Nabil Ahmad

Pelawak, pengacara, pelakon, penyampai radio, penyanyi, pengarah dan penerbit Malaysia

Haji Ahmad Nabil bin Ahmad (lahir 26 September 1983) ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyampai radio, penyanyi, pengarah dan penerbit Malaysia.[2] Beliau terkenal sejak menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak Astro, oleh itu beliau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak.[3]

Nabil Ahmad
Nabil semasa promosi untuk Anugerah MeleTOP Era 2016.
Kelahiran
Ahmad Nabil bin Ahmad

(1983-09-26) 26 September 1983 (umur 40)
Nama lainNabil Khianat
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelawak, pengacara, pelakon, penyampai radio, penyanyi, pengarah, penerbit, penulis
Tahun aktif2008–kini
Majikan
Ketinggian183 cm (6 ka 0 in)
PasanganNazirah Ayub (k. 2011)
Anak-anak3
Ibu bapa
  • Allahyarham Ahmad Ismail (bapa)
  • Rohaizah Abdul Latiff (ibu)
AnugerahBintang Paling Popular ABPBH 2008[1]
Kerjaya lawak
Media
  • Berdiri
  • televisyen
  • filem
  • radio
Genre
Subjek

Beliau mengacarakan rancangan hiburan MeleTOP (sejak 2012) dan Gegar Vaganza (2014–2023) serta melibatkan diri dalam lakonan filem dan siri TV tempatan. Nabil juga boleh dikatakan sebagai pelawak berdiri yang paling popular di Malaysia. Beliau juga telah menubuhkan syarikat penerbitan sendiri yang bernama Nabil Kuman Productions dan kemudian menubuhkan KMN Production.[4]

Kehidupan awal

Nabil dilahirkan pada 26 September 1983 di sebuah kawasan perkampungan di Mambau, Negeri Sembilan, di mana beliau sekeluarga hidup serba kekurangan. Beliau ialah anak ketiga daripada tujuh beradik, bapanya, Ahmad Ismail ialah seorang pemandu lori dan ibunya, Rohaizah Abdul Latiff ialah seorang guru tadika bahasa Inggeris.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nabil membuat pelbagai pekerjaan demi kelangsungan hidup dan membantu ibu bapanya. Antara kerja dilakukannya ialah penghantar surat dan barangan di Seremban, menjual nasi lemak di Mambau, bekerja kilang di Rasah dan bengkel di Kayu Ara. Sepanjang lima tahun bekerja sebagai penghantar surat, pendapatan bulanannya ialah sebanyak RM600.[5]

Nabil juga pernah mewakili Negeri Sembilan dalam sukan papan luncur yang berlangsung pada 2004 di Pulau Pinang.[6]

Kerjaya

Pelawak berdiri

Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2008 untuk memulakan kerjaya hiburan dan terpilih sebagai salah seorang peserta Raja Lawak musim kedua, yang turut disertai oleh Along Cham dan Azrul Zaidi.[7] Persembahan beliau berjaya menarik perhatian juri sekaligus dinobatkan sebagai juara.[8] Zaidi Mohamad, menulis untuk Berita Harian berpendapat bahawa Nabil dianggap sebagai "generasi pelapis pelawak" dan menyifatkan kehadirannya diasarakan amat tepat ketika negara ketandusan pelawak berbakat.[9]

Televisyen

Sejak 2012, beliau bersama bekas pengacara bersama, Neelofa menggalas tugas sebagai pengacara rancangan hiburan Astro Ria, MeleTOP.[10][11] Beliau menjadi pengacara HBO Sentral musim kedua pada 2015 menggantikan Lisa Surihani yang mengacarakan musim pertama.[12] Menurut Ketua Jualan dan Pemasaran Ahli Gabungan HBO Asia, Jacelyn Kek: "Kejayaan yang dicapainya berjaya mengangkat dirinya menjadi hos pelbagai program televisyen. Dia juga pelakon drama dan filem. Lantaran itu, kami berasakan Nabil amat sesuai untuk mengambil alih tempat Lisa (Surihani),".[13][14]

Melengkapkan portfolio kerjaya seni beliau, Nabil menggalas peranan sebagai penerbit rancangan televisyen sitkom Bas Stop. Ia merupakan sebuah sitkom yang mengetengahkan isu semasa berkaitan kehidupan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Setiap episod membawa mesej yang tersendiri dan disampaikan dalam suasana santai.[15][16][17]

Nabil telah dianugerahkan Hos/Penyampai Hiburan Terbak di Anugerah Kreatif Akademi Asia yang diadakan di Cannes, Perancis pada 15 Oktober 2018.[18]

Nabil muncul dengan siri animasi pendek, Lu Pikir La, Nabil yang berdurasi selama 4 minit, memulakan siaran pada 14 Oktober 2021. Untuk siri ini, beliau mendapat inspirasi daripada filem 1990, Mat Gelap karya Imuda. Beliau dipetik oleh Harian Metro sebagai berkata: "Saya membesar dalam era 90-an dan ketika itu, banyak siri-siri animasi popular antaranya Usop Sontorian dan Anak-anak Sidek. Saya yakin, ramai juga penonton di luar sana yang meminati siri-siri animasi berkenaan. Bagaimanapun, inspirasi utama saya adalah daripada filem lakonan Imuda berjudul Mat Gelap. Dalam filem itu, ada satu babak pendek memaparkan karakternya menjadi watak kartun. Dari situ, saya terfikir mungkin saya boleh terbitkan satu karya animasi mengenai diri saya dan mengimbau zaman kanak-kanak saya".[19]

Filem

Selepas Raja Lawak tamat, Nabil memulakan kerjaya lakonannya dalam filem sulungnya Sifu & Tongga pada awal tahun 2009, diikuti Lu Pikirlah Sendiri de Movie setahun berikutnya, sebuah filem separa autobiografi mengenai perjalanan dirinya ke arah keternamaan sebagai seniman.[20] Bagaimanapun, perihal ini dicemari oleh kenyataan Nabil sendiri yang mengeluarkan kenyataan negatif mengenai filem berkenaan sebaik sahaja menonton pratayangnya. Keluhnya, filem itu "tidak memenuhi piawaian yang saya kehendaki. Saya tak nampak graf ceritanya. Ke mana jalan ceritanya, saya langsung tak faham".[21] Tindakan beliau meluahkan kenyataan tersebut mengundang saman RM 2 juta dari syarikat penerbitan SDAF Pictures.[22]

Nabil berlakon bersama Johan As'ari dalam filem Bo-Peng (2016) arahan Helmi Yusof di mana beliau memegang watak Bo. Ia menjadi filem terakhirnya bersama syarikat penerbitan filem lain, beliau berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Ini adalah filem terakhir lakonan saya untuk produksi orang lain. Akan ada filem yang saya terbitkan sendiri dan skripnya juga saya buat sendiri."[23][24]

Beliau menduduki kerusi pengarah menerusi telefilem komedi seram The Hantus arahan bersama Helmi dibintangi oleh Faizal Hussein, Alif Satar dan pelakon Singapura, Hannah Delisha yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Telefilem ini bersiaran di Astro First Eksklusif pada 15 Jun 2018.[25][26]

Filem sulung arahannya, Mat Bond Malaya ditayangkan pada 20 Julai 2021. Nabil berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip.[27][28] Filem ini merupakan filem sulung lakonan bekas vokalis kumpulan Boboy, Naqiu, ia turut dibintangi oleh Elizabeth Tan, Azri Iskandar dan Riezman Khuzaimi.[29]

Muzik

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik apabila secara rasmi melancarkan single dan muzik video lagu, "Pening" di saluran YouTube Mixology Music pada 23 Januari 2019.[30][31][32]

Perniagaan

Nabil melengkapkan portfolio kerjayanya dengan membina empayar perniagaan sebagai jaminan masa depan. Beliau bersama rakan kongsi, Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman, menubuhkan syarikat penerbitan KMN Production Sdn Bhd pada hujung 2018.[33]

Kehidupan peribadi

Nabil berkahwin dengan bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub pada 30 September 2011[34][35] dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan—Nayla Mikayla (lahir 2012),[36] Leyla Medyna (lahir 2015)[37] dan Mishall Imani (lahir 2019).[38] Beliau sebelum ini dilaporkan bakal menimang cahaya mata lelaki.[39]

Nabil sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan bekas pelakon, Irma Hasmie sekitar 2009.[40]

Bapanya, Ahmad Ismail, meninggal dunia pada 7 Oktober 2022 akibat komplikasi jantung pada usia 71 tahun di Hospital Serdang.[41]

Penerimaan umum

Jenama humor dan gaya komedi Nabil dilihat oleh masyarakat sebagai menghiburkan penonton di pentas rancangan realiti yang mengumpulkan penyanyi berpengalaman dan mengalihkan perhatian penonton dengan jenaka spontan yang berada di sekeliling pentas.[42] Nabil menyifatkan bahawa "setiap tindakan yang dilakukan ada kesannya".[43]

Kontroversi

Nabil turut berdepan dengan kritikan dan kontroversi sepanjang kerjayanya sebagai pelawak. Semasa menjayakan Muzikal Lawak Superstar pada 12 Julai 2019, Nabil dikritik banyak pihak akibat tindakannya mencampakkan tanjak yang dipakai ke atas lantai pentas. Perbuatan beliau telah mendapat teguran dari Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa. Tok Cindai menyifatkan perbuatannya yang dengan sengaja mencampak tanjak ke lantai membawa erti menjatuhkan maruah keseluruhan bangsa Melayu kerana tanjak adalah pemakaian yang paling teratas dalam adat Melayu. Nabil membuat permohonan maaf menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya dan tidak berniat untuk memperlekehkan adat pemakaian busana Melayu.[44] Beliau turut dikritik kerana menjadikan penyanyi Alyah sebagai bahan jenaka di pentas konsert Gegar Vaganza musim ke-7. Beliau telah memohon maaf secara terbuka di hadapan Alyah ekoran tindakannya yang sering mengusik beliau dan Ramli M. S.. Alyah dilaporkan berkata tidak pernah berkecil hati dengan sikap Nabil dan pengacara bersama, Jihan Muse. Tidak cukup dengan itu, Nabil juga telah menyindir Azwan Ali ketika Gegar Vaganza sedang berlangsung kerana sudah lama beliau tidak pegang mikrofon dan pegang 'selfie stick'. Sindiran tersebut telah mendapat kecaman lalu Azwan telah memaafkan Nabil Ahmad dan berharap dia tidak akan mengulanginya lagi.[45]

Filemografi

Filem

Nabil (tengah) di pentas Maharaja Lawak Mega.
TahunTajukWatakCatatan
2009Sifu & TonggaTonggaFilem pertama
Jin NottiPusher
Momok The MovieJefri
Pisau CukurHos/EnriquePenampilan khas
2010Lu Pikirlah Sendiri de MovieNabil
Kecoh BetulAiman
MagikaOrang Minyak
2012Bujang TelajakNabil
Berani Punya BudakAdik John
Uncle UsinUncle Usin
Cinta BeruangNabu
Untuk Tiga Hari
Shh...Dia Datang
Pontianak vs Orang MinyakPonti
2015Romeo KotaDetektif Fakhrul
2016Bo-PengBo
2021Mat Bond MalayaNabilJuga sebagai pengarah, penulis dan penerbit
2023Syaitan Munafik

Teater

TahunTajuk
2012Lawak Ke Der?
2013Lawak Ke Der? 2

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2008Raja LawakPesertaAstro Prima
2009Lu Pikirlah Sendiri NabilPengacara
Ewah-EwahTV3mengacara bersama Raja Azura
HartamaniaTV9
Pondok-Pondok
Studio Nabil
2010Simpang 3PelbagaiTV3
2011Maharaja LawakPeserta SoloAstro Warna
S.Y.O.K.Pelbagai watakTV1
2011–2012Oh Yeah!PelbagaiAstro Warna
2012Pentas DikirPengacaraTV2
Maharaja Lawak Mega 2012Kumpulan BoboiAstro Warna
2012–kiniMeleTOPPengacaraAstro Riamengacara bersama Neelofa (2012-2019) & Hawa Rizwana (2022-kini)
2013Siti OhsemAstro Primamengacara bersama Dato' Seri Siti Nurhaliza
Super Spontan 2013PesertaAstro WarnaKumpulan Ketam Konfius
Maharaja Lawak Mega 2013Peserta Solo
Anugerah Industri Muzik ke-20PengacaraAstro Ria
2013–kiniCeria PopstarAstro Ceria
2014Anugerah MeleTOP Era 2014Astro Riamengacara bersama Neelofa & Dato' AC Mizal
Anugerah Planet Muzik 2014
Maharaja Lawak Mega 2014Peserta SoloAstro Warna
2014–2023Gegar VaganzaPengacaraAstro Riamengacara bersama Jihan Muse (2014-2023) & Elly Mazlein (2022-2023)
2015Anugerah MeleTOP Era 2015mengacara bersama Neelofa, Johan, Dato' AC Mizal & Zizan Razak
Ini Malam Kita PunyaAstro Warna
Festival Filem Malaysia ke-27Astro Riamengacara bersama Sherry Alhadad
2016Anugerah MeleTOP Era 2016mengacara bersama Neelofa, Jihan Muse & Dato' AC Mizal
Festival Filem Malaysia ke-28mengacara bersama Sherry Alhadad
2017Anugerah MeleTOP Era 2017
Padan Muka!Astro Warna
2018Anugerah MeleTOP Era 2018Astro Riamengacara bersama Neelofa, Jihan Muse & Sherry Alhadad
Jom BerbukaDirinya sendiriTV3bersama isterinya
Arena PanggangAstro Warna
2019Muzik Muzik 34Artis JemputanTV3
Festival Filem Malaysia ke-30PengacaraAstro Riamengacara bersama Adibah Noor
Anugerah MeleTOP Era 2019mengacara bersama Neelofa & Jihan Muse
2020Anugerah MeleTOP Era 2020mengacara bersama Jihan Muse & Zizan Razak
2021Raja Lawak JuniorJuriAstro WarnaJuri bersama Jihan Muse & Adibah Noor
2022Anugerah MeleTOP Era 2021PengacaraAstro Riamengacara bersama Jihan Muse & Sherry Alhadad
2023Yang Paling Padumengacara bersama Elly Mazlein
Family Feud Malaysia
From KL to PLmengacara bersama Douglas Lim, Intan Serah & Nafis Abdullah
2024The Hardest Singing Showmengacara bersama Rina Nose

