Feldspar

Feldspar ialah sekumpulan mineral tektosilikat dengan formula kimia berulang KAlSi3O8 – NaAlSi3O8 – CaAl2Si2O8. Mineral ini membentuk kira-kira 41% daripada batuan di kerak Bumi.[1]

Feldspar

Sampel hablur feldspar (18×21×8.5 cm)
Maklumat am
KategoriTektosilikat
Formula kimiaKAlSi3O8NaAlSi3O8CaAl2Si2O8
Pengecaman
WarnaMerah jambu, putih, kelabu, perang, biru
Sistem hablurTriklin atau monoklin
PembelahanDua atau tiga
FrakturDi satah pembelahan
Kekerasan skala Mohs6.0–6.5
KilauVitrus
Indeks biasan1.518–1.526
DwibiasanTahap pertama
PleokroismeTiada
GurisPutih
Graviti tentu2.55–2.76
Ketumpatan2.56
Diafaneiti Legap

Feldspar boleh ditemui dalam pelbagai batuan enapan.[2]

Komposisi

Batuan-batuan feldspar terdiri daripada tektosilikat. Formula kimia umum feldspar ialah (Na,K,Ca,Ba)(Si,Al)4O8 ataupun (Na,K,Ca,Ba)Al(Al,Si)Si2O8. Komposisi umum bagi batuan feldspar umum terdiri daripada tiga mineral berikut:[3]

  • Ortoklas (Kalium feldspar, K-spar, KAlSi3O8)
  • Albit (NaAlSi3O8)
  • Anortit (CaAl2Si2O8)

Feldspar alkali

Feldspar alkali ialah sekumpulan feldspar yang berkedudukan di antara ortoklas dengan albit dari segi komposisi unsur.[3] Feldspar alkali terdiri daripada ortoklas dan sekumpulan mineral, di mana kumpulan mineral tersebut memiliki kalium yang sama ada bercampur dengan kalium, aluminium atau silikon, ataupun digantikan dengan barium (feldspar barium), dan menuruti formula kimia ortoklas, KAlSi3O8.

Kumpulan feldspar alkali
NamaFormulaStruktur hablurGambar
OrtoklasKAlSi3O8Monoklin
Sanidin(K,Na)AlSi3O8Monoklin
MikroklinKAlSi3O8Triklin
Anortoklas(Na,K)AlSi3O8Triklin

Felspar barium

Feldspar barium ialah sejenis feldspar alkali, di mana kalium dalam struktur ortoklas digantikan dengan barium.

Kumpulan feldspar barium
NamaFormulaStrukturGambar
Selsian[4]BaAl2Si2O8Monoklin
Hialofan[5](K,Ba)(Al,Si)4O8Monoklin

Feldspar plagioklas

Feldpsar plagioklas ialah sekumpulan batuan feldspar yang terletak di antara albit dengan anortit dari segi komposisi unsur.

Perlombongan

Kira-kira 25 juta tan feldspar telah dilombong pada tahun 2018, di mana Turki mendahului sektor perlombongan dengan mencatat hasil perlombongan sebanyak 7.5 juta tan, diikuti dengan China (4 juta tan) dan Itali (3 juta tan).[6]

Rujukan

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Feldspar di Wikimedia Commons