Jajahan Pasir Mas

Pasir Mas ialah sebuah jajahan daripada 11 buah jajahan yang terdapat dalam negeri Kelantan. Jajahan Pasir Mas terletak di utara negeri Kelantan dan keluasannya merangkumi 3.9 peratus daripada keluasan negeri Kelantan. Pusat pentadbirannya terletak di Bandar Pasir Mas.

Pasir Mas
Jajahan Pasir Mas
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiڤاسير مس
 • Tulisan Cina巴西马县
 • Tulisan Thaiปาซีร์มัซ
Bendera Pasir Mas
Lokasi Jajahan Pasir Mas di Kelantan
Lokasi Jajahan Pasir Mas di Kelantan
Map
Jajahan Pasir Mas is located in Bumi
Jajahan Pasir Mas
Jajahan Pasir Mas (Bumi)
Koordinat: 6°2′N 102°8′E / 6.033°N 102.133°E / 6.033; 102.133 102°8′E / 6.033°N 102.133°E / 6.033; 102.133
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
PusatP022 Pasir Mas
P023 Rantau Panjang
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Daerah Pasir Mas
Pentadbiran
 • Ketua Jajahan &
Yang Dipertua Daerah
Hazmi bin Abdul Hamid[1]
Keluasan
 • Jumlah570 km2 (220 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah230,424
 • Kepadatan400/km2 (1,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
Poskod
  • 17000
  • 17010
  • 17020
  • 17050
  • 17060
  • 17200
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanD
Laman sesawangptjpm.kelantan.gov.my
mdpmas.kelantan.gov.my

Sejarah

Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan, Pasir Mas merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Pada waktu itu, Ketua Jajahan Pasir Mas yang pertama telah disandang oleh Encik Jaafar yang memegang jawatan selama satu tahun.

Geografi

Jajahan Pasir Mas terletak di utara negeri Kelantan dan berkeluasan 570 kilometer persegi. Jajahan Pasir Mas bersempadan dengan Jajahan Kota Bharu di sebelah timur, Jajahan Tumpat di sebelah utara, negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah. Bentuk muka bumi Jajahan Pasir Mas hampir keseluruhannya merupakan tanah pamah dan mendatar dengan purata ketinggian 12 meter dari aras laut. Titik tertinggi di jajahan ini ialah Bukit Kwong yang puncaknya mencapai ketinggian 253 meter,[4]

Pecahan pentadbiran

Jajahan Pasir Mas ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Pasir Mas. Jajahan Pasir Mas dibahagi kepada 10 buah daerah dan 47 buah mukim;

Peta jajahan Pasir Mas

Bandar dan pekan

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991150,035—    
2000162,312+8.2%
2010180,878+11.4%
2020230,424+27.4%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Pasir Mas ialah seramai 230,424 orang dengan kepadatan penduduk 400 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di jajahan Pasir Mas berbangsa Melayu, seramai 133,604 orang.[5][6]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[5]
StatusBangsaJumlah
WarganegaraMelayu223,491
Bumiputera lain220
Cina3,343
India29
Lain-lain815
Bukan warganegara-2,526
Jumlah230,424

Agama

Di jajahan Pasir Mas, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 96 peratus diikuti agama Buddha sebanyak hampir dua peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[6]

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Pasir Mas. Terdapat sebanyak 81 buah sekolah di jajahan ini;[7]

Jenis sekolahBilangan
Sekolah Kebangsaan52
Sekolah Jenis Kebangsaan3
Sekolah Kebangsaan (Pend. Khas)1
Sekolah Menengah Kebangsaan18
Sekolah Menengah Agama5
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama1
Kolej Vokasional1

Jajahan Pasir Mas juga mempunyai 16 buah balai polis, dua balai bomba, 95 masjid, enam tokong, empat kuil, sebuah hospital daerah, 29 klinik kerajaan di sekitar jajahan.[8]

Projek DiRaja

Projek DiRaja Tanaman Kelapa Wangi ialah hasil daripada ilham dan cadangan DYMM Raja Perempuan Kelantan selaku Penasihat kepada Projek DiRaja Kelantan. Projek ini merupakan projek pertama yang dilancarkan di Negeri Kelantan pada awal 2001

Sebidang tanah seluas 12.8 ha (31.55 ekar) telah diusahakan di Kampung Gual Mesa, Mukim Apam, Jajahan Pasir Mas yang terdiri daripada tanah kerajaan dan keadaan tanah tersebut pada masa itu adalah terbiar dan ditenggelami air.

Kerja-kerja pembangunan projek ini telah dijalankan bersama oleh jabatan dan agensi kerajaan terutama daripada jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian serta juga pihak swasta kerana tiada peruntukan wang khusus disediakan bagi melaksanakan projek ini. Kerja-kerja penyediaan plan tataatur telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan desa dengan nasihat teknikal diberikan oleh Jabatan Pertanian. Komponen projek terdiri daripada tapak tanaman kelapa wangi, tapak tanaman sayur-sayuran, kolam ikan, reban ternakan ayam, rumah peserta, tapak gerai jualan, pejabat dan jalan ladang.

Seramai 8 peserta telah diambil daripada mereka yang terdiri daripada golongan rakyat termiskin yang menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk melayakkan mereka mendapat bantuan rumah PPRT(Program Pembangunan Rakyat Termiskin). Peserta dan keluarga akan ditempatkan di dalam kawasan projek dengan diberi kemudahan rumah dan kawasan ladang untuk menjalankan aktiviti pertanian yang telah diatur oleh pihak pengurusan.

Kerja-kerja menyediakan tapak telah dimulakan pada 28 Oktober 2000 dan kelapa wangi telah dicadangkan sebagai tanaman utama di samping tanaman sampingan dan aktiviti pertanian yang lain. Majlis Pelancaran oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan telah diadakan pada 29 Oktober 2000.

Tokoh kelahiran jajahan Pasir Mas

Rujukan