Fantasia Barrino

Fantasia Monique Barrino (lahir 30 Jun 1984), juga dikenali dengan mononim Fantasia, ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan pengarang Amerika Syarikat. Beliau meraih kemasyhuran apabila dinobatkan sebagai pemenang musim ketiga siri TV realiti, American Idol pada 2004. Beliau melancarkan single sulungnya, "I Believe", yang menduduki tempat pertama di Billboard Hot 100. Beliau seterusnya melancarkan album sulungnya, Free Yourself, yang menerima pensijilan Platinum oleh RIAA dan melayakkan Barrino menerima pencalonan Grammy pada 2006.[1] Pada tahun 2012, VH1 menyenaraikan beliau dalam senarai 100 Greatest Women in Music.[2][3][4] Barrino telah menerima jolokan "Baby Patti LaBelle" oleh idolanya, Patti LaBelle.[5]

Fantasia Barrino
Barrino pada Februari 2009.
Kelahiran
Fantasia Monique Barrino

(1984-06-30) 30 Jun 1984 (umur 39)
High Point, North Carolina, Amerika Syarikat
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pelakon
  • pengarang
Tahun aktif2004–kini
PasanganKendall Taylor (k. 2015)
Anak-anak2
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
  • J
  • 19
  • RCA
  • Concord
  • Rock Soul Inc.
Pengkarya berkait
Laman sesawang
fantasiaofficial.com

Diskografi

  • Free Yourself (2004)
  • Fantasia (2006)
  • Back to Me (2010)
  • Side Effects of You (2013)
  • The Definition of... (2016)
  • Christmas After Midnight (2017)
  • Sketchbook (2019)

Rujukan

Pautan luar