Rocco 1975
Paolo Barison 1975–1976
Giovanni Trapattoni 1976
Giuseppe Marchioro 1976–1977
Nereo Rocco 1977
Nils Liedholm 1977–1979
Massimo Giacomini 1979–1981
Italo Galbiati 1981
Luigi Radice 1981–1982
Italo Galbiati 1982
Francesco Zagatti 1982
Ilario Castagner 1982–1984
Italo Galbiati 1984
Nils Liedholm 1984–1987
Fabio Capello 1987
Arrigo Sacchi 1987–1991
Fabio Capello 1991–1996
Óscar Tabárez 1996
Giorgio Morini 1996–1997
Arrigo Sacchi 1997
Fabio Capello 1997–1998
Alberto Zaccheroni 1998–2001
Cesare Maldini
Mauro Tassotti
2001
Fatih Terim
Antonio Di Gennaro

2001
Carlo Ancelotti 2001–2009
Leonardo 2009–2010
Massimiliano Allegri 2010–2014
Mauro Tassotti (sementara) 2014
Clarence Seedorf 2014
Filippo Inzaghi 2014–2015
Siniša Mihajlović 2015–2016
Cristian Brocchi 2016
Vincenzo Montella 2016–

Kejayaan

Bilik Trofi di Muzium Mondo Milan

Milan merupakan antara kelab paling berjaya di Itali, dengan memenangi jumlah keseluruhan 27 trofi, dan pasukan paling banyak menang di dunia untuk kejohanan antarabangsa[37] dengan 14 kejuaraan Eropah dan 4 gelaran juara Dunia. Milan juga telah mendapat penghormatan untuk memakai bintang pada jersi mereka untuk menandakan bahawa mereka telah memenangi lebih daripada 10 scudetti. Selain itu, Milan juga telah dibenarkan untuk memakai UEFA Badge of Honour pada jersi mereka sewaktu perlawanan Liga Juara-juara Eropah kerana mereka telah memenangi lebih daripada 5 Piala Eropah.[38]

Kejuaraan domestik

Serie A / Italian Football Championship:

  • Juara (18): 1901; 1906; 1907; 1950–51; 1954–55; 1956–57; 1958–59; 1961–62; 1967–68; 1978–79; 1987–88; 1991–92; 1992–93; 1993–94; 1995–96; 1998–99; 2003–04;2010-2011
  • Naib juara (15): 1902; 1947–48; 1949–50; 1951–52, 1955–56, 1960–61; 1964–65; 1968–69; 1970–71; 1971–72; 1972–73; 1989–90; 1990–91; 2004–05;2011-2012

Serie B:

  • Juara (2): 1980–81; 1982–83

Coppa Italia:

  • Juara (5): 1966–67; 1971-72; 1972–73; 1976–77; 2002–03
  • Naib juara (7): 1941–42; 1967–68; 1970–71; 1974–75; 1984–85; 1989–90; 1997–98

Supercoppa Italiana: (rekod)

  • Juara (6): 1988; 1992; 1993; 1994; 2004;2011
  • Naib juara (3): 1996; 1999; 2003

Kejuaraan Eropah

Pemain-pemain Milan meraikan kejayaan setelah menang Liga Juara-Juara 2003.

Liga Juara-Juara UEFA (pernah dikenali sebagai Piala Eropah)

  • Juara (7): 1962–63; 1968–69; 1988–89; 1989–90; 1993–94; 2002-03; 2006-07
  • Naib juara (4): 1957–58; 1992–93; 1994–95; 2004-05

Piala Super UEFA (rekod)

  • Juara (5): 1989; 1990; 1994; 2003; 2007
  • Naib juara (2): 1973; 1993

Piala Pemenang UEFA

  • Juara (2): 1967–68; 1972–73
  • Naib juara (1): 1973–74

Kejuaraan Dunia

Piala Dunia Kelab FIFA

Piala Antara Benua

  • Juara (3): 1969; 1989; 1990
  • Naib juara (4): 1963; 1993; 1994; 2003

Kejuaraan tidak rasmi

Piala Latin

  • Juara (2): 1951, 1956
  • Naib juara (1): 1953

Piala Mitropa

  • Juara (1): 1981–82

Statistik dan rekod kelab

Paolo Maldini masih memegang rekod penampilan terbanyak Milan.

