Gagasan Sejahtera

Gagasan Sejahtera (GAGASAN) (Jawi: ݢاݢسن سجهترا) merupakan sebuah gabungan parti-parti politik di Malaysia. Gabungan tersebut pada mulanya dikenali sebagai Blok Kuasa Ketiga pada 16 Mac 2016, terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)[1][2][3]. Pada 13 Ogos 2016, pakatan politik tersebut diumumkan secara rasminya dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.[4][5][6][7]. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) telah menghantar penyertaan pada 23 September 2016 dan diisytiharkan menyertai Gagasan pada 30 September 2017.[8][9][10]

Gagasan Sejahtera
Harmonious Might
GAGASAN
ݢاݢسن سجهترا
SingkatanGS
Ditubuhkan16 Mac 2016
Disahkan-
DibubarkanJuny 2020
Didahului olehPakatan Rakyat (PR)
Angkatan Perpaduan Ummah (APU)
Digantikan olehPerikatan Nasional (PN)
Gerakan Tanah Air (GTA)
Ibu pejabatPasir Puteh Kelantan
Sayap beliaPemuda Gagasan Sejahtera
Keanggotaan
IdeologiDemokrasi Islam, Perpaduan Negara, Keadilan Sosial, Politik Matang & Sejahtera
Kedudukan politikKanan tengah
WarnaHijau
SloganMembina Malaysia Sejahtera"
Dewan Negara:
4 / 70
Dewan Rakyat:
18 / 222
Dewan Undangan Negeri:
91 / 576
Simbol pilihan raya
Laman sesawang
gagasansejahtera.my
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Pendekatan

Pendekatan yang diambil oleh Gagasan Sejahtera ialah pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Pendakatan budaya politik ini menjadikan agenda perjuangan serta kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok kepartian tertentu; menyokong kebaikan semua pihak secara matang, serta menolak keburukan mana-mana pihak juga secara matang; politik berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata; politik damai dan diplomasi yang mana pertentangan ideologi perjuangan tidak boleh membawa kepada pertentangan fizikal, pergaduhan dan seumpamanya; dan politik berasaskan penyelesaian bukan politik berasaskan permasalahan.

Parti anggota dan rakan strategik

Gagasan Sejahtera dianggotai oleh parti-parti politik iaitu PAS, IKATAN[11] dan BERJASA; serta sokongan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan antaranya 200 NGO di bawah Kongres Rakyat, dan individu perseorangan seperti mantan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim [12] dan menjadi satu gagasan baru kepada landskap politik negara yang menekankan budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya[13].

BenderaNamaIdeologiPemimpinkerusi ditandingiKeputusan 2018Kerusi semasa
Undian (%)KerusiKomposisi
Parti anggota
PASParti Islam Se-MalaysiaIslamismeAbdul Hadi Awang15516.642%
18 / 222
18 / 18
IKATANParti Ikatan Bangsa MalaysiaDemokrasi sosialAbdul Kadir Sheikh Fadzir10.45%
0 / 222
0 / 18
BERJASABarisan Jemaah Islamiah Se-MalaysiaDemokrasi IslamZamani bin Ibrahim30.177%
0 / 222
0 / 18

Pemuda Gagasan Sejahtera

Selepas setahun PAS dan IKATAN menjalinkan kerjasama politik dalam Gagasan Sejahtera, pada 18 November 2017 gabungan itu mengumumkan pergerakan sayap pemudanya yang dikenali sebagai Pemuda Gagasan Sejahtera [14] dan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Rujukan

Pautan luar