Hubungan Belarus–Malaysia

Hubungan Belarus–Malaysia merujuk kepada hubungan luar negeri dua hala antara Belarus dengan Malaysia. Kedua-dua negara tidak menempatkan duta besar sesama sendiri. Perihal diplomatik Belarus di Malaysia ditempatkan di kedutaan Jakarta, Indonesia.[1]

Hubungan Belarus–Malaysia
Peta menunjukkan lokasi Belarus dengan Malaysia

Belarus

Malaysia

Sejarah

Sejarah antara kedua-dua negara telah ditubuhkan sejak 5 Mac 1992 dengan hubungan tertumpu dalam kerjasama ekonomi.[1] Pada Februari 2003, Menteri Luar Negeri Belarus Mikhail Khvostov menyertai Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-13 di Kuala Lumpur, Malaysia.[2]

Hubungan ekonomi

Eksport utama Belarus termasuk potasy dan baja nitrogen, dengan import utama dari Malaysia ialah getah, lampu dan tiub, biji koko, televisyen, papan dan projektor video serta radio.[1] Kini, Belarus berhasrat dalam mengukuhkan pertalian perdagangan dan pelaburan,[3] dan Belarus juga ingin meningkatkan eksport baja potasy dan tayar ke Malaysia.[4] Pada 2013, Pameran Kebangsaan Belarus telah dilancarkan di Malaysia untuk menampilkan produk berteknologi tinggi dan inovatif Belarus.[5] Wilayah Belarus Minsk telah mengumumkan hasratnya untuk membangunkan kerjasama dengan Sabah, dengan pihak Belarus berkata bahawa hubungan dalam semua bidang antara kedua-dua negara perlu berkembang lebih aktif, termasuk secara setempat.[6]

Hubungan keselamatan

Malaysia juga sedang mencari kerjasama ketenteraan dengan Belarus untuk membaiki pesawat tenteranya.[7]

Rujukan