Franc

Franc [frongk] (₣) merupakan nama beberapa unit matawang. Franc yang paling dikenali ialah Franc Switzerland yang merupakan antara mata wang yang terpenting di dunia. Franc juga merupakan nama mata wang Perancis dahulu, iaitu Franc Perancis, sebelum negara tersebut menerima pakai euro sebagai mata wang. Nama franc dikatakan berasal daripada inskripsi bahasa Latin francorum rex (Raja Orang Frank) pada syiling Perancis awal, atau perkataan bahasa Perancis franc, yang bermakna "bebas" atau "jujur."

Matawang ini berasal daripada munculnya suatu kepingan emas dari Perancis yang ditukang pada tahun 1360 sempena meraikan pembebasan Raja Jean II daripada penahanan pihak Inggeris semasa Pertempuran Poitiers empat tahun lalu. Kepingan ini ditimbang seberat 3.87g dan bersamaan nilainya dengan satu paun Tours (livre tournois).

Jenis

Matawang yang masih digunakan

Matawang yang dihentikan

  • Franc Algeria - digantikan dinar Algeria tahun 1964
  • Franc Belgium - digantikan dengan euro tahun 2002
  • Franc Perancis - digantikan dengan euro tahun 2002
  • Franc Luxembourg - digantikan dengan euro tahun 2002
  • Franc Maghribi - digantikan dirham Maghribi tahun 1960
  • Franc Malagasy - digantikan ariary Malagasy tahun 2005
  • Franc Tunisia digantikan dinar Tunisia tahun 1958

Pautan luar