Fasisme Itali

Fasisme Itali, (bahasa Itali: Fascismo), ialah ideologi fasisme asal yang dikembangkan di Itali. Ideologi ini berkait dengan Parti Fasis Nasional, parti diktator Benito Mussolini yang memerintah Kerajaan Itali (Regno d'Italia) dari tahun 1922 hingga 1943, Parti Fasis Republikan yang memerintah Republik Sosial Itali dari tahun 1943 hingga 1945, Pergerakan Sosial Itali selepas Perang Dunia Kedua dan pergerakan-pergerakan neo-fasis Itali yang muncul selepas itu.

Fasisme Itali berakar umbi dalam nasionalisme Itali dan keinginan untuk memulih dan mengembangkan wilayah Itali yang difikirkan perlu bagi membolehkan negara itu memperlihatkan kelebihan serta kekuasaannya, dan bagi mengelakkan kemerosotan.[1] Para fasis Itali mendakwa bahawa Itali moden ialah pewaris Rom purba dan dari sejarah menyokong pembentukan spazio vitale ("ruang penting") bagi aktiviti koloniasasi oleh peneroka Itali serta menguasai Laut Mediterranean.[2]

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno