Hjalmar Schacht

Hjalmar Horace Greeley Schacht (22 Januari 1877 – 3 Jun 1970) adalah seorang ahli ekonomi Jerman, jurubank, ahli politik berhaluan kanan, dan pengasas bersama Parti Demokratik Jerman pada 1918. Beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Mata Wang dan Presiden Reichsbank dibawah Republik Weimar. Beliau adalah pengkritik kuat pembayaran balik bon negaranya selepas Perang Dunia I.

Hjalmar Schacht
Menteri Ekonomi Reich
Dalam jawatan
3 Ogos 1934 – 26 November 1937
PresidenAdolf Hitler (sebagai Führer)
CanselorAdolf Hitler
Didahului olehKurt Schmitt
Digantikan olehHermann Göring
Presiden Reichsbank
Dalam jawatan
12 November 1923 – 7 Mac 1930
Didahului olehRudolf E. A. Havenstein
Digantikan olehHans Luther
Dalam jawatan
17 Mac 1933 – 20 Januari 1939
Didahului olehHans Luther
Digantikan olehWalther Funk
Butiran peribadi
LahirHjalmar Horace Greeley Schacht
(1877-01-22)22 Januari 1877
Tinglev, Schleswig-Holstein, Empayar Jerman
Meninggal dunia3 Jun 1970(1970-06-03) (umur 93)
Munich, Bavaria, Jerman Barat
Tempat persemadianOstfriedhof Munich
Parti politik
Pasangan
  • Luise Sowa (k. 1903; m. 1940)
  • Manci (k. 1941)
Anak-anakCordula Schacht[1]
ProfesionJurubank, ahli ekonomi

Beliau tidak pernah menjadi ahli Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional, tetapi bekerja dalam kerajaan Adolf Hitler sebagai Presiden Bank Negara (Reichsbank) 1933–1939 dan menjadi Menteri Ekonomi (Ogos 1934 – November 1937).

Walaupun Schacht telah lama memainkan peranannya dalam "keajaiban ekonomi" Jerman, beliau menentang dasar persenjataan semula Hitler kerana ia melanggar Persetiaan Versailles dan (pada pandangannya) mengganggu ekonomi Jerman. Pandangannya ini menyebabkan Schacht berkelahi dengan Hitler dan terutamanya dengan Hermann Göring. Beliau telah dipecat selaku Presiden Reichsbank pada Januari 1939. Beliau kekal sebagai menteri tanpa portfolio, dan menerima gaji yang sama, sehingga beliau dipecat sepenuhnya dari kerajaan pada Januari 1943.[2]

Pada tahun 1944 Schacht telah ditangkap oleh Gestapo selepas cubaan membunuh Hitler pada 20 Julai 1944, kerana beliau dikatakan berhubung dengan para pengkomplot. Seterusnya, beliau telah dikurung dalam kem tahanan Ravensbrück dan kemudian di kem tahanan Flossenbürg. Pada hari-hari terakhir peperangan, beliau adalah salah seorang dari 134 tahanan khas dan tahanan kaum kerabat[a] yang diangkut oleh SS dari Dachau ke "Kubu Alpine" ke Niederdorf di Selatan Tyrol, dimana mereka telah dibebaskan pada 30 April 1945.[4]

Walau demikian, beliau telah dibicarakan di Nuremberg, tetapi telah dibebaskan sepenuhnya (bersama-sama Franz von Papen dan Hans Fritzsche).

Pada tahun 1955, beliau menubuhkan sebuah bank swasta di Düsseldorf. Beliau juga menjadi penasihat bagi negara membangun tentang pembangunan ekonomi.

Dalam budaya popular

Watak Hjalmar Schacht telah dibawa oleh para pelakon berikut dalam produksi filem, televisyen dan teater;[5]

  • Felix Basch in the 1943 United States propaganda film Mission to Moscow
  • Władysław Hańcza in the 1971 Polish film Epilogue at Nurnberg
  • James Bradford in the 2000 Canadian/U.S. TV production Nuremberg
  • Stoyan Aleksiev in the 2006 British television docudrama Nuremberg: Nazis on Trial

Hjalmar Schacht appears in the following works of fiction:

  • Southern Victory Series, an alternate history epic by Harry Turtledove. Schacht cameos in Volume 7: The Victorious Opposition, as German Ambassador to the United States.

Nota

Rujukan


Bacaan lanjut

Pautan luar