Gempa bumi Sulawesi 2018

ng (Waktu Indonesia Tengah), 28 September 2018.[1] Gempa bumi tersebut juga disertakan dengan tsunami dengan ketinggian maksimum antara kimak kamu minum langkau ingga 6 meter. Setakat ini, 1,234 orang disahkan terkorban manakala 799 orang mangsa dikatakan tercedera.[2]

Latar belakang

Pusat gempa bumi ini terletak kira-kira 78 kilometer utara dari Kota Palu, iaitu di Kabupaten Donggala di Semenanjung Minahassa, Sulawesi Tengah dengan kedalaman 10.0 kilometer.[1] Gempa bumi tersebut dikatakan boleh dirasai di keseluruhan kawasan Sulawesi hingga ke Kalimantan Timur dan juga bandar Tawau di Sabah.[3]

Selain itu, gempa bumi tersebut juga mencetuskan tsunami. Pada awalnya, tsunami dengan ketinggian antara 1.5 hingga 2 meter yang melanda kawasan Palu, Donggala dan Mamuju.[4] Namun, tsunami yang melanda kota Palu menjadi lebih dahsyat, dengan ketinggian mencecah lima meter oleh kerana struktur Teluk Palu yang sempit yang meningkatkan daya tsunami tersebut dan kedudukan Palu di hujung teluk itu.[5] Saksi-saksi berkata bahawa bah tsunami yang terhasil dapat mencapai sehingga tingkat kedua bangunan.[6]

Kesan

Setakat 29 September 2018, 1,234 orang telah disahkan terkorban dengan kebanyakannya maut akibat dihanyutkan ombak tsunami. Pada ketika itu, kebanyakan mangsa berada di pantai untuk meraikan Festival Pesona Palu Nomoni, tetapi tidak dapat menyelamatkan diri apabila ombak tsunami membadai kawasan tersebut. Selain itu, terdapat juga mangsa-mangsa yang terkorban akibat bangunan-bangunan yang runtuh.[7]

Dari segi pengangkutan, jambatan ikonik yang menghubungkan antara Donggola Barat dan Donggola Timur di Palu, yaitu Jambatan Ponulele juga runtuh akibat dihempas oleh ombak tsunami.[8]

Bantuan

Gempa bumi tersebut telah menyebabkan Sulawesi Tengah diisytiharkan darurat selama 14 hari bagi memudahkan misi bantuan dan menyelamat di kawasan terjejas.[9]

Rujukan

Pautan luar