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2009Sonata Labu LabiLabuAstro PrimaTelefilem pertama
Kuih Goyang SehaShafiqTV3
2012Asmara Pontianak K-POPEjal
2013Kain, Jarum & GuntingFauziAstro Warna
2014NangnokAliAstro Ria
Strawberry Karipap Sesat Kat ParisUncle FarisAstro First Eksklusif
2015Bila Kau DatangArmanAstro Ria
2018The HantusAstro First EksklusifJuga sebagai pengarah
2019“Dato” S
Gostan

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2009Nabil & Co.NabilTV9Drama pertama
Sonata Labu Labi The SeriesLabuAstro Warna
2010Kuih Goyang ShafiqShafiqTV3
2011You Saka... Pergi Jauh-JauhAdrus
2012Oh My English! (musim pertama)Abang NabilAstro TVIQEpisod: "Kelas 3 Merah Cungkil Bakat!"
2013Geng Bas SekolahAstro CeriaPelakon undangan
Mak Lang, Datang Kompang BergendangFitriTV3
Rumah KedaiRoslan
Goyang Shafiq... Jom Pi CutiShafiq
2014Cakap MelayulahDaudAstro Warna
2017Bas StopJuga sebagai penerbit
2023One Million Dollar VoiceNabilAstro RiaPenampilan khas

Animasi

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2021–kiniLu Pikir La, NabilNabil (suara)Astro Ceria

Radiografi

Radio

TahunTajukStesen
5 Januari – 29 November 2012Breakfast@SuriaSuria
Februari 2013 – kiniCarta Era 40, Era D'Boyz, Rancak Sabtu Era & 3 Pagi EraEra

Diskografi

  • Lagu Untuk Bos
  • Dulu Aku Jutawan
  • Papa Kedana
  • Ok Lah ! (Nabil ft Tegar)
  • Anugerah MeleTOP Era
  • Lagu-lagu yang dinyanyikan pada Gegar Vaganza
  • Pening

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
2008Raja Lawak Musim 2JuaraNabil AhmadMenang
2009Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22Bintang Paling PopularMenang
Artis Komedi Lelaki PopularMenang
Artis Baru Lelaki PopularMenang
2010Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23Artis Komedi Lelaki PopularMenang
Pengacara TV Lelaki PopularTercalon
Festival Filem Malaysia ke-22Pelakon Harapan LelakiNabil Ahmad (Sifu & Tongga)Tercalon
2011Maharaja LawakTempat KetigaNabil AhmadMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24Artis Komedi Lelaki PopularTercalon
2012Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25Tercalon
Maharaja Lawak Mega 2012Tempat ke-4Kumpulan Boboi (Nabil Ahmad, Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik)Menang
2013Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26Artis Komedi Lelaki PopularNabil AhmadTercalon
Penyampai Radio Lelaki PopularNabil Ahmad (Era FM)Tercalon
Super Spontan 2013Tempat ketigaNabil AhmadMenang
Maharaja Lawak Mega 2013Tempat kelimaMenang
2014Anugerah MeleTOP Era 2014Couple MeleTOPNabil Ahmad & Zira AyubMenang
Penyampai Radio Baru MeleTOPNabil Ahmad (Era FM)Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27Pengacara TV Lelaki PopularNabil AhmadTercalon
Anugerah Lawak WarnaArtis Lawak Lelaki Paling PopularTercalon
Maharaja Lawak Mega 2014Tempat ke-3Menang
2015Anugerah MeleTOP Era 2015Pengacara TV MeleTOPNabil Ahmad (Anugerah MeleTOP Era)Tercalon
Fesyen MeleTOPNabil AhmadTercalon
2016Anugerah MeleTOP Era 2016Hos MeleTOPNabil Ahmad (Gegar Vaganza 2015)Tercalon
Couple MeleTOPNabil Ahmad & Zira AyubTercalon
Fesyen MeleTOPNabil AhmadTercalon
2017Anugerah MeleTOP Era 2017Hos MeleTOPNabil Ahmad (Gegar Vaganza 2016)Tercalon
2018Anugerah MeleTOP Era 2018Hos MeleTOPNabil Ahmad (Gegar Vaganza 2017)Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Pengacara TV PopularTercalon
Artis Versatil PopularTercalon
Asian Academy Creative AwardsPengacara Hiburan TerbaikNabil Ahmad (Gegar Vaganza)Menang
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Pengacara TV PopularNabil AhmadTercalon

Rujukan

Pautan luar