Great Britain (pulau)

Great Britain adalah sebuah pulau di utara Lautan Atlantik, di luar pesisir barat laut benua Eropah. Dengan keluasan 209,331 kilometer persegi (80,823 bt2), ia merupakan pulau terbesar dalam Kepulauan British, pulau Eropah yang terbesar dan juga pulau kesembilan terbesar di dunia.[3][nota 1] Pada tahun 2011, Great Britain mempunyai jumlah penduduk kira-kira 61 juta orang, menjadikannya pulau ketiga paling ramai penduduk di dunia, selepas pulau Jawa di Indonesia dan Honshu di Jepun.[5][6] Pulau Ireland yang terletak di sebelah barat Great Britain, bersama-sama dengan pulau ini dan 1,000 pulau-pulau kecil di sekelilingnya membentuk Kepulauan British.[7]

Great Britain
Geografi

Catatan

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar

Pautan video