Gunung Saveq

Gunung Saveq/Saviah/Savih[a] atau Gunung Giok (Cina tradisional: 玉山Pe̍h-ōe-jī: Gio̍k-san; Pinyin: Yùshān[2]) adalah gunung tertinggi di pulau Taiwan dan gunung tertinggi keempat yang berada di sebuah pulau;[3] ia terletak adalah 3,952 meter (12,966 kaki) dari paras permukaan laut.[4] Di musim dingin, ia sering dilitupi salji tebal yang membuat seluruh puncak bersinar seperti batu giok.[3]

Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Gunung Yushan
Maklumat am
Maklumat lokasi
LokasiPulau Taiwan, Xinyi, Alishan Township, Taoyuan District, Taiwan Sunting ini di Wikidata
Koordinat23°28′12″N 120°57′26″E / 23.47°N 120.95727°E / 23.47; 120.95727
Gunung Saveq is located in Bumi
Gunung Saveq
Gunung Saveq (Bumi)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gunung ini sendirinya titik pusat dari Taman Negara Yushan iaitu taman negara terbesar, tertinggi dan terpencil dalam Pulau Taiwan merangkumi Banjaran Giok[b] dan kekakinya memempatkan beranekaragam fauna.[3][4]

Gunung Saveq merupakan tempat penting masyarakat peribumi Bunun dan Tsou yang serumpun Austronesia. Ia juga merupakan salah satu tempat kunjungan digemari para pendaki gunung Taiwan yang anggapnya salah satu dari Sepuluh Puncak Besar Taiwan.[4] Para pendaki gunung seantero dunia sering menggandingkannya bersama Gunung Kinabalu dan Gunung Fuji sebagai mahadestinasi pendakian mereka[4]

Sejarah

Gunung ini mula diketahu orang Cina seawal catatan 蕃境補遺 oleh Yu Yonghe pada tahun 1697 zaman Maharaja Kangxi:[1]

玉山在萬山之中。其山獨高。無遠不見。巉巖峭削。白色如銀。遠望如太白積雪。四面攢峰環繞。可望不可及。皆言此山渾然如玉。每暗霽。於郡城望之。不啻天上白雲也。」
("Gunung Giok salah satu banyak gunung yang paling tinggi puncaknya. Ia boleh dilihat sejauh manapun. Putihnya bagaikan perak. Tepi tajamnya tinggi curam. Ia laksana putih salji dilihat dari jauh. Empat muka [penjuru] nya dikelilingi puncak-puncak. Ia sangat jauh. Semua orang mengatakan ia seteguh batu giok. Setiap malam gelap ia dilihat jauh dari kota pun seperti awan putih.")

Gunung ini diberi nama Gunung Nittaka (新高山[1] "Gunung Tinggi Baru") semasa ia diduduki kuasa Jepun, malah diwartakan kerajaan jajahannya pada 28 Jun 30 Meiji bersamaan 1897 Masihi sebagai puncak tertinggi seluruh alam maharaja Jepun ketika itu.[5][6]

Nota

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno