Pelokasi Sumber Seragam

Alamat menuju sesuatu fail atau laman dalam rangkaian sesawang

Pelokasi Sumber Seragam (bahasa Inggeris: Uniform Resource Locator, singkatan: URL) ialah sepotong teks rangkaian aksara yang digunakan sebagai alamat pengenal pasti bagi mana-mana sumber elektronik (dokumen, media dan sebagainya) yang boleh dicapai melalui rangkaian. Teks ini dihasilkan menggunakan sintaksis seragam.

Diagram Euler yang menunjukkan hubungan sesebuah "URL" dengan URI.

Idea ini dicetuskan oleh Tim Berners-Lee sebagai teks pendek yang digunakan dalam pembinaan hiperpautan, iaitu sebahagian daripada ciri hiperteks yang beliau sedang hasilkan ketika itu. URL kemudiannya dipiawaikan dengan kerjasama Internet Engineering Task Force dan menjadi sebagaian daripada infrastuktur Jaringan Sejagat.


URL ialah sejenis URI. Oleh itu, setiap URL merupakan URI, tetapi bukan semua URI itu URL. Sebagai contoh, URL bagi Wikipedia ialah http://www.wikipedia.org.

URL boleh ditaip oleh pengguna pada pelayar web untuk mendapatkan sumber yang diingini melalui rangkaian.

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno