Endoskopi

Endoskopi bererti melihat ke dalam dan biasanya merujuk kepada melihat dalam badan bagi tujuan perubatan menggunakan peralatan yang dikenali sebagai endoskop. Endoskopi juga boleh dirujuk sebagai menggunakan boreskop dalam keadaan teknikal di mana pemerhatian secara langsung tidak sesuai.

Endoskop lentur.

Overview

Endoskopi merupakan prosedur perubatan diagnostik ceroboh minima yang digunakan bagi menilai permukaan dalaman organ dengan memasukkan tiub kedalam tubuhPeralatan ini mungkin memiliki tiub kaku atau lentur dan bukan sekadar memberikan gambar bagi pemeriksaan mata dan gambar, tetapi turut membolehkan pengambilan biopsies dan objek asing. Endoskopi merupakan alat bagi pembedahan ceroboh minima.

Kebanyakan prosedure endoskopi di anggap kurang menyakitkan, dan paling teruk sekalipun, dikaitkan dengan kurang selesa; sebagai contoh, bagi esophagogastroduodenoscopy, kebanyakan pesakit mampu melalui prosedure ini dengan bius tempatan (topical anaesthesia) pada oropharynx dengan menggunakan semburan Lidocaine.[1] Jarang sekali berlaku komplikasi (hanya 5% dari kesemua operasi) tetapi boleh membabitkan luka pada organ yang sedang diperiksa menggunakan peralatan endoskop atau biopsi. Sekiranya ini berlaku pembedahan terbuka mungkin diperlukan bagi membaiki kecederaan.

Komponen

Endoskop mungkin terdiri dari

  • tiub kaku atau lentur
  • Sistem penghantaran cahaya bagi menerangi organ atau objek yang akan diperiksa. Sumber cahaya biasanya di luar badan dan cahaya biasanya disalurkan menerusi sistem gentian optik
  • Sistem kanta optik bagi menghantar imej kepada viewer pada fiberscope
  • saluran tambahan bagi membenarkan kemasukan perkakasan perubatan atau manipulasi

Kegunaan

Endoskopi boleh membabitkan

  • Saluran penghadaman saluran pencernaan (GI tract):
    • esofagus, perut dan duodenum (esophagogastroduodenoscopy)
    • usus kecil
    • kolon (kolonoskopi,proctosigmoidoskopi)
    • salur hempedu
      • endoskopicopic retrograde cholangiopancreatography (ERCP), duodenoscope-assisted cholangiopancreatoscopy, intraoperative cholangioscopy
  • saluran pernafasan
    • hidung (rinoskopi)
    • saluran pernafasan bawah (bronkoskopi)
  • saluran kencing (sistoskopi)
  • sistem pembiakan wanita
    • serviks (kolposkopi)
    • uterus (histeroskopi)
    • Tiub Fallopian (Faloskopi)
  • Rongga badan yang biasanya tertutup (melalui belahan kecil):
    • Rongga perut atau pelvik (laparoskopi)
    • Bahagian dalam sendi (artroskopi)
    • Organ pada dada (thorakoskopi dan mediastinoskopi)
  • Semasa hamil
    • amnion (amnioskopi)
    • fetus (fetoskopi)
  • Pembedahan plastik
  • Panendoskopi (atau endoskopi bertiga)
    • Gabungan laringoskopi, esophagoskopi, dan bronkoskopi
  • Kegunaan bukan perubatan bagi endoskopi
    • Masyarakat perancang dan seni bina mendapati endoskope berguna bagi pra-lihat model skala cadangan bangunan dan bandar (architectural endoskopi)
    • Pemeriksaan dalaman sistem teknikal rumit (boreskop)
    • Endoscopes are also a tool helpful in the examination of improvised explosive devices by bomb disposal personnel.
    • FBI menggunakan endoskopi bagi melakukan pengawasan melalui ruang sempit

Sejarah

Endoskop, sepertinya, dibangunkan pada 1806 oleh Philip Bozzini dengan pengenalan "Lichtleiter" (pengalir cahaya) "bagi pemeriksaan salur dan rongga dalam badan manusia". Bagaimanapun, Vienna Medical Society tidak menggalakkan usaha ingin tahu seperti itu. Endoskop pertama kali diperkenalkan pada tahun 1822 bagi manusia oleh William Beaumont, pakar bedah tentera di Pulau Mackinac, Michigan. Penggunaan cahaya eletrik merupakan langkah besar dalam peningkatan endoskopkopi. Cahaya sepertinya adalah luaran. Kemudian, mentol lebih kecil di dapati membolehkan cahaya dalaman digunakan, sebagai contoh bagi hysteroskopi oleh Charles David pada 1908. Hans Christian Jacobaeus telah diberikan pengesahan bagi penjelajahan endoskopik awal pada abdomen dan thorax dengan menggunakan laparoskopi (1912) dan thoracoskopi (1910). Laparoskopi digunakan bagi diagnosis penyakit hati dan hempedu oleh Heinz Kalk pada tahun 1930-an. Hope melaporkan bahawa pada 1937 mengenai kegunaan laparoskopi bagi mendiagnos kehamilan ektopik. Pada tahun 1944, Raoul Palmer meletakkan pesakitnya pada kedudukan Trendelenburg selepas mengembung perut menggunakan gas dan dengan itu mampu melaksanakan laparoskopi gynecologi.

Risiko

  • Jangkitan
  • Organ luka
  • Tindak balas alahan akibat agen bandingan (Contrast agents) atau pewarna (seperti yang digunakan bagi imbasan CT)
  • Terlebih bius

Selepas endoskopi

Selepas menjalani prosedur pesakit akan dipantau dan diperiksa oleh mereka yang berkelayakan dalam bidang endoskopi atau kawasan pemulihan sehingga sebahagian besar kesan ubat bius telah hilang. Kadangkala pesakit merasa sakit kerongkong serdahana, yang hilang dengan berkumur air bergaram, atau merasa kembung akibat udara yang dipam semasa prosedur. Kedua masalah adalah serdahana dan cepat hilang. Selepas segar semula, pesakit akan diberi arahan bila makan dan munim seperti biasa (kemungkinannya selepas beberapa jam berikutnya) dana akan dibenarkan dibawa balik. Disebabkan penggunaan ubat bius, kebanyakan pusat perubatan memerlukan pesakit di bawa pulang oleh orang lain dan tidak memandu atau mengendalikan sebarang mesin sehingga esok.

Perkembangan terkini

Dengan penggunaan sistem robatik, telesurgeri telah diperkenalkan agar pakar bedah mampu beroperasi dari tapak terasing dari pesakit. Pembedahan merentasi atlantik telah digelar Operasi Lindbergh.

See also

  • Angiografi
  • Fiberskope
  • Pembedahan menggunakan robot

Rujukan

  • Siegler AM, Kemmann E (1975). "Hysteroscopy". Obstet Gynecol Surv. 30 (9): 567–88. doi:10.1097/00006254-197509000-00001. PMID 1099495.
  • Armin Gärtner; medical technics and information technologie, Band II. Medizintechnik und Informationstechnologie, Band II. ISBN 3-8249-0941-3.
  • Obituary: Professor Harold Hopkins, FRS, The Times, 3 Nov 1994.
  • Sivak MV (2004). "Polypectomy: looking back". Gastrointest. Endosc. 60 (6): 977–82. doi:10.1016/S0016-5107(04)02380-6. PMID 15605015.

Nota kaki

Bittner JG, et al. Resident training in flexible gastrointestinal endoscopy: a review of current issues and options. J Surg Educ. 2007 Nov-Dec;64(6):399-409. PMID 18063277

Pautan luar