Ethnologue

pangkalan data bahasa-bahasa di dunia yang diterbitkan di tapak web dan dalam cetakan

Ethnologue: Languages of the World adalah sebuah penerbitan berasaskan web yang mengandungi perangkaan bagi 7,105 bahasa dan dialek dalam edisi ke-17, diterbitkan pada tahun 2013.[1] Sehingga edisi ke-16 pada tahun 2009 , penerbitannya itu adalah bentuk bercetak. Ethnologue menyediakan maklumat mengenai bilangan penutur, lokasi, dialek, gabungan bahasa, adanya Alkitab dalam bahasa itu, dan anggaran daya maju bahasa menggunakan EGIDS.[2] Sehingga Julai 2013, ia adalah katalog bahasa yang paling menyeluruh dan mudah, sungguhpun ada maklumat yang luput atau palsu. Satu projek dengan matlamat yang sama yang masih dalam pembangunan adalah Linguasphere Observatory Register.

Ethnologue
Maklumat umum
URLhttps://www.ethnologue.com/ Edit the value on Wikidata
Jenis perniagaanPertubuhan bukan untung
JenisTerbitan saintifik Edit the value on Wikidata
Tersedia dalamBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
Ditubuhkan1951 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikSIL Edit the value on Wikidata
PengasasRichard S. Pittman
PenerbitDavid M. Eberhard, Gary F. Simons, Charles D. Fennig
TemaLinguistik Edit the value on Wikidata
KomersialYa
PendaftaranDiperlukan untuk mengakses kebanyakan kandungan sejak 2019
Lokasi
Ibu pejabat,
Amerika Syarikat
Negara asalAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
Pautan luar berkaitan
ISSN1946-9675 Edit the value on Wikidata
OCLC43349556 Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

William Bright, ketika itu merupakan pengarang bagi Language: Journal of the Linguistic Society of America, menulis mengenai Ethnologue bahawa ia penting bagi sebarang para rujukan mengenai bahasa di dunia."[3] Pihak yang lain pula telah mengkritik kualiti data dan menunjukkan kesilapan. Sebagai contoh, rujukan silang boleh memaut ke rujukan kod ISO 639 yang salah, manakala pokok keluarga adalah dijanakan secara automatik, menyebabkan lata cladistic bermasalah yang boleh mengherot hubungan bahasa.

Edisi

Bermula dengan edisi ke-17, Ethnologue telah diterbitkan setiap tahun,[4] pada 21 Februari, yang merupakan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa.[5]

EdisiTahunPenyuntingCatatan
1[6]1951Richard S. Pittman10 halaman mimeograf; 40 bahasa[7]
2[8]1951Pittman
3[9]1952Pittman
4[10]1953Pittmanbuat kali pertama untuk memasukkan peta[11]
5[12]1958Pittmanedisi pertama dalam format buku
6[13]1965Pittman
7[14]1969Pittman4,493 languages
8[15]1974Barbara Grimes[16]
9[17]1978Grimes
10[18]1984GrimesKod-kod SIL pertama kali dimasukkan
11[19]1988Grimes6,253 bahasa[20]
12[21]1992Grimes6,662 bahasa
13[22][23]1996Grimes6,883 bahasa
14[24]2000Grimes6,809 bahasa
15[25]2005Raymond G. Gordon Jr.[26]6,912 bahasa; draf piawaian ISO; edisi pertama yang menyediakan peta-peta berwarna[11]
16[27]2009M. Paul Lewis6,909 bahasa
172013, dikemas kini 2014[28]M. Paul Lewis, Gary F. Simons and Charles D. Fennig7,106 bahasa hidup
182015Lewis, Simons & Fennig7,102 bahasa hidup; 7,472 keseluruhannya
192016Lewis, Simons & Fennig7,097 bahasa hidup
202017Simons & Fennig7,099 bahasa hidup
21[29]2018Simons & Fennig7,097 bahasa hidup
22[30]2019Eberhard, David M., Simons & Fennig7,111 bahasa hidup
23[31]2020Eberhard, Simons & Fennig7,117 bahasa hidup
24[32]2021Eberhard, Simons & Fennig7,139 bahasa hidup
25[33]2022Eberhard, Simons & Fennig7,151 bahasa hidup
26[34]2023Eberhard, Simons & Fennig7,168 bahasa hidup

Rujukan

Pautan luar