Paolo Maldini setakat ini memegang kedua-dua rekod penampilan terbanyak keseluruhan dan Serie A untuk Milan dengan 1000 penampilan secara keseluruhan, dan 600 dalam Serie A (seperti pada 14 Mei, 2007, tidak termasuk perlawanan playoff), di mana ia merupakan rekod sepanjang masa dalam sejarah Serie A. [39]

Penjaring terbanyak keseluruhan Milan adalah seorang pemain Sweden, Gunnar Nordahl di mana, dalam 268 perlawanan, telah berjaya menjaringkan 221 gol.[40] Andriy Shevchenko berada di tempat kedua dengan 173 gol dalam 298 perlawanan untuk kelab itu.

Kelab itu juga memegang rekod unik dengan menamatkan sesebuah musim tanpa kalah sebarang perlawanan dalam musim 1991-92. Secara keseluruhannya, rekod tanpa kalah itu berlanjutan sehingga 58 perlawanan, bermula dengan seri 0-0 dengan Parma pada 26 Mei 1991 dan secara ironiknya berakhir dengan kekalahan 1-0 di tempat sendiri kepada Parma pada 21 Mac 1993. Rekod tanpa kalah ini merupakan rekod Serie A dan ia adalah rekod tanpa kalah ke-3 terpanjang dalam liga atasan bolasepak Eropah. Ia berada di belakang rekod Steaua Bucharest dengan 104 perlawanan tanpa kalah dan Glasgow Celtic yang telah bermain 68 perlawanan tanpa kalah.[41][42]

Ketika ini, AC Milan memiliki kejuaraan antarabangsa kelab terbanyak di dunia yang diiktiraf FIFA setelah mengalahkan Boca Juniors dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2007.[43] Milan juga merupakan pasukan nombor satu Europah mengikut senarai UEFA. Ini membolehkan Milan berada dalam tempat pertama dalam semua undian Eropah, dan membenarkan Milan mengelak kelab besar Eropah yang lain dalam kejohanan UEFA.[44]

AC Milan sebagai syarikat

Menurut The Football Money League yang diterbitkan oleh perunding Deloitte, pada musim 2005–06, Milan merupakan kelab bolasepak kelima dalam senarai kelab dengan keuntungan paling banyak di dunia dengan pendapatan anggaran sebanyak €238.7 juta.[45] Ketika ini kelab itu juga merupakan kelab keenam terkaya di dunia menurut majalah Forbes, menjadikan mereka kelab terkaya dalam bolasepak Itali.[46]

Syarikat perjudian Austria iaitu bwin.com merupakan penaja utama pakaian Milan ketika ini selepas menandatangani perjanjian 4 tahun pada permulaan musim 2006–07 season.[47] Sebelum perjanjian tersebut, pembuat kereta Jerman iaitu Opel telah menaja Milan selama 12 musim. Sepanjang tempoh tersebut, Opel telah dipamerkan di hadapan baju mereka, tetapi pada musim 2004–05 dan 2005–06, Meriva dan Zafira (dua kereta buatan syarikat tersebut) telah dipamerkan.

Jersi ketika ini dibekalkan oleh pembuat barangan sukan Jerman iaitu Adidas, di mana perjanjian akan berjalan sehingga akhir musim 2007–08.[48] Perjanjian tersebut membuatkan Adidas menjadi pembuat rasmi semua pakaian, kelengkapan latihan dan pakaian replika mereka. Sebelum Adidas, syarikat sukan Itali iaitu Lotto merupakan pembuat barangan sukan Milan.

Pada 14 Januari, 2008, AC Milan dan Adidas telah memperbaharui kontrak tajaan tersebut sehingga 30 Jun, 2017. Menurut kontrak baru tersebut, Adidas akan bertanggungjawab dalam 3 bahagian penajaan : tajaan pakaian, barangan dan pengedaran semua produk bukan bolasepak yang berkaitan dengan Milan. [49]

Pengeluar jersi dan penaja

TempohPengeluar jersiTajaan
JenamaSyarikat
1981–82Linea MilanPooh JeansItaliana Manifatture S.p.A.
1982–83NRHitachiHitachi Europe Srl
1983–84Cuore
1984–85Rolly GoOscar MondadoriArnoldo Mondadori Editore S.p.A.
1985–86Gianni RiveraFotorex U-BixOlivetti S.p.A.
1986–87Kappa
1987–90Mediolanum
1990–92Adidas
1992–93Motta
1993–94Lotto
1994–98Opel
1998–06Adidas
2006–10Bwin
2010–20EmiratesThe Emirates Group

Rujukan

Pautan luar