Jangka suhu

Jangka suhu atau termometer (disebut [tĕr.mo.mé.tĕr],[1] serapan kata gabung Yunani: θερμός thermos, "panas" dan μέτρον metron, "sukatan") merupakan satu peranti yang digunakan bagi menyukat suhu atau perbezaan julat dirangkumkan melalui pengesanan haba dilepaskan yang menggerakkan pada takat tertentu. Ia digunakan secara meluas dalam industri untuk mengawal dan mengatur pengilangan, dalam kajian cuaca, perubatan dan dalam penyelidikan saintifik.

Jangka suhu diisi raksa untuk kegunaan dalam bilik.

Alat ini mula dikembangkan Santorio Santorio, seorang saintis Itali,[2] melalui rupa termoskop yang dipertingkatkan kebolehgunaan ia dengan ditambahkan skala dan ditentuukurkan sepanjang abad ke-17 dan ke-18.[3][4][5] Daniel Gabriel Fahrenheit, seorang pengkaji yang bekerja di Belanda memperkenalkan model penyukat yang paling tebat dan stabil yang terus digunakan sehingga hari ini.[6][7]

Prinsip

Jangka suhu memiliki dua unsur penting:

  1. penderia suhu (contoh: tabung raksa bagi jangka suhu raksa dalam kaca) dalam mana perubahan fizikal berlaku dengan suhu, dan;
  2. satu cara bagi mengubah perubahan fizikal ini menjadi nilai nombor (contoh: skala kelihatan yang ditanda pada jangka suhu raksa dalam kaca).

Terdapat pelbagai prinsip yang cara mana jangka suhu berbeza beroperasi. Ia termasuk pengembangan haba pepejal atau cecair dengan suhu, dan perubahan pada tekanan gas ke atas pemanasan atau penyejukan. Jangka suhu jenis sinaran mengukur tenaga inframerah yang dipancarkan oleh objek, membolehkan pengukuran suhu tanpa sentuhan.

Kebanyakan logam adalah pengalir haba yang baik dan ia adalah pepejal pada suhu bilik. Raksa adalah satu-satunya dalam keadaan cecair pada suhu bilik, dan mempunyai pekali pengembangan tinggi. Dengan itu, perubahan sedikit dalam suhu dapat dilihat apabila ia digunakan dalam jangka suhu. Ini merupakan sebab di sebalik raksa dan alkohol yang digunakan dalam termometer.

Suhu

Jangka suhu inframerah merukan sejenis pengukur pirometer dan bolometer).

Sungguhpun jangka suhu individu mampu untuk mengukur darjah kepanasan, bacaan pada dua termometer tidak boleh dibandingkan kecuali ia mematuhi skala yang dipersetujui. Hari ini terdapat skala suhu termodinamik mutlak. Skala suhu dipersetujui antarabangsa direka untuk menyamai ini dengan teliti, berdasarkan titik tetap dan jangka suhu interpolasi. Skala suhu rasmi yang paling terkini adalah Skala Suhu Antarabangsa 1990, di mana skala tersebut bermula dari 0.65 K (−272.5 °C; −458.5 °F) sehingga kira-kira 1,358 K (1,085 °C; 1,985 °F).

Jangka suhu lima puluh darjah dari pertengahan abad ke-17 dalam pameran di Muzium Galileo. Titik hitam mewakili darjah tunggal, dan putih mewakili 10. Jangka suhu jenis ini digunakan untuk mengukur suhu udara.

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar